Sabtu, 3 Julai 2010

Guru ditahan, disyaki rogol pelajar berusia 16 tahun

03/07/2010 3:07pm

KUALA LUMPUR 3 Julai – Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah yang dialami seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dirogol oleh guru sekolahnya, yang juga merupakan teman lelakinya, dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam laporan polis yang diterima, mangsa telah pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lepas.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lepas, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Mangsa telah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.

Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.

Beliau berkata, mangsa dan keluarganya telah membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu, dan pihak polis telah mengenal pasti dan menahan suspek tersebut hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – Bernama

Utusan Malaysia Online: 3 Julai 2010

1 ulasan:

Mohar Yahya berkata...

cikgu apa nih!...harap bukan cikgu pj.