Jumaat, 27 Jun 2008

Guru lulus PTK keliru anjakan gaji

SAYA adalah seorang guru gred DGA32 yang dilantik bermula pada 1 Oktober 2004 selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada 2003. Tahun ini, sekali lagi saya lulus PTK dengan mendapat keputusan Tahap 4 bagi kedua-dua kertas.

Berdasarkan keputusan itu, saya layak mendapat anjakan gaji. Bagaimanapun menurut pembantu tadbir sekolah, saya hanya layak mendapat anjakan gaji itu mulai Oktober 2009.

Saya amat keliru dengan masalah ini kerana ada guru di sekolah saya mengajar lulus PTK 2004 dilantik ke DGA 32 pada 1 Januari 2005 juga turut lulus PTK pada 2008 dan mereka layak mendapat anjakan gaji tetapi tarikh anjakan gaji mereka adalah pada Januari 2009.
Berdasar situasi ini, saya kerugian anjakan gaji selama sembilan bulan sedangkan gaji mereka sebelum anjakan gaji adalah lebih rendah daripada saya.

Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat memberi penjelasan mengenai masalah saya.

GURU KELIRU,
Manjung, Perak.

Berita Harian Online: 26 Jun 2008

7 ulasan:

liew berkata...

Saya liew dari Johor. Saya senasib dengan Guru Keliru. Saya lulus PTK 2003, time base DGA32 pd. 1 Nov. 2004. Sekarang saya telah lulus PTK dengan kedua-dua kertas dapat Aras 4.

Tanpa Nama berkata...

SAYA adalah seorang guru gred DGA32 yang dilantik bermula pada 1 Oktober 2004 selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada 2003. Tahun 2008, sekali lagi saya lulus PTK yang diambil pada bulan Mac dengan mendapat keputusan Tahap 4 bagi kedua-dua kertas.

Berdasarkan keputusan itu, saya layak mendapat anjakan gaji. Bagaimanapun menurut pembantu tadbir sekolah, saya hanya layak mendapat anjakan gaji itu mulai Oktober 2009.

Saya amat keliru dengan masalah ini kerana ada guru di sekolah saya lulus PTK 2008 yang diambil pada bulan Ogos dengan kedua-dua kertas mendapat aras 4. Mereka layak mendapat anjakan gaji bermula tarikh Januari 2009.Saya dimaklumkan layak mendapat anjakan gaji bermula Oktober 2009.
Berdasar situasi ini, saya kerugian anjakan gaji selama sembilan bulan.Benarkah guru yang kenaikan gaji tahunannya pada bulan Januari lebih beruntung jika dibandingkan dengan guru yang kenaikan gaji tahunannya pada bulan oktober ?

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah seorang guru gred DGA 29. Saya telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK 1) pada 2007 Aras 4 bagi kedua - dua kertas. Berdasarkan keputusan itu, saya layak mendapat anjakan gaji. Namun sehingga sekarang masih belum mendapat anjakan gaji.

Tak ada maknanya lulus PTK dengan cemerlang sekiranya gaji masih di tahap lama.

Saya amat keliru dengan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga seorang guru DG32 hakiki di Sabah telah lulus PTK aras4 pada Mac 2009 sehingga kini sudah setahun lebih (Julai 2010) tiada tanda-tanda untuk dapat anjakan gaji.
Apakah sistem yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghargai usaha guru yang telah berusaha untuk lulus PTK Aras4 dengan harapan mendapat sedikit imbuhan tetapi hanya tinggal janji aja.

Tanpa Nama berkata...

saya juga menerima nasib yang sama seperti rakan guru yang lain. saya telah mendapat aras IV untuk kedua -dua kertas PTK, terus saya buat proses anjakan gaji dengan pembantu tadbir. namun kemudian saya diberitahu saya perlu mengikuti BTN dahulu. tapi yang saya musykil ada rakan saya tidak mengikuti BTN pun dapat anjakan gaji. rugi rasanya apabila kita sudah berjaya tapi hasil tidak dapat dinikmati. minta pihak kementerian permudahkan keadaan ini dengan telus.

RyanT berkata...

Salam,
Nampaknya saya juga mengalami nasib yg sama seperti saudara-saudari..saya telah lulus PTK pada bln Jun 2010 tp hingga sekarang tiada khabar berita tentang kenaikan gaji. Adakah benar perlu menghadiri BTN sebelum gaji dinaikkan? Kawan saya telah beberapa kali lulus PTK (semasa DG29 dan kemudian DG32)...kami sama batch di maktab, sama-sama SPM tp gaji beliau lebih jauh dari saya kerana tiada masalah dengan kenaikan gaji selepas lulus PTK. Kita semua tertanya-tanya apa kriteria atau prosedur yang diperlukan dan mengapa ada diskriminasi? Pada jabatan mana hendak diadukan perkara ini?

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang guru Gred DG41 pada 2008 dan telah lulus Aras IV bagi kedua-dua kertas. dan telah terima surat kelayakan lulus PTK pada 1.1.2009. namun surat tersebut telah ditarik balik dan dibatalkan kata pembantu tadbir dengan alasan pada tarikh yang sama saya telah menerima surat kenaikan pangkat ke gred DG44. Kenaikan gaji tahunan saya pun terlewat 10 bulan dibayar (KGT saya ialah pada 1 Januari).