2010/07/12
INSTITUT Pendidikan Guru (IPG) sudah melaksanakan beberapa langkah penjimatan seperti diarahkan Kementerian Pelajaran. Langkah yang diambil oleh IPG, antaranya ialah tuntutan perjalanan hanya dibenarkan bagi satu tempat duduk teksi dan pengurangan kursus yang dianjurkan di luar.Namun begitu, langkah penjimatan yang diambil ini menampakkan ketidakseragaman antara IPG.
Sebuah IPG di utara Semenanjung hanya membenarkan kakitangannya membuat tuntutan satu tempat duduk teksi saja dan tidak melayan tuntutan hotel, penginapan, elaun makan dan elaun harian. Pada masa sama yang ada IPG lain walaupun meminta kakitangannya menuntut satu tempat duduk teksi tetapi masih membenarkan tuntutan hotel atau penginapan dan elaun makan dan elaun harian. Pada masa kini kakitangan IPG, terutama pensyarah sering dipanggil oleh IPG Induk dan bahagian lain di kementerian untuk pelbagai tugas rasmi di luar seperti menggubal soalan amali dan peperiksaan serta membuat modul. Tugas rasmi ini pula membabitkan tempoh masa sehingga tiga empat hari. Sepanjang tempoh ini perbelanjaan penginapan hotel, makan dan minum serta pengangkutan ditanggung oleh kakitangan ini. Mereka tidak dibenarkan membuat tuntutan hotel atau penginapan, elaun makan oleh IPG di utara Semenanjung Malaysia ini. Kehadiran untuk tugas rasmi ini dimestikan oleh penganjur.
Dalam keadaan ini, kakitangan ini berada dalam dilema antara tanggungjawab dan beban kewangan yang dihadapi.
Justeru, IPG Induk dan Kementerian Pelajaran perlu melihat perkara ini semula. Mohon kerajaan tambah peruntukan untuk kementerian terutama IPG.
PEMERHATI 2010,
Alor Setar
Berita Harian Online: 12 Julai 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan