MARANG – Perbincangan meja bulat antara Kementerian Pelajaran dan pihak-pihak yang berkenaan berhubung cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diadakan pada 17 Julai ini.
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi bagi mendengar cadangan daripada semua pihak sebelum keputusan dibuat.
“Setakat ini, Majlis Guru Besar, Majlis Permuafakatan Guru-Guru dan Majlis Pengetua memberi pandangan yang amat positif tentang cadangan ini.
“Mereka bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan dan diberi penekanan terhadap satu peperiksaan utama sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai di sini semalam.Kosmo Online: 11 Julai 2010
4 ulasan:
UPSR boleh diteruskan dgn syarat pekeliling KPPM 7/1998 bertarikh 10 NOVEMBER 1998 dipatuhi. Pekeliling ini masih sah sehingga sekarang.
KALAU tidak.... lebih baik dimansuhkan shj. hanya merosakkan murid-murid shj
Sebelum dimansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR sepatutnya tunjukkanlah dahulu kepada semua warga Kementerian Pelajaran khususnya guru-guru dan pensyarah-pensyarah IPG kertas kerja pemansuhan dan penambahbaikan yang dihasratkan bagi mendapatkan pandangan mereka dengan memberikan tempoh yang sesuai supaya apa juga keputusan nanti tidak dipertikaikan. Satu perkara lagi pihak kementerian tidak perlu mengadakan seminar sana seminar sini bagi menjelaskan kenapa perkara tersebut harus dimansuhkan. Sekarang ini apa yang kita diberi tahu hanyalah melalui ulasan, ucapan, dan pendapat melalui media massa dan elektronik . Kalau hanya mengadakan meja bulat dan dengan memanggil wakil beberapa kumpulan tertentu belum tentu dapat menghasilkan satu resolusi yang tepat. Mungkin tepat bagi mereka tetapi mungkin masih ada yang perlu diperhalusi oleh golongan guru secara keseluruhan. Jangan nanti golongan guru yang melaksanakan keputusan itu merasa janggal dan yang penting jangan ada bunyi sumbang selepas ini.
UTAMAKAN pendapat guru-guru DI SEKOLAH...bukannya pegawai di PPD, JPN.
Saya setuju!!!!! YA UTAMAKAN PENDAPAT GURU-GURU DI SEKOLAH" Sebenarnya ada ramai kakitangan sama ada di Pejabat PPD atau di JPN yang sebenarnya tidak tahu mengajar murid-murid. Mereka asyik ponteng, kalau masuk pun sering borak-borak kosong, sambil minum kopi dan rokok di kantin sekolah. Itu sebab mereka tidak diperlukan di sekolah kerana mereka tidak pun melaksanakan tanggunjawab sebagai guru tetapi demi keluarga mereka lalu mereka dipindahkan ke pejabat yang tidak memerlukan teknik mengajar..
Jadi, kalau inilah yang dihantar untuk berdebat manakala guru-guru disekolah dibelakangkan maka saya percaya ada banyak kepincangan yang akan tiba nanti.
Catat Ulasan