Jumaat, 23 Julai 2010

Penjelasan isu elaun warden

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia ingin merujuk kepada laporan dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 Julai 2010 bertajuk ' Nilai Semula Elaun Warden Asrama Sekolah Harian' tulisan 'Tok Man Pencen'.

Elaun warden diberikan kepada warden asrama di sekolah-sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pelajaran (KPM) yang bertujuan untuk memberi galakan dan dorongan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkenaan supaya mereka dapat memberi perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi.

Elaun warden ini pada awalnya diberikan dengan kadar RM120 sebulan bagi warden asrama dan RM140 sebulan bagi ketua warden asrama.

Bagaimanapun pihak kerajaan telah menaikkan kadar tersebut berkuat kuasa mulai 1 April 1997 dengan kadar baru iaitu sebanyak RM240 sebulan bagi warden asrama dan RM280 sebulan bagi ketua warden asrama.

Pihak KPM berharap dengan kenaikan kadar tersebut akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.

Selain itu juga, warden asrama dan ketua warden asrama yang diperuntukkan kemudahan Rumah Khas Jabatan juga layak untuk menerima Bayaran Perumahan Khas sebanyak 50 peratus daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sebagai galakan untuk pegawai berkenaan menduduki rumah Kerajaan yang diperuntukkan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Kementerian Pelajaran Malaysia


Utusan Malaysia Online: 23 Julai 2010

4 ulasan:

AmaN berkata...

MACAM MANA PULA DENGAN KES WARDEN YANG TINGGAL DEKAT RUMAH KERAJAAN ATAU DILUAR KERANA RUMAH KHAS KERAJAAN UNTUK WARDEN TIDAK CUKUP? KALAU YANG TINGGAL KAT RUMAH KERAJAAN (KUARTES), DAH SAH DIA TINGGAL KAT RUMAH KERAJAANKAN? DIA TIDAK LAYAKLAH TERIMA ITP? LAYAKKAH MEREKA2 INI DAPAT ITP 50% KALAU TINGGAL DEKAT RUMAH KERAJAAN? BUKAN RUMAH KHAS KERAJAAN?

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana situasi warden yang timggal rumah yang sama dengan asrama pelajar. rumah tersebut bukan kategori kuarters kerajaan. apakah kelayakan elaun untuk guru yang sedemikian.

Tanpa Nama berkata...

Tiada pun jawapan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan dengan elaun/ITP warden nih... saya nak tanya juga... bagaimana pula dengan guru yang dilantik jadi warden, tinggal di rumah sendiri kerana flat guru tiada kosong dan ITPnya dipotong separuh atas alasan dia jadi warden??? ada tak pekeliling yang boleh menyokong pemotongan separuh gaji guru yang menjadi warden sedangkan guru tersebut tidak tinggal di flat guru atau rumah khas jabatan/jawatan... mohon respon?.

Unknown berkata...

maaf bertanya..
bagaimana dengan guru Semenanjung yang berkhidmat sebagai warden di sarawak..hanya mendapat bayaran khas perumahan (separuh dari ITP) iaitu Rm125...
sedangkan kelayakan guru tersebut adalah Imbuhan Perumahan Wilayah RM5oo dan jika nak dikirakan separuh maka RM 250..