2010/07/01
KUALA LUMPUR : Pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini sudah didedahkan mengenai pengetahuan seks, masing-masing sejak 1994 dan 1989 menerusi mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan selain dalam subjek Pendidikan Islam.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, bagaimanapun berkata, proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilakukan secara khusus melalui subjek khas, sebaliknya menerusi subjek berkenaan.
“Kita menekankan betapa pentingnya kehidupan berkeluarga dan menolak hubungan seks sebelum berkahwin termasuk mengenai penyakit berkaitan seks, iaitu HIV/Aids untuk pelajar peringkat menengah manakala di sekolah rendah kita tekankan mengenai kesihatan reproduktif, sesuai dengan peringkat usia mereka.

“Kebanyakan orang tidak sedar topik mengenai pendidikan seks dan kekeluargaan adalah salah satu perkara yang diajar di sekolah,” katanya semalam.
Namun, katanya, usaha membendung salah laku seks dan pembuangan bayi tidak seharusnya menjadi tanggungjawab sekolah semata-mata atau kementerian yang berkaitan.
Berita Harian Online: 1 Julai 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan