Rabu, 7 Julai 2010

Sahkan jawatan ikut peruntukan

2010/07/07

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk laporan dalam Sentral akhbar ini pada 23 Jun lalu bertajuk Jejas keistimewaan; proses pengesahan 24,000 guru DG29 dianggap terlalu lama.

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap usaha kementerian menyelesaikan masalah perjawatan 24,000 guru DG29 dalam tempoh dua tahun terlalu lama.

Untuk makluman, Kementerian dalam melaksanakan dasar perbelanjaan berhemah pada 2010 berusaha pelbagai cara mengadakan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia kepada guru baru dilantik membolehkan mereka disah jawatan.

Berdasarkan peruntukan, kementerian memberikan tumpuan kursus induksi kepada guru lantikan 2007 dan 2008 tahun ini.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 7 Julai 2010

Tiada ulasan: