2010/07/27
KANGAR: Bekas guru yang juga pemilik kediaman di Taman Perlis, di sini yang diserbu pihak berkuasa selepas didakwa menjadi tempat 71 amah warga asing dikurung, dikatakan kebal daripada sebarang tindakan termasuk oleh pihak berkuasa.Tanggapan itu dibuat banyak pihak terutama mereka yang pernah berurusan dengan lelaki terbabit, termasuk beberapa penduduk kampung di kawasan sekitar kediaman berkenaan.
Ini termasuk seorang peniaga berusia lingkungan 50-an, mengaku terkejut melihat gambar amahnya terpampang di muka depan akhbar ini semalam, walaupun gadis itu sepatutnya sudah lama dihantar pulang ke negara asal.
Saya tidak tahu bagaimana amah itu masih ada di Perlis. Apa yang pasti, dia tidak menghantarnya pulang ke negara asal dan wang yang saya berikan itu mungkin sudah disapunya, katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, tinjauan ke lokasi serbuan semalam, mendapati kediaman terbabit sunyi dan satu notis tertera Harap Maaf, Cuti Sementara dilihat digantung pada pagar premis berkenaan, dipercayai susulan serbuan dilakukan pihak berkuasa, Sabtu lalu.
Dalam serbuan itu, seramai 68 amah diselamatkan Jabatan Imigresen dipercayai dikurung bekas guru berkenaan yang juga pengurus agensi pekerja asing di tingkat atas rumahnya di Taman Perlis sejak dua tahun lalu.
Berita Harian Online: 27 Julai 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan