Namun, bagi golongan guru era 50-an dan 60-an, Maktab Perguruan Kirkby adalah ‘kilang’ bagi mengeluarkan graduan guru di negara ini.
Kehadiran maktab itu di antara 1951-1962 bukan saja mengangkat taraf bidang pendidikan negara malah mencatat sejarah tersendiri kerana ia dibina di luar negara atas usaha negara ini.
Maktab perguruan dikenali The Malayan Teacher's Training College Kirkby itu adalah inisiatif Malaysia untuk melahirkan golongan pendidik profesional bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan negara yang memerlukan guru bahasa Inggeris.
Meskipun kewujudannya singkat dalam tempoh 11 tahun dan hanya 1,500 pelajar sempat melanjutkan pengajian, nostalgia di Kirkby tidak pernah terpadam dalam memori bekas pelajarnya.
Hidup jauh di perantauan bersama rakan, belajar berdikari, mengembara merentasi benua serta bertukar pengalaman dan ilmu adalah kenangan manis yang sukar dilupakan.
Malah, hubungan erat umpama sebuah keluarga bersama rakan menjadi platform kejayaan mereka dalam pengajian kerana segala kesusahan ditanggung bersama.
Justeru, bagi mengimbau rentetan kenangan manis itu, bekas pelajar Maktab Kirkby akan disatukan semula dalam pertemuan secara besar-besaran di Pusat Konvensyen Put rajaya (PICC) pada 29 November ini.
Bekas pelajar pada 1952, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim, berkata pertemuan itu bakal mencipta sejarah kerana ia akan me ngumpulkan sebahagian besar bekas pelajar Maktab Kirkby selepas lebih 50 tahun kewujudannya.
“Selepas lebih 50 tahun berpisah, perjumpaan ini bakal menemukan kami semula. Sudah tentu ia sangat istimewa dan sentimental terutama mengimbas nostalgia sewaktu di sana.
“Kami juga akan mengadakan pameran artifak dan majlis penganugerahan bagi mengiktiraf kejayaan bekas pelajar memartabatkan ilmu,” katanya.
Anak bekas pensyarah di Britain akan turut sama me meriahkan majlis itu bagi mewakili ibu bapa mereka yang kebanyakan sudah tiada.
“Mereka akan membawa buku atau nota kepunyaan ibu bapa mereka sewaktu mengajar di maktab untuk disimpan sebagai sejarah.
“Sebuah buku, ‘coffe-table’ Kirkby akan dilancarkan yang memuatkan pelbagai maklumat, coretan dan gambar se panjang tempoh penubuhan Maktab Kirkby,” katanya.
Pihaknya akan berusaha mengumpul material atau artifak yang menjadi kenangan Maktab Kirkby sebagai khazanah negara.
“Ia bagi memberi peluang generasi muda mengetahui kesungguhan guru di era itu menuntut ilmu bagi diman faatkan mendidik anak bangsa,” katanya.
Mengimbas kenangan manisnya, Dr Yahaya berkata, sikap saling membantu dan semangat perpaduan tanpa mengira warna kulit dan latar belakang adalah tunjang kekuatan pelajar.
“Berada jauh di perantauan, kami hanya mengharapkan bantuan rakan lain jika ada masalah. Hubungan kami sangat erat seperti keluarga besar.
“Paling sukar melupakan kenangan ketika menganjurkan pertunjukan kebudayaan. Kami bersatu padu dalam me nunjukkan kehebatan budaya dianuti, suasananya meriah dan menghiburkan,” katanya.
Mereka juga berpeluang mengembara sewaktu musim cuti panas dan mengambil kesempatan mempelajari tradisi serta kehidupan masyarakat Barat.
Rakannya, Chiam Tah Wen, berkata pengembaraan itu memberi pengalaman baru selain membuka minda mengenai budaya, sosial dan ekonomi sesuatu tempat.
“Masyarakat Barat ketika itu sudah maju, kesempatan mengembara digunakan sepenuhnya untuk menimba pe ngalaman dan ilmu baru.
“Banyak tempat dilawati dan peluang seumur hidup itu berguna membantu kami ketika kembali ke tanah air,” katanya.
Sambil mengakui senario dunia pendidikan kini cukup berbeza, Chiam berkata, keprihatinan dan rasa tanggung jawab untuk berbakti kepada anak bangsa adalah resipi kejayaan bekas pelajar Maktab Kirkby.
“Malangnya, senario kini berubah kerana menjadi guru bukan sebab mahu memberi pendidikan dengan ikhlas tapi ‘terpaksa’.
“Saya berharap bakal guru mengambil semangat bekas pelajar Maktab Kirkby untuk mendidik dengan tekun dan ikhlas,” katanya.
MyMetro: 26 Jun 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan