Isnin, 30 Ogos 2010

Apa beza graduan perguruan IPTA, maktab

2010/08/30

SAYA mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mewakili mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ingin memohon penjelasan mengenai beberapa aspek yang menjadi jurang perbezaan antara pelajar pendidikan IPTA dengan IPGM (Institut Perguruan Malaysia) yang lebih dikenali maktab perguruan.

Perkara paling penting iaitu berkenaan pembayaran elaun. Kita sedia maklum, hanya pelajar IPGM saja yang menerima pembayaran elaun, manakala tidak bagi pelajar IPTA. Mengapa? Memang benar pelajar IPTA ada yang menerima biasiswa perguruan persekutuan dan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Namun tidak semua yang dapat menikmatinya. Pelajar yang gagal memperoleh dua biasiswa berkenaan pula sukar memperoleh biasiswa lain termasuk biasiswa JPA, kerana skop pembelajaran kami hanya untuk menjadi seorang guru dan sukar berkerja dengan badan swasta yang menawarkan biasiswa.
Selain itu, pandangan masyarakat termasuk guru sekolah yang kurang yakin dengan graduan pendidikan selain graduan lepasan IPGM dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga satu masalah perlu dipandang serius.

Mahasiswa selain UPSI juga melalui prosedur pemilihan yang sama, iaitu perlu mendapat keputusan cemerlang, lulus MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventori), dan lulus temu duga.

Malah berapa ramai antara kita yang sedar terdapat 14 IPTA dari 20 IPTA yang menawarkan kursus pendidikan? Masyarakat pada umumnya hanya mempercayai UPSI dan KPLI/DPLI adalah satu-satunya jalan untuk menjadi seorang guru sekolah menengah. Mengapa keadaan ini boleh berlaku?

MOHAMMAD FIRUS ROSOOL GANI, Yang Di-Pertua
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) UUM

Berita Harian Online: 30 Ogos 2010

131 ulasan:

Muhammad Izuan berkata...

hmm, kenapa x masuk maktab je dari awal...

Tanpa Nama berkata...

Kepada Muhammad Burn, ternyata respon anda tidak menggambarkan perasaan simpati kepada penulis.
Saudara tahu bahawa pelajar-pelajar yang dapat masuk ke IPGM adalah dikalangan mereka yang hanya lulusan SPM manakala pelajar-pelajar yang masuk ke IPTA adalah mereka yang lulusan STPM atau Matrikulasi. Mereka ini adalah bekas-bekas lulusan SPM yang mempunyai keputusan yang tinggi dan kadang-kadangg yang terbaik di sekolah tersebut.

Memang patut penulis itu meluahkan rasa tidak puas hatinya dilaman blog ini kerana seolah-olah ada double standard yang diamalkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Sememangnya tidak adil mereka yang hanya lulusan SPM sahaja boleh mendapat tempat di IPGM dengan elaun setiap bulan tanpa dibayar semula merupakan biasiswa belajar di IPGM sedangkan mereka yang juga mengambil program yang sama di IPTA tidak mendapat apa-apa hanya PTPTN sahaja yang merupakan hutang sebenarnya yang perlu dibayar selepas menghabiskan pengajian dalam bidang pendidikan di IPTA-IPTA tempatan.
Sepatutnya pelajar yang mempunyai kelulusan yang tertinggi yang diberikan kemudahan terbaik barulah mereka yang kelulusan terendah.
Jadi, pengajian pendidikan antara IPGM dan IPTA seperti satu rumah dapur lain-lain ..le..engkau masak lain aku masak lain...nanti sudah masak kita kac makan kepada anak-anak kita pula....


Ketandusan idea lah tu...

guru juga berkata...

lulusan maktab suka memperlecehkan lulusan IPTA, benar komen diatas kami kebanyakannya pelajar terbaik semasa di sekolah dahulu, malahan ramai rakan2 yang di sekolah merupakan kaki lawan guru dapat menyertai maktab selepas SPM.

lagi 1 menegnai PTPTN, mereka yang tidak pernah meminjam PTPTN x sedar betapa kami ditipu semasa di IPTA dulu yang selalu menyatakan PTPTN itu satu rahmat, sebenarnya amat mencekik kami, dengan kadar faedah yang tinggi, ramai guru KPLI/DPLI terhutang puluhan tahun mengikut jadual kepada PTPTN.

anda yang mendapat tempat selepas SPM perlu bersyukur dan sedar diri, tidak perlu angkuh kerana ilmu anda x seberapa mana pun, malahan ilmu duniawi yang diperolehi di maktab dalam suasana yang penuh kongkongan tidak dapat menandingi ilmu yang diperoleh di suasana bebas universiti dan pekerjaan luar.

cikgua berkata...

maaf nak kata sikit, kebanyakan guru pelatih maktab berfikiran agak jumud, tidak kreatif, tidak mampu berfikir luar dari kotak, akibat kehidupan yang dikongkong macam murid sekolah, kalau diperhatikan betul2, suasana pekerjaan di malaysia ni mmg melebihkan mereka yang tidak belajar tinggi, mereka yang belajar atau menyambung belajar biasanya ditindas ibarat anjing kurap, mungkin disebabkan oleh pak menteri atau pun golongan pentadbir yang membuat dasar terdiri daripada mereka yang tidak mementingkan pelajaran atau tiada kelulusan yg sepatutnya yang mendapat pangkat secara bodek rasuah dan menjilat punggung pihak atasan, kesimpulannya guru-guru tidak perlu menyuruh murid belajar tinggi kerana akhirnya nasib mereka nanti lebih terbela, harap maklum

Tanpa Nama berkata...

Saya keliru dengan kenyataan berikut yg telah dikemukakan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) UUM:

"Mahasiswa selain UPSI juga melalui prosedur pemilihan yang sama, iaitu perlu mendapat keputusan cemerlang, lulus MEdSI (Malaysian Educators Selection Inventori), dan lulus temu duga."

Apa yang saya faham, seolah2 semua mahasiswa yang mengikuti kursus pendidikan menjalani MEDSI dan lain2 kecuali mahasiswa UPSI.

Setahu saya, mahasiswa UPSI juga melalui pemilihan yang sama seperti mahasiswa lain utk memasuki IPT tersebut iaitu melalui UPU (lulusan STPM, matrik dll) dan perlu dpt keputusan cemerlang, lulus MEDSI dan lulus temuduga.

Buat masa ini, mahasiswa UPSI juga perlu meminjam dengan PTPTN (perlu bayar semua termasuk kos ujrah) kerana biasiswa persekutuan utk pelajar aliran pendidikan tidak ditawarkan pada tahun ini akibat kegawatan ekonomi.

Jadi, saya harap Yang Di-Pertua
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) UUM perlu mempunyai fakta yang tepat sebelum meluahkannya di media agar ianya tidak memalukan diri anda sebagai bakal guru. Kalau inilah sikap bakal guru iaitu tidak mempunyai fakta yang jelas, habislah anak murid nanti bila ditempat ke sekolah...

Jangan silap bagi fakta tarikh kemerdekaan kat anak murid sudahlah...

ashykyn berkata...

saya adalah guru yang lahir dari program berkembar antara maktab perguruan dan juga universiti tempatan.. kursus saya berlangsung selama 6 tahun, 4 tahun saya di maktab, 2 tahun saya di universiti. Mungkin kebanyakkan anda tidak tahu bahawa pelatih pelatih maktab sekarang adalah dikalangan pelajar-pelajar SPM yang dipilih melalui proses pemilihan universiti biasa ( borang yang sama ) . Bezanya adalah kebanyakkan mereka ini keputusannya wajib 5 kredit seperti juga pemilihan graduan universiti. Dan kebanyakkanya diserap terus kepada 1 tahun setengah untuk tahun persediaan dan juga 4 tahun pembelajaran bagi ijazah. IPGM juga sudah mula mengeluarkkan produk ijazah buat masa kini.

beza maktab dan universiti? saya adalah di antara dua dunia.,.jadi saya boleh memberitahu sedikit sebanyak dari pengalaman saya..

di maktab, proses pembelajaran dan pengajaran antara pensyarah lebih bersifatkan 'buat dan ikut' di mana pensyarah akan menjadi seperti guru dan kami seperti murid ( do as I do ). Kami dipaksa berhimpun tepat jam 7:30 pagi tiap tiap hari menyanyikan lagu lagu ( seperti pelajar sekolah ) dan pakaian kami akan diperiksa ( kain dalam, kasut. tudung,jenis baju , rambut ) oleh pensyarah seperti pengawas di sekolah. Mungkin ada di antara anda yang mungkin ketawakan hakikat ini termasuk saya dahulu, sehinggalah saya 3 tahun mengajar.. saya akhirnya faham kenapa perhimpunan adalah tepat 0730 dan etika pemakaian yang betul di mana semua ini terbawa-bawa hingga ke zaman pekerjaan.

Universiti pula.. lebih kepada kuliah kuliah dan kuliah. Pelajar jauh dari pensyarah.. lebih bersifatkan 'buat apa yang diajar' ( do as I say ).. saya pelajar UPSI, sekurang-kurangnya UPSi menitik beratkan juga hal pemakaian walaupun ada di antara yang masih tidak mematuhi. Itu difahami kerana skala yang besar dan jumlah yang ramai dalam satu satu kuliah. tetapi apabila melihat pelajar pendidikan di USM, jauh dari apa yang saya lihat selama 6 tahun. Mereka lebih berupa pelajar universiti dan tidak kelihatan seperti pelatih perguruan.

kenapa mempertikaikan antara universiti dan maktab yang kononnya anak emas, tetapi mungkin kebanyakkan tuan / puan lupa ..anak emas yang sebenarnya adalah kumpulan-kumpulan 'penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara' dipilih dari kalangan SPM dan dihantar ke US, UK, Australia mempelajari English, Math, Physics, Chemistry, Biology ( pure ) dan kembali ke tanah air , masuk praktikal selama setahun di dalam maktab perguruan dan bertugas serta merta selepas itu?

Yang saya faham, banyak saluran ke perguruan yang dibayar sepenuhnya dan dibiayai ( diberi elaun oleh kerajaan ).Antaranya:

1. program penghantaran pelajar cemerlang
2. program berkembar IPGM dan IPTA dalam dan luar negara ( 6 tahun)
3. program 5 tahun setengah IPGM Ijazah pertama
4. program 3 tahun diploma perguruan IPGM
5. pelajar pilihan dari universiti untuk Biasiswa perguruan persekutuan.
6. pelajar KuiTTHO untuk bidang teknikal ( kurang pasti, tapi rasanya ditaja )

dan yang tidak ditaja/ melalui PTPTN

6.pelahar-pelajar jurusan pendidikan di serata universiti di malaysia..

* Itu adalah pemahaman saya selama 6 tahun sebagai pelajar 'hybrid' kerana banyak pertanyaan ketika waktu belajar dahulu. kalau ada salah dan silap, tolong perbetulkan.. Assalamualaikum..

Budak Trolak berkata...

Memang telah menjadi lumrah manusia, sentiasa tidak berpuas hati dengan setiap apa rezeki yang telah Allah berikan. Sentiasa memandang seolah-olah penindasan dan kezaliman sentiasa bersama mereka. Persoalkan setiap kenikmatan yang orang lain terima. Jarang bermuhasabah diri. Biasalah... dah manusia dijadikan bersama dengan nafsu dan Syaitan sentiasa akan menghasut.

Namun begitu, sepintas lalu perlu dilihat juga, mengapa perkara ini diungkitkan?

Kerana manusia dikurniakan dengan perasaan memberontak, dengki dan khianat...

Mengapa perasaan ini wujud? Tak perlu nak dijawab... kerana kita tentu dapat fikirkan.

Memandang kepada elaun yang diterima... Mengapa kita tak dapat? Walhal bidang pengajiannya sama? Itu pun tak perlu dipersoalkan...

Yang perlu dipersoalkan... mengapa insan yang menuntut ilmu ini perlu berhutang dan membayar atas apa ilmu yang ingin dipelajari?

Mengapa penjara, pusat SERENTI, pusat pemulihan akhlak milik kerajaan dapat perkhidmatan percuma?

Hipotesisnya... Mungkin ada saling kaitnya... kerana peruntukan dah banyak ke tempat tak sepatutnya, maka bahagian yang lain perlu menampung kos.

Mungkin juga perkara ini perlu diselidiki dan diteliti sedalamnya.

Kasihan kepada mereka yang ingin menuntut ilmu, perbuatan yang hendak dilakukan memang terpuji, tetapi terpaksa berhutang. Walhal insan2 yang telah melakukan kerosakan di muka bumi ini ditanggung sepenuhnya.

Mana salahnya?

Ibarat kata Nabil... "Lu Fikirlah Sendiri!"

Berkaitan nak cari perbezaan Maktab dan Universiti... atau nak cari perbezaan bidang kursus perguruan di maktab dan universiti.

Senang cerita, siapa pernah memasuki kedua-dua tempat ni... memang nampak perbezaan yang ketara...

Saya juga merupakan insan yang bertuah kerana dapat memasuki kedua-dua tempat ini...

Sukar nak diterjemahkan ke semuanya...

Perbezaan ketara "di maktab masih mendidik insaniah, di universiti, pandai-pandailah membawa diri"

Ini cuma pandangan saya, tidak mewakili mana-mana pihak atau organisasi. Kekasaran dan kesilapan harap dimaafkan...terima kasih

Tinta dari Katsumi berkata...

Assalamualaikum...
saya mewakili guru-guru pelatih IPGM..
memang pada hakikatnya kelihatan tidak adil, dan memang nyata kami memiliki lebih kelebihan berbanding graduan jurusan pendidikan di IPTA, tapi terlalu banyak bezanya dari segi latihan, pembangunan insan dan pemikiran.
Saya sgt tidak bersetuju dengan kenyataan Tanpa Nama
"Sepatutnya pelajar yang mempunyai kelulusan yang tertinggi yang diberikan kemudahan terbaik barulah mereka yang kelulusan terendah"
Kenyataan saudara seolah2 menghina guru-guru pelatih di IPGM... Buat pengetahuan saudara, saya mendaftarkan diri untuk masuk ke IPGM dengan 8A dlam SPM... dan kebanyakkan rakan-rakan sekuliah saya juga mendapat keputusan yang hampir sama... bahkan, kami juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam kokurikulum... Maka, dari aspek JERIS kebanyakkan daripada kami semuanya cemerlang... walaupun kami tidak melalui proses STPM dan Matrikulasi, namun kami terpaksa melalui proses Kursus Pra Perguruan selama satu satu 6 bulan... Jadi tidak ada bezanya dengan kursus lain... bahkan latihan kami lebih lama berbanding universiti... Kami terpaksa beljar selama 5thn setengah utk menjadi seorg guru yang betul2 kaliber....
Berdasarkan kurikulum pula, terlalu jauh bezanya berbanding dengan universiti... kami lebih banyak praktikal banding dengan teori...
setiap paper yang diambil pasti tidak telepas daripada microteaching... Bahkan tempoh praktikum kami lebih lama berbanding dengan univesiti... apabila masuk tahun pertama ijazah sahaja, kami dikehendaki utk menjalani SBE selama seminggu setiap semester sehingga tahun 3. masuk tahun ketiga kami sudah mula menjalani praktikum selama sebulan pada semester 5, dua bulan semester 6 dan 3 bulan pada semester 7 dan pada semester 8 sebulan yang kami tidak kenali sebagai praktikum tetapi sebagai intership, yang mana guru pelatih akan diberi peluang untuk menjadi guru sebenar tetapi markah akan dinilai sendri oleh pihak sekolah. Jumlah kesemuanya praktikum adalah 8 bulan... ckup jauh beza dengan praktikum diuniversiti yang hanya 4bulan... ini tidak termasuk program2 yang dilaksanakan disekolah yang sememangnya betujuan utk mendekat jiwa guru pelatih dengan sekolah.
Saya juga agak kurang setuju dengan kenyataan cikgua "maaf nak kata sikit, kebanyakan guru pelatih maktab berfikiran agak jumud, tidak kreatif, tidak mampu berfikir luar dari kotak, akibat kehidupan yang dikongkong macam murid sekolah,"
Saya tak faham macam mana seorang guru boleh mengeluarkan kenyataan tanpa bukti... mungkin segelintir yang saudara lihat berbanding yang lain.... Atau saudara tersalah tafsir dengan lulusan daripada maktab perguruan. Buat pengetahuan semua, buat masa ini lulusan IPGM hanya satu batch sahaja yang baru dikeluarkan iaitu pada tahun lepas utk program Sarjana Muda. Itupun bukan sepenuhnya keluaran IPGM. Pada akhir tahun ini bau lulusan IPGM sebenar akan dilekuarkan. Selama ini lulusan yang keluar hanya lulusan IPGM utk program KPLI yang mana asalnya juga adalah keluaran universiti juga. Dan tidak adil utk menghukum program KPLI kerana mereka melalui latihan hanya selama satu tahun sahaja. Memang tidak ckup.
Dan agak pelik untuk menghina keluaran IPGM kerana keluaran guru pelatih dari IPGM tak silap saya telah dihentikan sejak tahun 2006 lagi. Kini kita hanya menunggu guru-guru PISMP keluaran IPGM sebenar pada akhir tahun ini yang telah dinyatakan oleh alahyarham Tan Sri Razali dalam ucapan beliau di Parlimen bahawa guru2 PISMP adalah guru-guru terbaik yang diukir oleh kementerian pelajaran dalam sejarah pendidikan negara.
Saya harap sesiapa yang ingin menulis diruangan ini harap membuat kajian terlebih dahulu, kerana dikuatiri kita menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat dan ini akan memberi nama buruk kepada KPM dan tidak lain menfitnah org lain pula....

Tinta dari Katsumi berkata...

Assalamualaikum...
saya mewakili guru-guru pelatih IPGM..
Saya sgt tidak bersetuju dengan kenyataan Tanpa Nama
"Sepatutnya pelajar yang mempunyai kelulusan yang tertinggi yang diberikan kemudahan terbaik barulah mereka yang kelulusan terendah"
Kenyataan saudara seolah2 menghina guru-guru pelatih di IPGM... Buat pengetahuan saudara, saya mendaftarkan diri untuk masuk ke IPGM dengan 8A dlam SPM... dan kebanyakkan rakan-rakan sekuliah saya juga mendapat keputusan yang hampir sama... bahkan, kami juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam kokurikulum... Maka, dari aspek JERIS kebanyakkan daripada kami semuanya cemerlang... walaupun kami tidak melalui proses STPM dan Matrikulasi, namun kami terpaksa melalui proses Kursus Pra Perguruan selama satu tahun 6 bulan... Jadi tidak ada bezanya dengan kursus lain... bahkan latihan kami lebih lama berbanding universiti... Kami terpaksa beljar selama 5thn setengah utk menjadi seorg guru yang betul2 kaliber....
Berdasarkan kurikulum pula, terlalu jauh bezanya berbanding dengan universiti... kami lebih banyak praktikal banding dengan teori...
setiap paper yang diambil pasti tidak telepas daripada microteaching... Bahkan tempoh praktikum kami lebih lama berbanding dengan univesiti... apabila masuk tahun pertama ijazah sahaja, kami dikehendaki utk menjalani SBE (school based experince) selama seminggu setiap semester sehingga tahun 3. masuk tahun ketiga kami sudah mula menjalani praktikum selama sebulan pada semester 5, dua bulan semester 6 dan 3 bulan pada semester 7 dan pada semester 8 sebulan yang kami tidak kenali sebagai praktikum tetapi sebagai internship, yang mana guru pelatih akan diberi peluang untuk menjadi guru sebenar tetapi markah akan dinilai sendri oleh pihak sekolah. Jumlah kesemuanya praktikum adalah 8 bulan... ckup jauh beza dengan praktikum diuniversiti yang hanya 4bulan... ini tidak termasuk program2 yang dilaksanakan disekolah yang sememangnya betujuan utk mendekat jiwa guru pelatih dengan sekolah.
Saya juga agak kurang setuju dengan kenyataan cikgua "maaf nak kata sikit, kebanyakan guru pelatih maktab berfikiran agak jumud, tidak kreatif, tidak mampu berfikir luar dari kotak, akibat kehidupan yang dikongkong macam murid sekolah,"
Saya tak faham macam mana seorang guru boleh mengeluarkan kenyataan tanpa bukti... mungkin segelintir yang saudara lihat berbanding yang lain.... Atau saudara tersalah tafsir dengan lulusan daripada maktab perguruan. Buat pengetahuan semua, buat masa ini lulusan IPGM hanya satu batch sahaja yang baru dikeluarkan iaitu pada tahun lepas utk program Sarjana Muda. Itupun bukan sepenuhnya keluaran IPGM. Pada akhir tahun ini baru lulusan IPGM sebenar akan dikeluarkan. Selama ini lulusan yang keluar hanya lulusan IPGM utk program KPLI yang mana asalnya juga adalah keluaran universiti juga. Dan tidak adil utk menghukum program KPLI kerana mereka melalui latihan hanya selama satu tahun sahaja.
Dan agak pelik untuk menghina keluaran IPGM kerana keluaran guru pelatih dari IPGM tak silap saya telah dihentikan sejak tahun 2006 lagi. Kini kita hanya menunggu guru-guru PISMP keluaran IPGM sebenar pada akhir tahun ini yang telah dinyatakan oleh allahyarham Tan Sri Razali dalam ucapan beliau di Parlimen bahawa guru2 PISMP adalah guru-guru terbaik dalam sejarah pendidikan negara yang diukir oleh kementerian pelajaran.
Saya harap sesiapa yang ingin menulis diruangan ini harap membuat kajian terlebih dahulu, kerana dikuatiri kita menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat dan ini akan memberi nama buruk kepada KPM dan tidak lain menfitnah org lain pula....

Tinta dari Katsumi berkata...

Assalamualaikum...
saya mewakili guru-guru pelatih IPGM..
Saya sgt tidak bersetuju dengan kenyataan Tanpa Nama
"Sepatutnya pelajar yang mempunyai kelulusan yang tertinggi yang diberikan kemudahan terbaik barulah mereka yang kelulusan terendah"
Kenyataan saudara seolah2 menghina guru-guru pelatih di IPGM... Buat pengetahuan saudara, saya mendaftarkan diri untuk masuk ke IPGM dengan 8A dlam SPM... dan kebanyakkan rakan-rakan sekuliah saya juga mendapat keputusan yang hampir sama... walaupun kami tidak melalui proses STPM dan Matrikulasi, namun kami terpaksa melalui proses Kursus Pra Perguruan selama satu tahun 6 bulan... Jadi tidak ada bezanya dengan kursus lain... bahkan latihan kami lebih lama berbanding universiti... Kami terpaksa beljar selama 5thn setengah utk menjadi seorg guru yang betul2 kaliber....
Berdasarkan kurikulum pula, terlalu jauh bezanya berbanding dengan universiti... kami lebih banyak praktikal banding dengan teori...
setiap paper yang diambil pasti tidak telepas daripada microteaching... Bahkan tempoh praktikum kami lebih lama berbanding dengan univesiti... apabila masuk tahun pertama ijazah sahaja, kami dikehendaki utk menjalani SBE (school based experince) selama seminggu setiap semester sehingga tahun 3. masuk tahun ketiga kami sudah mula menjalani praktikum selama sebulan pada semester 5, dua bulan semester 6 dan 3 bulan pada semester 7 dan pada semester 8 sebulan yang kami tidak kenali sebagai praktikum tetapi sebagai internship, yang mana guru pelatih akan diberi peluang untuk menjadi guru sebenar tetapi markah akan dinilai sendri oleh pihak sekolah. Jumlah kesemuanya praktikum adalah 8 bulan... ckup jauh beza dengan praktikum diuniversiti yang hanya 4bulan... ini tidak termasuk program2 yang dilaksanakan disekolah yang sememangnya betujuan utk mendekat jiwa guru pelatih dengan sekolah.
Saya juga agak kurang setuju dengan kenyataan cikgua "maaf nak kata sikit, kebanyakan guru pelatih maktab berfikiran agak jumud, tidak kreatif, tidak mampu berfikir luar dari kotak, akibat kehidupan yang dikongkong macam murid sekolah,"
Saya tak faham macam mana seorang guru boleh mengeluarkan kenyataan tanpa bukti... mungkin segelintir yang saudara lihat berbanding yang lain.... Atau saudara tersalah tafsir dengan lulusan daripada maktab perguruan. Buat pengetahuan semua, buat masa ini lulusan IPGM hanya satu batch sahaja yang baru dikeluarkan iaitu pada tahun lepas utk program Sarjana Muda. Itupun bukan sepenuhnya keluaran IPGM. Pada akhir tahun ini baru lulusan IPGM sebenar akan dikeluarkan. Selama ini lulusan yang keluar hanya lulusan IPGM utk program KPLI yang mana asalnya juga adalah keluaran universiti juga. Dan tidak adil utk menghukum program KPLI kerana mereka melalui latihan hanya selama satu tahun sahaja.
Dan agak pelik untuk menghina keluaran IPGM kerana keluaran guru pelatih dari IPGM tak silap saya telah dihentikan sejak tahun 2006 lagi. Kini kita hanya menunggu guru-guru PISMP keluaran IPGM sebenar pada akhir tahun ini yang telah dinyatakan oleh allahyarham Tan Sri Razali dalam ucapan beliau di Parlimen bahawa guru2 PISMP adalah guru-guru terbaik dalam sejarah pendidikan negara yang diukir oleh kementerian pelajaran.
Saya harap sesiapa yang ingin menulis diruangan ini harap membuat kajian terlebih dahulu, kerana dikuatiri kita menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat dan ini akan memberi nama buruk kepada KPM dan tidak lain menfitnah org lain pula....

aBDUL sAMAD berkata...

woi tinta kastumi bape juta kali nak post benda yg sama? sauda inginkan semua guru menyembah guru maktabkah? ini kerana di sekolah guru2 maktablah yg jeles/kuat buat cerita pada guru IPTA/KPLI/DPLI

Tanpa Nama berkata...

Ok..cgu nak jelaskan beberapa kekeliruan dari para guru keluaran IPGM termasuk komen guru-guru keluaran IPTA.Biar saya jelasksan tapi sebelum itu saya memberikan sedikit latarbelakang saya dalam pendidikan;-Ok
1. saya juga keluaran Maktab Perguruan sekitar 80an
2. masuk universiti sekitar 90an
3. berkhidmat dalam bidan perguruan selama 23 tahun
4. memegang jawatan pentingg di sekolah menengah

Sekarang cgu beri penjelasan.
1. Bukan niat cgu merendahkan taraf IPGM,itu jauh sekali malah saya berbangga dapat melalui 2 fasa latihan perguruan maktab dan universiti.Cgu hanya bercakap tentang keutamaan pemberian elaun dan bisiswa sahaja bukan nilai IPGM atau IPTA.Itu salah tanggapan le ..
2. Maksud cgu tertingi dan terendah ialah nilai STPM dan Matrikulasi berbanding dengan SPM.Dari segi heiraki kelulusan kita semua mengakui STPM dan Matrikulasi adalah lebih tinggi berbanding SPM. Walau pun saudara/saudari mungkin mendapat 18A dalam SPM tetap tidak setara dengan STPM dan Matrikulasi. Jadi janganlah cgu IPGM merasa direndahkan atau terhina, cgu tidak menghina hanya memberikan nilaitara antara SPM dan STPM/Matrikulasi.Cgu pun mengajar sekolah menengah jadi cgu tahulah mana yang tertinggi dan terendah. Kalau tidak mana mungkin pelajar-pelajar STPM dan Matrikulasi itu dipanggil sebagai pelajar Pra-U.
3. Cgu tidak merendahkan latihan IPGM. Cgu mengakui bahawa latihan di IPGM mengajar guru menjadi pendidik yang sebenar. Tetapi tidak bermakna latihan di IPTA tidak bagus. Kedua-duanya ada kekuatan dan ada kelemahan. Tetapi apa pun jenis latihan yang dilalui sama ada di IPGM atau di IPTA tidak akan menjamin seseorang itu berjaya merealisasikan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia kalau tidak ada inisiatif dari guru itu sendiri.Selepas kita keluar dari latihan di IPGM atau IPTA, kita kena mengatur langkah bijak melalui pelbagai karenah di sekolah
4. Bukan soal latihan di IPGM atau di IPTA bagus dan tidak bagus.Kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri. Jadi cgu tidak mempersoalkan semua itu kerana cgu melalui 2 fasa latihan juga
5. Cgu juga bukan tidak menghargai apa yang sudah cgu dapat hari ini tetapi apa yang cgu maksudkan iaitu dari segi keutamaan oleh pihak bertanggungjawab antara lulusan STPM/Matrikulasi dan SPM.
6. Cgu juga tidak setuju kalau ada yang mengatakan lulusan IPGM itu tidak jumud, kolot, tidak kreatif atau apa-apa yang lemah berbanding dengan keluaran IPTA. Kreativiti seseorang guru bukan dari latihan yang dilalui sahaja tetapi lebih kepada sikap diri sendiri selepas berada dipentas pendidikan.
7. Apa yang cgu mahu jelaskan ialah kenyataan komen/luahan perasaan saudara Mohamad Firus Rosool Gani, Yang Di-Pertua
Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) UUM. Cgu bersimpati dengan saudara ini kerana pelajar IPGM mendapat elaun setiap bulan manakala pelajar jurusan pendidikan di IPTA mengharapkan saku dari ibubapa atau dari PTPTN. Ada yang dapat biassiswa dan ada yang tidak dapat biasiswa. jadi kita sangat kasihan dengan mereka yang terlibat..

Saya harap penjelasan ini cukup untuk menjelaskan beberapa komen dari kawan-kawan guru. Mungkin guru baru lahkatakan sebab itu terlalu emosi....

Tanpa Nama berkata...

Hurm, kecewa juga membaca komen2 guru-guru di sini.. lain yg dipersoal, lain pula yang diperdebatkan.. Kita perlu faham situasi penulis dahulu sbl memberi komen. Komen-komen awal yg berbentuk menghina sesama guru yg (ternyata anda berada dlm dunia pekerjaan yg sama) amat memperlihatkan pemikiran yg cetek.. Kita bukan Tuhan nak judge sebanyak mana individu itu dpt dr ilmu yg dipelajari.. Belajar di pondok ka, maktab ka, universiti ka, akhirnya berbalik kpd diri sendiri apa yg anda AMALkan drp ilmu dipelajari.. Mcmana nk didik anak bangsa jika guru bertelagah sesama guru?

sy hanya bersetuju dgn Tanpa Nama (komen di atas sy ni) yg menganalisis soalan yg diutarakan dgn pemikiran yg rasional & bukan emosional..

Apapun berbalik kpd niat anda menyertai dunia pendidikan..

ashykyn berkata...

Pokok pangkalnya, buka minda. faham apa yang terjadi pada masa sekarang. Kursus apa yang ditawarkan. Cuma saya rasa kursus-kursus pendidikan tidak perlu dibuka di merata-rata universiti.. tetapi, bekalan guru sentiasa tidak mencukupi. Tidak perlu risau kerana lambat atau cepat, pekerjaan masih lagi ada. Saya cuma memberi pendapat kerana sedih graduan maktab dikatakan graduan SPm padahal saya adalah kumpulan pertama yang melangkah masuk berbekalkan 7 A ke maktab untuk kursus ijazah pertama, sama juga dengan kawan-kawan seperjuangan dahulu.. ada yang datang dari STPM . Isu asas kelulusan tidak patut di jadi isu sama sekali kerana graduan yang berada di uni dan juga di maktab buat masa ini adalah dari kumpulan yang sama, bukanlah 'double standard' yang dikatakan oleh sesetengah pihak.Beza yang ketara, samaada bagi kursus Pismp/berkembal TESL, hanyalah jarak masa, 6 tahun kerana termasuk kursus persediaan dan juga ditaja atau tidak ditaja. walaupun ditaja, kami tetap seperti warga kerajaan yang lain, perlu penuhi 5 tahun perjanjian untuk berkhidmat.

pada yang dikatakan ada pangkat penting, ataupun yang dah lama mengajar, jenguk jenguklah kursus apa yang diajar di IPGm buat masa ini.IPGM dinaikkan taraf bukan hanya untuk suka-suka. tetapi taraf pendidikan dari hanya mengeluarkan graduan diploma kepada graduan ijazah pertama.

Isu kenapa di uni lain jadi lain, di IPGM jadi lain, seperti juga isu pelajar matrikulasi dan juga pelajar matrikulasi universiti. Yang mana kita sedia maklum pelajar matrikulasi universiti, sebelah kaki sudah masuk u, tapi matrikulasi biasa perlu cemerlang untuk berebut kursus.

Secara konklusinya, rasanya kursus pendidikan ini perlu kawalan dari pihak Bahagian Pendidikan Guru sendiri. Juka tidak, OUM pun ada pendidikan, UNISEL pun ada pendidikan. Jadi macamana?

jadi yang baru atau yang lama, bukalah minda..betul kata tanpa nama sama-sama guru bertelagah, tapi kami tidak
bertelagah, hanya memberi pendapat.. salahkah memberi pendapat berbeza?

Assalamualaikum



Jika sedih melihat komen-komen guru-guru yang di katakan baru, ternyata komen Tanpa Nama sekalian lagi menyedihkan. Umpama tidak berani bersuara dan berpendapat.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya kita mencari yang terbaik dalam menentukan kualiti dan standard guru di Malaysia, mencari penyelesaian yang terbaik supaya tiada siapa guru yang menjadi anak emas dan tiada guru yang dianaktirikan.

Kitalah pemangkin standard guru malaysia

aku cikgu berkata...

apa nak gaduh..keluaran maktab ke..IPTA ke..KPLI/DPLI ke...semua sama...tetap dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah....

cemerlang atau tidak seseorang guru...bukan bergantung dari mana kelulusannya..tetapi usahanya apabila sudah menjadi guru...

lihat sahaja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia....lulusan KPLI maktab...tp berjaya menjadi Ketua Pengarah.....

so..tepuk dada tanya selera

Tanpa Nama berkata...

Ashikin--- Cuba baca pendapat sy betol2, adakah sy mengatakan cikgu baru @ lama? Sy sendiri guru baru yg belajar di kedua2 institusi.. Jgn cuba simpulkan dlm pemahaman sendiri jika tak paham apa org tulis.. Mengeluarkan pendapat sy tak kata salah, Sy kecewa dgn kata2 berbentuk kesimpulan peribadi dgn menghina cikgu keluaran sesuatu institusi... Jadi nak beri pendapat pun, kajila dulu, jgn terlalu beremosi..

algojo berkata...

berdasarkan cakap2 semua nih, dipercayai IPGM juga akan melaksanakan sistem lebih kurang sama.

yang dapat kelulusan tinggi sahaja akan ditawarkan biasiswa perguruan persekutuan (elaun bhs bdk maktab)

benda tak puas hati nih bkn benda baru even Tim Menteri Pengajian Tinggi pun pernah cakap. hasilnya latihan KPLI Sek Men telah dihentikan dan dipertanggungjawab pd IPTA a.k.a MOHE

juga latihan bagi guru sekolah menengah mmg telah diberikan sepenuhnya kpd IPTA. kecuali program B.Ed Tesl (berkembar dlm & luar negara) serta Program Pelajar Cemerlang (PPC)

kami di IPG pun kena ikut proses MQA utk akreditasi mcm IPTA

dan satu masa nanti harap BPG pulak akan check kualiti latihan perguruan di IPTA. sebab BPG di bawah sektor pembangunan profesionalisme keguruan. so dia akan check, macam mana kualiti ngajar, mcm mana observe, bapa kali praktikal, boleh handle sukan, unit beruniform
cam tu la kot..

jadi jangan susah hati, jangan sakit hati

kita semua cikgu

Tanpa Nama berkata...

kepada Algojo
awak nikan tak ngerti persoalan pokok.Persoalannya kenapa pelajar IPGM diberikan kemudahan elaun setiap bulan sebaliknya pelajar dari IPTA tidak dapat sedangkan jurusan yang sama iaitu guru

Kita bukan mempersoalkan pengisian program tersebut.Tiada pertikaian soal ini..smuanya ok...

Kita bincang dari segi keadilan pemberian elaun, kewajaran pemberian elaun hanya pelajar IPGM sahaja yang dapat dan tidak pelajar IPTA sedangkan mereka ini (IPTA) adalah juga pelajar yang terbaik STPM dan Matrikulasi.

Tuan Algojo, saya ini pun guru, saya juga keluaran maktab dapat elaun setiap bulan tetapi pada masa yang sama bagi guru-guru yang dapat masuk universiti mereka dapat biasiswa. Masa itu perkara ini(elaun) tidak pernah dipersoalkan, tidak ada ras tidak puas hati dikalangan pelajar kerana keadilan dan kewajaran nampak jelas yang terbaik diberikan yang terbaik..Ini adil..

Tetapi sekarang ini memang kita namapak jelas KETIDAK ADILANNYA..pelajar terbaik pun tidak dapat biasiswa ..hanya PINJAMAN PTPTN sebaliknya pelajar yang hanya kelulusan SPM pula yang dapat elaun. Elaun itu berbentuk biasiswa. Bila dikatakan biasiswa pelajar tidak perlu bayar. Pinjaman PTPTN kena bayar dan yang lebih teruk lagi mereka tu pula kena bayar bunga..pula...

algojo berkata...

kot ye pun nak marah letak la nama dulu, senang kan nak bincang..

program semua dah ok? hurmm

persoalan pokok, baiklah kita kembali..

kat Universiti/IPTA pun dorang diberi juga biasiswa iaitu Biasiswa Perguruan Persekutuan. syarat yg saya tahu kena mohon, dan bidang pengajian tu mestilah bidang yg diperlukan oleh penaja iaitu KPM

isu pelajar terbaik STPM pun tak dapat biasiswa tak timbul kerana bila nak mohon biasiswa tu bergantung kepada keputusan pengajian semester 1 & 2 ijazah, ketrampilan semasa temu duga, jumlah biasiswa yg ditawarkan dll

kita perlu ingat, IPTA bukanlah kilang pekerjaan (ini ditegaskan oleh orang kuat universiti dlm akhbar lagi) bidang yang mereka tawarkan ialah pengajian ilmu. sesiapa yang nak belajar pasal pendidikan/perguruan boleh belajar.

habis belajar mereka boleh masuk ke mana-mana bidang yg mereka suka contohnya masuk skim Tutor di IPTA, guru sekolah swasta, wartawan majalah pendidikan, Kapten dalam KPD/KPA utk bahagian pelajaran atau mohon utk PPPS. tak perlu ada ikatan dgn mana-mana. kalau nak pergi ke dubai pn boleh jadi cikgu di sana.

pelajar di IPG diikat dengan kontrak, untuk berkerja dengan KPM untuk sekian tempoh (bergantung pd jenis program)..pengambilan pelajar IPG berdasarkan unjuran keperluan guru semasa mereka tamat belajar. adakah IPTA juga buat begini?


saya memahami pasal PTPTN sbb saya pun ambik juga duit PTPTN nih. tapi dah bayar balik dah..adik beradik saya pun ambik PTPTN.

dan jgn marah sangat, IPG pn katanya dalam proses..supaya yg dapat pencapaian yg baik diberikan biasiswa, demi keadilan semua. yg tak layak mmg akan ambik PTPTN juga.perkara nih dibincangkan hampir setiap kali Permuafakatan antara MOE & MOHE. masa zaman Dato' Idris Haron jd Tim Menteri MOHE, dia yg plg lantang. tp Dato' KPPM jawab relak je.

cukup la benda2 mcm nih, sampai buat generalisasi cikgu maktab jumud..


p/s:elaun tiap bulan? cuma KPLI dan pra ijazah je di bg elaun tiap bulan

Tanpa Nama berkata...

hei Tuan Algojo...ketentuan yang akan datang tu belum ada sinarnya..buatt apa nak cakap..yang kita bincang ni ialah apa yang berlaku sekarang.

Yang akan datang tu bab lain le

Haiya...itu pun lu tara tau kah..

Tak ape le..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan BATIN....

Tanpa Nama berkata...

jumud gila ko algojo,mesti cikgu maktab

algojo berkata...

ia saya jumud, kalau tuan berkerja dengan organisasi tak kira la KPM ke KDN ke MINDEF ke atau Indah Water sekalipun boleh ke di buat perubahan dalam satu malam?

benda nih melibatkan perubahan dasar, melibatkan perancangan kewangan..melibatkan kelulusan dari atasan

semestinya di IPTA sudah pelatih pendidikan dah diasuh mengenai asas kepimpinan pendidikan,dasar dan cara pelaksanaan kerja KPM

ada lagi hujah? kalau saya yang jumud boleh cuba jawab, saya jawab kalau tak boleh..kita sama-sama cuba cari jawapan

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

algojo berkata...

"Tanpa Nama berkata...

jumud gila ko algojo,mesti cikgu maktab

2010 September 2 19:00"

personal attack? generalisasi?

saya cuba menjawab sebaiknya, maaf atas salah silap///

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Tanpa Nama berkata...

Itulah k kalau mau menjawab tu guna otak sikit. Berapa tebal buku Pedagogi dan Psikologi yang ku baca?

Eh..kawan di atas ku tau ke apa itu Pedagogi? Kalau k tidak tau apa itu barang ini msti bukan guru patutlah ckap lain macm.

algojo berkata...

kesantunan bahasa, tak belajar?

saya cuba berbasa-basi, adat orang pahlawan melayu. menikam dalam pantun, menepis dengan senyum.

kenapa mesti marah sampai berterabur bahasa nih?

sudah semestinya saya membaca buku pedagogi, psikologi pendidikan..itukan sangat perlu untuk semua cikgu. di sekolah, kita ada book review. kalau guru yg bagus, ada diselitkan buku mengenai psikologi dan pedagogi dalam book review mereka. sebagai refreshment course mereka dlm LADAP

saudara pula sudah faham dengan dasar dan cara pelaksanaan kerja KPM?

algojo berkata...

Bab biasiswa tu saya dah jelaskan dari awal saya bg komen lagi..iaitu sebelum nih memang ada ditawarkan biasiswa perguruan persekutuan (taun nih tak pasti)

bilangan pastilah tak mencukupi untuk semua calon. berbeza dengan IPG yg memang ambil pelajar berdasarkan jumlah biasiswa yg kerajaan sanggup tanggung. kalau tak ada duit, ambil la sikit.

dan bila saya terangkan pasal perubahan yg nak dijalankan berkaitan biasiswa di ipg, saya pula diperli (rujuk komen Tanpa Nama pd jam 1900,020910)

saya paham pasal peritnya belajar guna PTPTN nih, adik beradik saya semua belajar guna PTPTN. dari awal PTPTN sampai zaman SSPN.

tapi perubahan yg nak dibuat tu bukan boleh datang sederap, kena dikaji, kena dapat keputusan, bincang lagi.

dan banyak pula komen yg meremehkan secara terang-terangan terhadap IPG. IPG diberi kebenaran untuk menjalankan program pra ijazah sendiri seperti yg dilaksanakan oleh UPNM, UIAM dll.

cuba tanya rakan anda, sijil pra ijazah dari IPT tersebut diterima tak setaraf dengan STPM dalam SPA, SPP? tak kan? program tu memang dirangka khusus dengan kehendak BPG

tapi kalau nak jugak setaraf, boleh jer korang yang bijak pandai buat surat kepada TPM mohon agar kelayakan IPG ditukar kpd STPM/Setaraf. atau 1 lg opsyen iaitu IPG sendiri mengendalikan kelas STPM/ pra U

p/s: samat ari raya, org temeloh moh kita beraya

algojo

Nama saya siti berkata...

Isu pokok yang dibangkitkan oleh penulis pasal elaun.. tp kebanyakan komen dah masuk part kualiti dah..
kita siapa nak tentukan kualiti?
ada ke satu garis panduan untuk tentukan kualiti seseorang?
Jadi, rasanya tak wajar la kualiti IPGM atau kualiti IPTA dipersoalkan.. masing- masing ada kelebihan dan kekurangan.

Berbalik kepada pemberian elaun..
Menurut taklimat yang saya hadiri..

1. IPGM berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan IPTA berada di bawah Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT)
Pemberian elaun kepada IPGM adalah saluran dari KPM. KPM juga memperuntukkan biasiswa untuk pelajar dari IPTA tetapi terhad. Mungkin jika KPT mengamalkan amalan sama (pemberian elaun kepada pelajar),semua pelajar dari IPT akan dapat elaun. Tapi ni agak mustahil sebab jumlah pelajar di universiti sangat ramai dan kalau diberi elaun kepada pelajar pendidikan, pastinya pelajar jurusan lain akan minta elaun juga.

2. Pemilihan pelajar dari IPGM juga dibuat mengikut budget KPM. Kalau budget besar, ramai jumlah pelajar yang diambil. tapi jumlah ni dah ikut pasaran guru- guru yang bakal pencen.

3. Ijazah yang ditawarkan di IPGM ialah ijazah sarjana muda PERGURUAN. dan IPT pula Ijazah sarjana muda pendidikan. jadi, pelajar ipgm memang sah- sah akan jadi guru dan pelajar ipta boleh pilih bidang lain *ini mungkin satu kelebihan kepada pelajar IPTA*

kesimpulannya.. Manusia memang tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki walaupun apa yang dimilinya juga ada kelebihan tersendiri. anggap la elaun pelajar ipgm tu satu rezeki kepada mereka. tuhan dah tetapkan rezeki masing- masing. cuma mungkin kita tak nampak rezeki tu tak sampai lagi kepada kita.


** Saya rasa, dari kita duk bergaduh dan duk kondem2 orang, baik kita sama- sama berusaha majukan diri sendiri & berusaha mendidik anak didik kita dengan baik supaya anak didik generasi masa depan dapat menjadi anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Nama saya siti berkata...

sambung sikit.. kenapa tak puas hati kalau calon spm dapat biasiswa? xcukup layak ke calon spm tu? Saya tengok ramai aja pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi memohon masuk IPGM.

kawan saya, dapat tawaran belajar medic di jordan. masa tu result spm pun tak keluar lagi. kalau ikut teori memang nampak tak layak. sekarang, pada usia 22 tahun (dia pelajar PTS, lepas darjah 3, terus masuk darjah 5) dia dah selamat terima ijazah dan jadi doktor.

Tanpa Nama berkata...

hah nie, PELAJAR berkata pulak..

Sbgai rmja, sy kurang ada bhasa mcm cigu2..

Tuan page, sy mau menyimpang skit sja.. KENAPA.. ?? Pelik.. Haha.. Cigu is cigu.. Tlg jd cigu yg akn mnyerahakn msa dpn mreka.. Mngajar dgn ikhls yaa, mrekaa itu bdk2.. Just mau igtkn jaa :p tntang PTPTN or ppe tuk ipg n ipta tu sy ta twu mne2, yg sy twu rzki tuhan yg bg *nty sy cek ye cigu.. Tp thanx lah bg cigu2 yg brkmpul kt sni bnyk2.. 'ilmu yg d'manfaatkn' prnh bce or trdgr kn :p ini jgk kait dgn ilmu yg d'ajr pkai lps tgn.. Kpd smua cigu2, bile kmu da jd cigu tlg la jd CIKGU oke... *terkilan n geram jgk kdg2 kpd mreka yg mnjd cigu hnya tuk mndptkn prkajaan ttp xtwu apa itu CIKGU.. Tp na wt cmne, bg kami yg sdr siapa cigu d'ssi kmi even msok class ade yg mapu, ajar ntah ppe, tido, mnyembang, 'salin note t sy check', 'kmu bt la kje kmu sndri', n ajar just ckop syart bt kn kmi sbr jeee n still hormt sgai GURU, ORANG YG LBIH TUA, PENJAGA, n PENYAMPAI ILMU.. Hehe.. Sy bdk2, chill ^^

cita2 : PENGAJAR - CIKGU/PENSYARAH (math) + PENGARAH PENDIDIKAN *spya sy dpt jga dsiplin guru2 n trf pndidikan mrid2 dgn cra evil sy* + MENTERI BESAR/MENTERI PENDIDIKAN/PERDANA MENTERI,, *gelak.. ? Haha.. Gelak la, sy cuma kesiankn kpd mreka2 yg ta pndai sahaja, even sy sndri pon ta pndai :p

*tulis pkai hp mmg pyh laa...

*ade tak puas aty.. ?? Pm my fb inbox : teman_misteri@yahoo.com..

Email akn d'dlete tnpa dbca :p

saya cikgu baru yang belum dipostingkan berkata...

assalamualaikum..

sebenarnya..apa yang berlaku adalah kelemahan sistem bagi pihak atasan untuk memberi penempatan kepada guru baru tidak kira guru dari IPGM/IPTA/KPLI/DPLI dan sebagainya..

masalah ini timbul apabila pihak atasan tidak dapat menempatkan semua guru yang tamat pengajian pada masa yang sama.

akhirnya ramai yang tidak puas hati kenapa tamat pengajian sama tetapi tarikh mendaftar/masuk kerja lain..bukankah lagi bagus kalau pihak atasan dapat memahami perasaan cikgu baru yang tengah menunggu kerja dengan keadaan yang tidak berduit dan apabila sudah kerja gaju masuk 3bulan selepas menlapor diri.. tindakan ini amat kejam memandangkan guru tersebut terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan selama TIGA BULAN pertama..

bayangkanlah..sudah menganggur begitu lama..ambil masa 3-4 bulan baru dapat kerja..kemudian apabila sudah kerja kena tunggu lagi 3bln baru dapat gaji... duit simpanan memang habis licin punya!

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum....ni aku pulak nk komen....komen yg bernas ni....
beza ismp ipta adalah sekolah menengah....dan ismp ipgm adalah sekolah rendah...tp aku sokong graduan ismp ipta yg x dpt posting n posting pun cuma dpt GST....kan ade perbezaan iaitu antara sek rendah dan sek menengah...tp kpm menyatakan graduan ismp ipta bgntung pd keksongan dan pgkhususan...kpm lebih mngutamakan kpli,dpli,or pismp...memang x salah diutamakan,,,tp,,kenapa kpm pndang sebelah mata graduan ismp ipta??...dy ckp je more supply than demand....tp demand yg lebih...kalau graduan ismp ipta x mendpt sukr nk dpt posting,,n bgntung pd nasib,,,klau ade ade la,klau xde mlepas la,,,,so what?!!...klau mcm tu,,,rugi n kesian la bg graduan ismp ipta blaja 4 tahun lg2 pminjam ptptn..wat pe buat n wujudkan fakulti pendidikan kat ipta kalau kpm pndg sbelah mata je?!!...xde siapa yg dpt jawab kan.....eleh ,,,setakat spm 8a,,,x kemana pun....sombong n bongkak betul siap ckp result kat cni...org lagi power dpt 20 a pun xde nk show mcm tu..isu baru ni,,profession guru ni dh beku,,,kate kekosongn tp x dpt nk posting...GSTT je melambak2...nk wt pe GSTT tu?!!,,menyemak adelah,,,aa,,,ni pengalaman aku,,,org penemuduga GSTT ni or GST ni penipu dan penfitnah....dy plih saudara sendiri je,,,result x de a pun dpt posting....haiya....too bad!!!!!
kpli ni la kalau dpikirkan org masuk kpli ni sbb dy x hbis idea n plihan,,,dy x dpt kerjaya dgn ijazah yg dy miliki tu,dy mhon kpli la sbgai plihan terakhir knnonnya terjamin!
dan satu lg aku simpati,,,,pemilihan sbelum dpt ke ismp ipta bukannya senang...rmai yg kene reject...ingt senang ke nk lepas medsi n temuduga...sme jugak dgn ipgm mlalui insak n temuduga....so ape bezanya??..xde...pihak yg bwajib tu yg mmbezakannya sedangkan pd asalnya sama setaraf...ni lah retorik dunia....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....Dari saya mohd abdullah mohd yusoff

Setuju dengan tanpa nama di atas..

Realitinya setiap kali keluar permohonan ismp (uni) di akhbar, internet maka beribu-ribu pelajar lepasan matrik, stpm, stam dan diploma yang memohon. Dari jumlah tu lebih separuh ditolak dan bakinya layak ke medsi. Kemudian lepas medsi, beribu lagi ditolak bagi melayakkan diri ditemuduga dan waktu temuduga ni hanya penemuduga sahaja yang akan pilih calon yang dirasakan paling sesuai.

Berbalik kepada isu pokoknya iaitu soal biasiswa/elaun. Isu ini memang sentiasa panas terutama dalam tempoh 3 4 tahun belakangan ni. Setuju dengan apa yang diutarakan penulis berkenaan isu ni mengapa pelatih2 guru dari maktab/ipg diberi elaun sedangkan pelatih2 guru dari ipta tidak semua diberi elaun/biasiswa. Memang ada penawaran biasiswa (perguruan perskutuan/kpt)tetapi jumlah yang memperolehnya tidak sampai separuh dari 1 batch yang memohon. Lagi 1 pemilihan calon untuk memperoleh biasiswa ini cukup2 subjektif dan boleh dikatakan 100% rezeki Allah. Ramai kenalan2 dari program tesl, sains, pen islam yang dapat pointer 3.7 keatas tak dapat biasiswa ini. Ini belum dilihat dari segi kredibiliti, soft skill mereka yang saya ikhlas katakan jauh melayakkan mereka mendapatkannya. Tambahan lagi ada antara mereka yang jadi pemimpin pelajar, pelajar cemerlang, dikenali ramai pensyarah dan berdisiplin jauh mengatasi penerima biasiswa yang kebanyakan hanya ulat buku sahaja tapi pointer tidak setinggi mana, tidak berani mengutarakan pendapat dan pasif di dalam kelas. Pertikaian pertama berlaku di sini.

Yang kedua, pelajar2 ipg dan ipta dibezakan dengan isu perkataan 'pendidikan'. Pelajar2 ipg yang mengambil ijazah akan tertulis title 'perguruan' pada sijil ijazah mereka berbeza dengan ipta tertulis 'pendidikan'. (Kalau salah informasi maafkan saya). Perkara di sini boleh dibincangkan dari sudut niat setiap pelajar. Saya berani katakan bahawa tidak kiralah baik pelajar ipg mahupun ipta semuanya hendak menjadi guru. Jika tidak masakan mereka sanggup memilih bidang ini dan bersusah payah melalui proses pemilihan yang ketat. Saya fikir sama sahaja baik pelajar ipg mahupun ipta dimana semuanya perlu duduki ujian dan temuduga ketika pemilihan tetapi mengapa kelebihan biasiswa/elaun ini diperoleh secara total oleh pelajar ipg dan tidak ipta? Inilah menimbulkan ketidakadilan bagi majoriti pelajar ipta. Jika mereka semua diberi biasiswa perguruan persekutuan tidak mengapalah dan ini baru dikatakan adil.

Inilah soal double standard yang wujud dalam kementerian. Saya tidak faham mengapa perlu wujud dua kementerian sedangkan fungsi dan matlamatnya lebih kurang sama. Pada saya wajar sekiranya kpm dan kptm disatukan bagi mewujudkan satu sahaja kementerian yang mengendalikan soal pendidikan dari pra sekolah sehingg universiti. Mungkin dengan cara ini isu ini tidak akan timbul kerana pokoknya adalah untuk menguruskan sistem pendidikan di negara kita.

Saya akui rezeki adalah dari Allah. Namun jika kita dayus dalam sesuatu hak dan ketidakadilan dan tidak berani menyatakan pandangan sebaliknya hanya berdiam sahaja maka nerakalah tempatnya.

Sekian dari saya yang hina dan lemah. Maaf sekiranya ada fakta dan ungkapan yang salah.

Tanpa Nama berkata...

ok, aftr bace semua komen psl elaun, n yg awl2 komen ckp student ipg adalah dikalangn mereka lulusan spm. yup, mmg lulusan spm tp foundation slame 1thn stgh/2thn tu sm level ngn matrikulasi n stpm. jd jgn slh menilai. kami student ipg adalah antara yg b'tuah n t'pilih untuk mendapat keistimewaan elaun n yuran pengajian smua di tanggung bpg/gov. jd, jgn la nk mmpertikaikan ipg vs ipta. n kpada yg komen mcm2 psl ipg, ckp student ipg x biajk, x kreatif etc, time practical gb ckp mmg ske sgt student ipg.lulusan ipg is much, much better than ipta bcoz of their skills. wut say u??

Tanpa Nama berkata...

GURU PELATIH,

produk ipg dan ipt mmglah berbeza sama sekali kerana lepasan dr 2 tempat yg berbeza...hnye yg belajar di ipg shja layak digelar guru pelatih kerana mereka menjalani latihan ikhtisas dan keguruan yang lengkap di ipg. kami terikat dgan latihan(program bina insan guru, program berasaskan sekolah selama 4fasa, practicum selama 3fasa, dan internship 1fasa), peraturan (perhimupunan stiap isnin&jumaat 730pg, kembali ke hostel sblom jam 700 mlm), etika dan kod berpakaian (baju kurung, bertudung, kasut berwarna gelap bertumit & bertutup, berkemeja & berseluar slack), serta bermacam2 lg. kami juga wajib hadir kuliah 100% pd setiap hari mengikut jadual yang telah ditetapkan, jika tidak ini tidak melayakkan kami untuk menduduki peperiksaan pada setiap semester. guru pelatih harus aur dgan aa yang telah ditetapkan oleh ihak bpg kerana mereka semua berada dalam pusat latihan keguruan, dan diberi elaun yang secukupnya. namun hal ini tdak berlaku d ipt, di mana pelajar bebas untuk berpakaian (seluar jeans, tshirt tanpa kolar, sandal, selipar rata,) dan waktu kuliah yang tidak tetap, di mana ia bergantung pd pensyarah..dan bermacam2 lg.. ini menunjukkan perbezaan yg ketara mengapa GURU PELATIH di IPG LAYAK MENERIMA ELAUN, sedangkan PELAJAR UNIVERSITI di FAKULTI PENDIDIKAN TIDAK LAYAK MENDAPAT ELAUN.

Tanpa Nama berkata...

ish.. xyah la nk gadoh2.. same je ipg ke or upsi.. 2 2 ckgu...
2 2 dapat gaji permulaaan DG41..
mengenai elaun tu.. mmg la dah tertulis.. stdnt ipg akan menerima elaun.. sbb kami dibawah BPG.. (dulu, skng IPG) if UPSI (IPTA) jugak nk elaun.. kang U U lain lagi2 yang amek education pn nk elaun... mane nk cekau duit? if nk sgt elaun.. npe x masuk ipg je dr dulu.. ish~

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama..

kenapa perlu bergaduh atas isu ini sedangkan yang ingin diperkatakan adalah mengenai perbezaan graduan ipta dan maktab.

kepada mana-mana graduan diatas,setiap yang berlaku adalah rezeki masing-masing.niat kita sebagai seorang pendidik haruslah betul,ingin mendidik anak bangsa. kami hanya pelajar dan bukan graduan dri ipta atau ipgm,namun begitu kami malu melihat pergaduhan ini berlaku diantara bakal pendidik itu sendiri.

muhasabah diri masing-masing. malu sedikit kepada kami pelajar yang lebih tidak tinggi pelajaran dari kamu semua.

Tanpa Nama berkata...

Anda berkata tanpa bfikir panjang, kami di IPG walaupn dpt elaun, tpi infrastruktur di IPG mmg jauh berbeza dgn di IPTS & IPTA, tu psal kerajaan gantikn dgn elaun sbb kerajaan x dpt sdiakan infrastruktur yg bgus mcm korg di IPTA.

Korng belajar byk teori dri praktikal, di IPG stiap semester (6 bulan) kitaorng akn ke sekolah sama ada utk ROS ataupun praktikum bmula sem 1 degree smpai grade, kitaorng pagi2 kne hadir phimpunan pagi mcm skolah, msuk kwsn IPG pkul 7.30 pgi dan pintu pagar ditutup shingga jam 1.15 tnghari, di IPG kitaorng mmg dh dilatih btul2 situasi di sekolah, so sbb tu KPM bagi phtian lebih pd guru pelatih IPG, salah korg jgk sbb lpas SPM xnak mintk msuk IPG, kononnya msuk IPG ni low class, so skrg sape yg merungut?

Kitaorng belajar di IPG btul2 ikut mcm skolah, belajar pun utk mngjar bdk dlm kelas, suasana IPG pun dh mcm skol, nak kluar msuk asrma kne tggl kad, nak balik kmpung kne mintk sain warden, kt IPTA ada mcm tu ker..? So ssuai sgtlah KPM bagi kelebihan pd kami utk jdi guru psal kami btul2 dilatih mcm kt skol, tiap2 ptg rabu ader kokurikulum wjib, kne bkawad, bpersatuan mcm persatuan di skol.

Program khidmt bakti siswa kami pun byk dibuat di skolah2, bersih kwsn skolah, anjurkn sminar kcemerlangan UPSR utk skolah, pegi mlawat skolah2 pendidikan khas (buta, pekak & bisu)dan mcm3 lgi, agaknya di IPTA ader ke smua tu? Kitaorng pn ader gk yg pnah msuk IPTA dlm bidng pdidikan sblm masuk IPG, kitaorng tahu pbezaan yg amat ketara diantara IPTA dan IPG, so msing2 ader kelebihan dan kekurangan, accept jer la, jgn dok merungut, klu korg nk sgt jdi cikgu, blaja la btul3 jdi cikgu, jgn nk eksyen dgn gelaran mahasiswa korang tu psal gelaran tu bile dh hbis graduate nnt hilang la, di IPG kitaorng x dipanggil mahasiswa, kitaorng dipanggil guru pelatih supaya dlm jiwa ni ader sifat seorang guru wlaupun pd mulanya sikit, lama2 dipupuk maka banyaklah ia...

Mmg kitaorng tkongkong, tpi tu la yg melatih kitaorng mjadi seorang guru yg baik, korng hnya tahu berbangga dgn aktiviti peringkt kebangsaan la, antarabangsa la, sdgkan balik2 nnt mngajar budak darjah 1 jgk, xder gune la nk bmegah dgn title 'mahasiswa bfkiran tbuka' korg tu psal dlm byk2 IPTA dlm M'sia ni, xder pun msuk dlm ranking 100 U terbaek dunia, so jgn blagak bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh ditumpang. Klu korg hebt sgt, kitaorng cbar korng ikut cra hidup di IPG, bru tahu betapa peritnya nk jdi cikgu, klu stakat gi kuliah pakai jeans dan t-shirt suruh mat rempit pun boleh bro, nak jadi cikgu bkn tu cara dia, jgn jadi bodoh bangang lagi tolol, ckp cam sial doo, xder imej cikgu langsung....hahahahaha lu ingt lu je bleh maen kasar, gua pun boleh bro, pukimak sial....

sphomestay berkata...

bezanya awal2 kat U xda kursus perguruan, so da ada tu besyukur jelah. reti besyukur x? halamak....elaun bukan 2000 sebulan. agak2 lewww

Tanpa Nama berkata...

saya cuma memerhati,pada saya isu elaun dan ptptn ini merupakan isu yang sangat sensitif untuk dibincangkan kerana akan ada pihak yang akan mempertahankan dan menentang hak masing-masing. Bagi saya,ini semua rezeki dan pada saya apa yang penting adalah niat kita untuk belajar dan bukannya niat kepada elaun mahupun kepada ptptn. Memang benar,ada pihak yang akan merasa kurang senang dengan kemudahan ini tapi ini semua rezeki dari Ilahi. Jangan wujudkan perbezaan antara lepasan IPG dan Universiti hanya kerana isu elaun ini. Semoga Cikgu semua faham,niat saya cuma ingin membuka mata cikgu-cikgu semua. Harap maaf jika terkasar bahasa.

Tanpa Nama berkata...

aloycious berkata kepada admin page nie,

elaun nie kerajaan bagi, ble2 mse die nk tarik pon boleh,ipg ke ipta ke beruntung la,untung la kerajaan bagi,drpd x dpt lgsg,ini sume anggap sbgai anugerah la.. bezanya ipg dpt elaun, n ipta dpt ptptn, jgn la membandingkan ape yg kte dpt, bykkn bersyukur jer.. xyh hina la ipg ke, ipta ke, kite nie la bakal mendidik anak bangsa kita,. damai la,blaja tggi2 pon nk kritik permberian org,harap maaf la klu komen nie mengguris hati nurani korg ek, peace yo!

Tanpa Nama berkata...

kenapa la korang ni..kata bakal cikgu,tp bnyak tak puas hati...wei..korang yang kt U tu nanti akn ajar bdak SM kmi yang mktab ni ajar SR..tmbh lg,klau korang ni tak tahu...IPGM di bawah kuasa KPM mnakala U tu under KPT @ kementerian pengajian tinggi...yg under KPM tu memang ptut la bagi elaun..kmi mna dapat mohon PTPTN..korang ni..tmbah lagi kt IPTA tu kuliah mrka dalam skala besar..yang nak ambik tahu ambik yang tak nak boleh tak nak..tp kt IPGM ni lebih mcm kelas..kuliah dlam skala kecil..jdi,pensyarah boleh pantau semua bakal guru jka dibandingkan dengan IPTA di mana pensyarah tidak dapat memantau seluruh kelas..memang kami ni lulusan SPM tak macam korang yang lulusan STPM..tpi,korang ni tak besyukur dengan apa yang orang bagi..korang kn lulusan matrik,stpm..ngpe tak minta bidang lain??matrik ada jurusan perguruan ke??STPM ada jurusan perguruan ke??pasal elaun..saya dh jelaskan tdi,kami ni tak dapat mohon PTPTN..korang dapat mohon PTPTN..tak patutkah kami mnerima elaun??mungkin korang tak tahu..elaun tu bila2 ja akan dimansuhkan...korang PTPTN boleh dpat duit lagi..kmi ni??dh bbrpa bulan tak trma elaun...korang nak bagi duit??fikir2 la...org bgi kerja nak komplen..bila la korang nak berpuas hati???ya...kami ni lulusan SPM tak layak jadi guru...korang yg dpt pncapaian tercemerlang je yang layak...lpas jdi guru nanti..cepat2 naik pangkt ya...dapat JUSA...kami ni kan sampah...tak layak jadi guru..anak emas katakan...orang bagi duit...thank!!!

Tanpa Nama berkata...

kepada bakal2 guru jnganlah kamu bergaduh sesama sendiri dan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak utk dibaca.. ini baru bakal2 guru yg baca cuba bayangkan jika plajar2 lain yang baca contoh seperti pelajar perubatan atau ape2 jelah yang bace takkah rase malu?? tak psal2 nak di cop bodoh kerna bergaduh seperti merebutkan harta...kalau betol x puas terus usulkan kpd kpm...buat surat cantik2...bukan salah dak ipgm pown..kerajaan yang peruntukkan macam itu pada ipgm bkn slh pelajar yg blajar kat situ pown...
harap maaf klu ade yang trsinggung

Tanpa Nama berkata...

tumpang lalu. nak tau kenapa ada beza? nama pun dah berbeza mesti lah x sama. yg 1 ipg, yg 1 lg ipta. memang beza pun. kan3? peace! =)

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa makan kokokranch pagi2 ye.

ada nama tp rahsia berkata...

dalam perbahasan ni samaada ipta menang ker, ipgm menang ker....Insyallah ,gua ttp jd guru jgak, itu y penting..........wakakaka....

p/s : kebanyakkan korang mcm nk megah2kan tempat blaja korang jer....

p/s2: dlm ni mcm2 guru ader..guru sensitif, guru menunjuk2, guru skema nk mampus, guru penegak keadilan, guru perosak keadaan , guru emo, guru kuat dengki, guru sempoi,guru otai.........tp gua guru yg cool jer...wakakaka...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. saya pelajar IPGM.. Insya Allah, bakal menjadi guru tahun 2013. Nk ckp mcm mna pun, akhirnya akan menjadi guru juga.. hu3.. Rezeki masing2... Ksian pelajar2 tajaan KPM yg tak tahu apa2.. Hu3.. Nak buat macam mna, dasar kerajaan.. Insya Allah, mungkin rezeki anda semasa mjdi guru nanti... Doa byk2..

Tanpa Nama berkata...

Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadi kalau nak jadi cikgu kerajaan terus serap sahaja guru pelatih dari IPG ke sekolah sebab IPG nikan berada di bawah kementerian yang sama iaitu KPM. Universiti pula berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Bukan di bawah KPM. Di situ pun sudah nampak perbezaannya. Jadi tidak ada hal untuk mempertikaikan kenapa pelajar IPG dapat elaun. Harap sangat-sangat tidak mempertikaikan kenapa kami mendapat elaun sedangkan mereka yang mengambil kursus pendidikan di universiti tidak mendapat elaun. Kalau ada sebarang permasalahan atau tidak puas hati, jumpalah menteri yang terlibat. Selesaikan di meja bulat. Jika anda pelajar IPT (sekarang yang masih beljar) yang mengambil jurusan pendidikan kenapa tidak masuk ke IPG selepas SPM??? kenapa lebih memilih masuk ke matrikulasi atau tingkatan 6??adakah tidak mendapat tawaran temuduga atau apa???

Jika mempertikaikan yang pelajar IPG ni hanya setakat SPM sahaja manakala pelajar jurusan pendidikan di IPT adalah lulusan matrikulasi dan tingkatan enam, anda perlu TAHU bahawa kami di IPG melalui proses yang sama tarafnya dengan matrikulasi dan tingkatan 6. Kami di IPG mengikuti kursus persedian selama 18 bulan (1 tahun 6 bulan) sebelum di terima memasuki peringkat sarjana muda perguruan selama 4 tahun bagi program PISMP.Begitu juga bagi program berkembar TESL (luar dan dalam negara)selama 5 tahun setengah, Program Pelajar Cemerlang (PPC)luar negara selama 6 tahun dan Pgrm degree bhs Perancis dan German selama 6 tahun.

Nak cakap pasal elaun tu, ish.... Rezeki Allah.... no comment... mungkin anda kata pelajar IPG berfikiran jumud dan tak pandai... Tidak mengapalah. masing2 akan jadi cikgu juga. Mai masuk IPG, mai..... :) :) ^_^ ^_^

Tanpa Nama berkata...

Salam, rancaknya comment wahai bakal guru sekalian... mcm2 ada..... Saya pelajar IPG.. kelas di IPG adalah setiap hari dari Isnin Hingga Jumaat dari Jam 8 pagi hingga 6 petang.... rehat 2 jam shj... memang penat, tapi PUAS.... belum campur aktiviti kokurikulum dan Bina Insan Guru setiap sem yang wajib, camping sana sini, bengkel sana sini.... tp nasib baik satu kelas 21 orang shj... bestt... lecture pula bimbing dari semua segi (kelebihan IPG)..tugasan individu atau kajian sama sahaja macam U. kalau kat universiti susah nak berdamping dengan lecture selalu. Kt IPG lecture sudah jadi macam ayah dan mak tiri... Alhamdulillah... banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip. Syukur masuk IPG... Harap2, keluar IPG nanti akan menjadi Insan guru yang berkualiti, beriman dan bertaqwa kepada Allah... dapat mendidik anak bangsa sebaiknya... Mana tidaknya, semuanya telah dilatih sendiri oleh tenaga pengajar IPG yang berkaliber, ditambah dengan aktiviti yang sangatlah padat setiap semester. Cuti pun xlah selama IPT... Ikut cuti sekolah juga... Praktikum 8 bulan sangatlah bermakna, ditambah pula dengan SBE setiap semester di sekolah sebanyak 4 kali. Syukur2...

Tanpa Nama berkata...

si bakal guru..

kenapa mahu mempertikaikan elaun??sedangkan kami di IPGM mengambil masa selama 5 tahun setengah untuk menjalani pelbagai latihan termasuk etika pemakaian,disiplin dan sebagainya..

berbanding dengan lepasan IPTA yang hanya manjalani kuliah tanpa perlu melalui etika2 yang kami prlu lalui, justeru,mereka akan kurang berdisplin...

tapi itu bkn perkara yang perlu dibangkitkan,kerana kami memang dilatih untuk menjadi guru...GURU...

Tanpa Nama berkata...

majulah sukan untuk negara~~sy bakal guru pjk~~hehe

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu rendah2 kan guru pelatih?? salah mereka kami ke memohon masuk IPG?? kalau dah tahu masuk IPG dpt elaun npe xapply awal2 nk jadi guru?? kpd budak IPTA jgn lah nak berlagak sngt.. xsemua keputusan korang tinggi2... lg pown lam IPTA bnyk TEORI jer lah.. kalau kat IPG lebih bnyk AMALI dr TEORI... cuba ko g kat satu pdg ko buat line balapan ada boley ka?? aq rasa x.. WE DESERVE WHAT WE GET... kalau xpuas aty jgn la nak maki hamun dan hina guru2 pelatih... dan jgn ingt la korang bgus sngt.... aq pown bukan la bgus sngt pown tp sakit aty la jugak ada org dengki kan... pd hal dye org xpk jumlah plajar IPTA nie lg bnyk dr IPG... dan ingt 1 nie je... dak IPTA masih di panggil PELAJAR... tp kami org panggil GURU PELATIH... no wonder we got special treatment :P

Tanpa Nama berkata...

sy syorkan kepada kementerian, kalau pelajar maktab rase terer sgt, bg je sume kat dorg, jgn la nk bongkak ke ap, sbb kami di ipta pon amek kursus perguruan, bezanya kami mengajar di sekolah menengah, tp elaun lgsg x ada, itu je sbnarnya yg kami xpuas ati, maktab dpt bgus la, kami bkn dengki, cme kami mintak la agar kementerian bukak mata ckit kat kitorg.... maktab stakat ngajar skulah rendah jgn brckap cam org bodo lar.... dah dpt duet tu diam2 dh la... korg pon blaja bkn pndai sgt, bermegah sgt dgn title guru pelatih tu, ak dah nek muak dh, nk muntah pkai title tu...

Tanpa Nama berkata...

nak duk diam2 jd dayus ka tgk org len duk rendah2 kan guru pelatih?? istilah ko guna pown salah bukan MAKTAB tp INSTITUT PENDIDIKAN GURU... lau da diri tue dah OUT DATE jgn la nak panggil org BODOH... lau nak muntah guna title tu XYAH JD CIKGU LA DER... sedara aq CIKGU BARU SEK. MEN. GAK XDER NYER NAK BISING2 mcm ko... lau nak BISING XYAH DUK HINA GURU PELATIH... BISING KAT KPM LA DOL... bg la komen yg membina skit bukan nak komplain jer...

cikgu taji berkata...

haiya..mmg lumrah manusia x rti nk bersyukur dengan apa yg ada..bersyukurlah dengan nikmat yg diberi oleh-NYA sblom dtrik balik...
p/s2: dlm ni mcm2 guru ader..guru sensitif, guru menunjuk2, guru skema nk mampus, guru penegak keadilan, guru perosak keadaan , guru emo, guru kuat dengki, guru sempoi,guru otai.........tp gua guru yg cool jer...wakakaka...kredit to cgu "ada nama tp rahsia"

Tanpa Nama berkata...

apa beza ngajar sek. rendah ngan sek. menengah? sama gak ajar manusia kan? xda nya pegi ajar itik ayam nuh. =)

Tanpa Nama berkata...

Joe Berkata...

IPTA tak dapat elaun sebab diorang bnyk freedom, IPGM dapat elaun sebab diorang kena korbankan keseronokan mereka dan terpaksa memberi komitmen yang tinggi bila ikut program diorang kat maktab. Penat kot hari2 bgn pkl 7, g balajr cam gi skola, korban hairstyle, korban dressing style. Susah le klau utk buat sume pengorbanan tu tak dapat duit. So kesimpulannya pelajar IPTA tk dapat elaun sebab diorang tak berkorban cam pelajar IPGM.

Tanpa Nama berkata...

saya merupakan seorang bakal guru.
sangat ILMIAH diskusi di sini. tahniah buat guru/ bakal guru semua. semuanya menunjukkan KEMATANGAN masing-masing. mana-mana tempat pun ada pro dan kontra. masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. bersyukur dengan apa yang ada. rezeki ada di mana-mana, sudah tertulis buat diri masing-masing.



p/s: renungan untuk semua GURU( tidak kira dari KPT/ KPM).

Kurang ajarnya tetap santun, lembutnya cukup jantan, dajalnya masih selamba, nakalnya bersulam jenaka, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyum, marahnya dalam tertawa,merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bahagia...

Maaf atas teguran saya yang baru je nak belajar ni... Rasanya masing-masing adalah bakal guru dan ada yang katanya sudah bergelar guru, namun bahasa yang digunakan itu rasanya tidak sesuai dengan gelaran yang anda perolehi...

seperti mana komen-komen yang telah diutarakan di atas, banyak perbezaan dan persamaan yang telah dinyatakan... IPG atau IPTA, yang mana lagi bagus?...

1. Pemberian Elaun
- Guru pelatih IPG diberi elaun bersyarat. Meneruskan pengajian selama 5 setengah tahun di mana-mana IPG yang telah ditentukan. Menandatangani Akuan Janji Sumpah bahawa KAMI PERLU MENGIKUTI SEGALA ARAHAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN DAN MENJALANKAN TUGAS DI MANA SAHAJA TEMPAT YANG BAKAL KAMI DITUGASKAN.

2. Kebebasan Kuliah
- pelajar IPG berkuliah dari pukul 8 pagi seh ingga 5 petang (waktu kerja itu) kadang-kadang sehingga pukul 6 petang. Kami perlu menghadiri kuliah secara total. Sekiranya kehadiran tidak mencukupi, kami tidak layak mengikuti peperiksaan semester tersebut.

3. Praktikum
- Sepanjang menjalani praktikum untuk setiap semester dari semester 5 sehingga semester ke 7, jam interaksi tidak dikira. Maknanya sepanjang kami menjalani praktikum di sekolah, jam interaksi kuliah kursus yang perlu kami lalui di IPG tidak dikira. Kami perlu menggantikan jam kuliah selama kami berpraktikum di sekolah. Maknanya kami telah belajar lebih daripada apa yang perlu kami ambil pada semester tertentu. Ternyata pengorbanan yang dilakukan di situ sama seperti guru di sekolah yang mana, waktu di sekolah sehingga pukul 1 atau 2 sahaja yang dibayar gaji, namun bagaimana dengan masa selebihnya yang diluangkan di sekolah yang tidak dikira?

4. Hal-hal lain
- Kerja kursus yang perlu dijalankan kadang kala memerlukan pelajar IPG untuk mengeluarkan duit belanja sendiri yang diperoleh hasil pemberian elaun oleh KPM.
- Mereka juga harus mengikuti program yang dijalankan oleh IPG yang termasuk dalam takwim IPG dan juga Keperluan Kursus, namun perlu ditanggung sendiri oleh pelajar IPG. Jadi, elaun yang diberikan bukanlah untuk diri sendiri, namun dikorbankan untuk keperluan kursus yang mana kalau difikirkan sepatutnya ditanggung oleh IPG. Pengambilan kursus bukan pilihan, tetapi diwajibkan seperti Bina Insan Guru, Perkhemahan Unit Beruniform, Pameran Pedagogi dan sebagainya.

Saya bersuara atas pemerhatian dan tidak sanggup melihat rakan-rakan guru bertelingkah atas dasar ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Mohon kepada penulis artikel mengemukakan memorandum dengan sokongan Dekan Universiti anda untuk diserahkan kepada KPM dan anda akan mendapat penjelasan yang sewajarnya."Sekadar Memerhati"

MarkQim F. Stiffler berkata...

Saya Sebagai seorang pelatih di Sebuah IPG rahsie di Malaysia...

Saya berpendapat soal pembayaran elaun sepatutnya tidak menjadi isu kerana kami dipilih oleh pihak kementerian pendidikan sendiri. Soal pengambilan pula berdasarkan keputusan yang sama seperti permohonan utk ke Universiti tempatan.

apa yang dapat saya katakan adalah anda dari universiti adalah ambilan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berbeza dengan kami. Pembayaran elaun kami adalah berdasarkan kehadiran kami dlm segala kursus yang dianjurkan dan apa yang kami lalui sama seperti pelajar disekolah sekolah. pendedahan kami adalah lebih kepada situasi disekolah spt pengalaman berasaskan sekolah, praktikum selama 6 bulan[berperingkat]

cuti dan sesi PnP kami adalah sama dengan persekolahan menunjuk kami lebih matang dalam soal persekolahan. takwim aktiviti kami juga menyerupai apa yang berlaku di sekolah spt; merentas desa, kejohanan olahraga tahunan dan sbgnya.

Tanpa Nama berkata...

salam..yanag hangpa dok kalut pasai ni kenpa? nnti keluaq jadi cikgu jugak mengajar di sekolah jugak? apa da beza pun.....

IPTa latih guru IPGM latih guru sama juga jadi cikgu...

hangpa dok gaduh2 bgauih pikiq pasai nak bngunkan pendidikan di Malysia ni lagi baguih....

bakalguru berkata...

kenyataan "kebanyakan guru pelatih maktab berfikiran agak jumud, tidak kreatif, tidak mampu berfikir luar dari kotak, akibat kehidupan yang dikongkong macam murid sekolah" mmg agk melampau.

bagaimana guru IPGM boleh jumud, x kreatif, dan fikir luar kotak sdgkn elaun kami shj dh boleh beli sebuah kilang kotak. hrp fhm metafora ini. bkn mau manyombong tp sila jgn rendahkan sesiapa. kia semua guru, sama. jika tidak puas hati ttg elaun yg kami terima, maka sy xdpt mmbantu sdgkn saudara sndri tdk dpt mmbantu diri sndiri.

brsyukurlah dgn ap yg ada krn sy tidak pnh lg mndgr seorang guru mati kebulur krn gaji x cukup. susah dan senang itu mainan hidup. bg sy, elaun yg kami terima stp bln setimpal dgn aktiviti2 dan pgisian2 kami di IPG.

sekian.

hazira berkata...

saya seorang guru pelatih di ipgm. bagi saya. walaupun kami belum lagi bergelar sebagai seorang guru. kami telah pun dididik untuk menjadi serang guru. cuba bayang kan. kami perlu menghadiri perhimpunan seawal 7.45 pagi. kami juga mempunyai jadual waktu belajar yang padat di samping perlu menyiapkan kerja kursus. kami juga mempunyai aktiviti kokurikulum seperti permainan, badan beruniform dan juga kelab sama seperti murid murid yang berada di sekolah.

di maktab. kami diajar matapelajaran pedagogi,iaitu cara mengajar murid. murid dan alam belajar. pengurusan bilik darjah. perkembangan kanak kanak. dan banyak lagi.

kami juga dihantar ke sekolah sejak sem1 untuk berkenalan dengan sekolah. ia dipanggil sbe. sem2,3 dan 4 juga sbe diteruskan. seterusnya. kami akan berpraktikum di sekolah bermula sem 5, 6, dan 7. ia bagi memantapkan dan membiasakan diri kami untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.

kesimpulannya. di maktab. pelajar ipt tidak akan dapat pengalaman yang sebegini berharga. maaf andai kata kata ini menyinggung mana mana pihak.

Muslimah Optimis berkata...

wahhhhhhhh..panjang bebeno komentarkomentar yang diberikan oleh bakal guru tau yang telah berkhidmat sebagai guru.. dengan sabar saya membaca setiap ayat tanpa ada yang tertinggal satu pon.. tak perlulah kita nak pertikaikan hal elaun ni.. saya juga pelajar dari IPTA ijazah sarjana muda pendidikan, bergantung pada PTPTN dan PA MA je.. rezeki tu Allah dah tentukan, anggap sajalah mereka di IPG lebih bernasib baik sebab dapat elaun berbanding pelajar IPTA.. yang penting ikhlaskan hati kerana kita berkhidmat untuk mendidik anak bangsa.. tak perlulah nak bertelagah nak tegakkan perihal amsing-masing.. bila dah memilih untuk menjadi guru maknanya kita bersedia untuk bekorban masa dan tenaga juga wang ringgit..so tak perlulah nak timbul budak IPG time 7 pagi hingga 6 petang dan budak IPTA tak.. so budak IPG dapat elaun tu.. fikirlah matang sikit.. bersangka baiklah..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak persoalkan kualiti serta kejumudan pemikiran guru pelatih di IPG sedangkan anda tidak punya bukti jelas kesahihannya. IPG bukan sahaja mengambil guru pelatih yang mempunyai keputusan yang baik tetapi mengambilkira bakat-bakat serta kebolehan yang mereka miliki. Mereka juga perlu melalui temubual sebelum mendapat tempat di IPG. Berbanding IPTA mereka tidak perlu melalui temubual khas, mereka juga berpeluang masuk ke IPTA atas sebab pencapaian akademik yang sangat baik berbanding pencapaian bakat-bakat dan kemahiran. Di IPG pelajar-pelajar mereka dilatih untk bekerja hanya sebagai guru dan kelulusan mereka tidak laku unutk pekerjaan lain. Manakala di IPTA kelulusan yang mereka peroleh boleh digunakan untuk banyak peluang pekerjaan. dalam erti kata lain pelajar-pelajar di IPG telah pun menjadi guru tetapi hanya perlu menjalani latihan sepertimana Institusi kemahiran yang ada di malaysia. Ini adalah perbezaan yang jelas. Anda yang merendah-rendah IPG tidak wajar untk memberi komen yang tidak berfakta. Anda sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan tentang sukatan pelajaran yang ada dalam IPG. Di IPG menekankan, teori dan praktikal bukan sahaja akademik tetapi pelbagai kemahiran lain sebagai persediaan menghadapi kerenah dan pelbagai situasi sekolah.Pengalaman dan pengetahuan initidak mungkin diperoleh melalui pembelajaran akademik. Tuntasnya usah merendah-rendahkan guru IPG. IPG sekarang menghasilkan guru-guru berijazah setaraf dengan anda sekarang.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
agak terkedu bila membaca komen2 di sini...sy adalah budak maktab..memang kita akn mempertahankan hak masing2..jangan pertikaikan yang kononnnya hanya budak u yang berkelulusan tinggi...untuk pengetahuan ramai, untuk masuk INSTITUT PENDIDIKAN GURU sekarang, keputusan SPM perlulah sangt baik..6A pun ada yang x dapat...jdi x perlu wujudnya jurang kepandaian atau masalh tidak adil...kami di sini diajar bagaimana untuk menjadi guru sekolah rendah yang baik...mungkin dari segi kuliah, kami tidak sehebat kuliah-kuliah di U..tp, kami dilatih datang ke kelas pd pukul7.45 dan berakhir pd pukul 12.45 sprti disekolah..program SBE(School basic experient) sebanyak 3x setiap sem, BIG(bina insan guru) sebanyak 6x..praktikum sebanyak 3x(6 bulan)..itu tidak termasuk program JABATAN masing2 seperti lawatan pendidikan ke sekolah org asli..jadi kami didik dengar kemahiran dan pengetahuan sebagai guru..dilatih untuk menjd guru berkeluar terbaik...dan jangan keliru kerana IPG bukan hanya mengeluarkan pendidik program KPLI shja kini, tetapi keluarn program PISMP yang lebih terlatih iaitu selama 5 1/2 tahun..jdi jangan salah tafsir...untuk menjadi guru yang baik, bukan hanya perlu bijak semata-mata...kemahiran yang paling dititik beratkan...dan kami diberi latihan yang cukup dan terbaik dr IPG..mungkin sesiapa yang terpaksa ambil course pendidikn di UNIVERSITI,kurang bernasib baik...sebb perlu membayar PTPTN..anggaplah nie rezeki kami kerana terpilih ke ipg...
harap maaf

Tanpa Nama berkata...

guru pelatih berkata...
kami di IPG diberi latihan menjadi guru...budaya sekolah diterapkan...
dilatih menjadi guru bertaraf dunia...
amali perguruan dijalankan setiap minggu...

Tanpa Nama berkata...

salam..dah xde rezeki masuk maktab janganla argue org len dapat elaun....rezeki masing-masing...

sama2 kita berdoa supaya dimurhkn rezeki dan dimudahkn pejlnn hidup...amin

Tanpa Nama berkata...

udah2 le 2..... GURU PELATIH MEMANG LAYAK DIBERIKAN ELAUN! sokong GURU PELATIH IPG!

Tanpa Nama berkata...

ada juga terfikir kan.... korang yg blajar kat IPTA ni ada ke diterapkan dengan budaya2 di sekolah?? kami di IPG ada taw!

Infinite-infO berkata...

berfikir matang la sikit...rezeki masing-masing..pelajar-pelajar IPGM pun bukan mengharap sangat elaun tu...da kerajaan bagi ..xkan nak tolak kot...nak kata perbezaan antara graduan IPTA dan Maktab tu memg xda perbezaan..tp sy yg sudah mempunyai pengalaman berada di ipta dan IPGM dpt juga membzakan sikit2..IPGM lbih kepada praktikal..ditekankan pedagogi 100%..umur 20 thun da kena g sekolah amik penglaman kot...

nak mengajar tu biar ikhlas....

Tanpa Nama berkata...

salam..

saya ingin merujuk kepada luahan rasa tidak puas hati yg telah dinyatakan oleh pihak yang berkenaan.

kite semua perlu akui, semua pelajar di malaysia merupakan lulusan SPM kerana ia merupakan syarat utk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya dlm pendidikan di Malaysia. Setelah melepasi SPM, semua org akan mendapat peluang utk memilih kursus pengajian yg diminati samada berpandukan cita-cita ataupun kelebihan yang ditawarkan oleh kursus tersebut.

anda telah membuat pilihan anda. Ada sesetengah pihak memilih/ditawarkan utk meneruskan pengajian ke universiti dan ada yg memilih matrikulasi. kami telah memilih IPG, dan memberikan komitmen terhadapnya.

mungkin ade benarnya, lepasan SPM dan Matrikulasi yang takut akan risiko menganggur bertindak menukar haluan dgn memilih pula utk memasuki bidang perguruan agar masa depan mereka lebih cerah ataupun menganggap menjadi seorang guru adalah mudah. (Jika ya, anda telah silap, tugas guru sekarang adalah sangat mencabar pada zaman ini dan akan menjadi lebih mencabar pada masa hadapan seiring dengan perubahan zaman.
jadi tidak perlu anda pertikaikan kenapa kami memperoleh keistimewaan kerana bermula dari selepas SPM lagi kemi telah mula menunjukkan komitmen kami menjadi warga pendidik utk mengharungi dunia pendidikan yg kian mencabar ini.

sememangnya anda tahu akan perkara ini di mana pengetahuan tentang peluang pendidikan dan kerjaya telah didedahkan di sekolah. Anda telah memilih hauan anda! tak perlu mempersoalkan keistimewaan yg kami terima sbg guru pelatih di IPG kerana anda sama sekali tidak pernah mengalami dan mengahadapi kehidupan sbg guru pelatih bg melayakkan kami menerimanya.

Sepatutnya anda bersyukur kerana anda masih berjaya memasuki bidang perguruan walaupun bukan IPG..

Sekian, wasalam..

Tanpa Nama berkata...

seperkara di sini : kelulusan spm bukanlah jaminan mampu menjadikan anda seorng guru yang baik..

renung2kn, selamat beramal =)

Cruelism berkata...

sorang lagi guru pelatih IPGM ..

oh isu ini bukan isu anak tiri , sebab apa anda student di universiti tidak mendapat elaun ? sebab anda di bawah kementerian pengajian tinggi
( KPT ). Jadi mmg tiada peruntukan pon untuk mana2 bidang tidak kira pendidikan ka apa ka tapi anda hanya diberi pinjaman .

tapi IPG pulak di bwh kementerian pelajaran malaysia ( KPM )maka memang ada peruntukan yang disediakan dalam RMK 9 iaitu pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP). MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN . Jadi pihak kerajaan telah menyalurkan wang pendapatan negara ke arah itu dengan menyediakan program ijazah sarjana muda perguruan di IPG dgn kata lain elaun diberi kepada pelajar program tersebut . Jadi ia selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin menjadikan semua guru di sekolah rendah mempunyai ijazah . Sebab itu kami diberi elaun .

KampungBoy berkata...

Kenapa Pelatih IPGM diberi elaun? Banyak sebabnya.. Tapi ada syaratnya(ni yan suspen ni).
Pelatih IPGM semuanya menandatangani borang perjanjian yang mana berbunyi seperti ini (sebahagian dari perjanjian) :
1. Setelah tamat pengajian individu itu mesti berkhidmat di bawah KPM (dalam tempoh yang ditetapkan)
2. Jika individu yang menandatangani perjanjian itu sabit dalam akta, individu itu akan diminta membayar balik kepada KPM. ( Lebih kurang RM 125 000.00 bagi kursus saya)
3. Sebenarnya masa pelatih berada di institut, pelatih IPGM sudahpun terikat dengan "saya yang menurut perintah" apa-apa arahan daripada KPM, pelaith IPGM kena ikut. Contohnya sambutan kemerdekaan KPM suruh bantu dalam sambutan, kena pergi)
4.Bagi yang belum pernah praktikum mungkin ringan sikit. Pelatih sem 5 ke bawah banyak guna wang untuk ABM micro-teaching. Tak percaya tanya pelatih sem 1-4.
5. Bagi pelatih sem 6 ke atas, lebih kurang 60% elaun setiap bulan terbang untuk ABM murid-murid di sekolah. Dah la 2 subjek nak diajar. Terbang la elaun yang diterima.(nak tngok transformer 3 pun fikir 2 kali T.T)
6. Bagi semester 8(final) lagi banyak menggunakan duit(Buat research-untuk KPM gak. Tuk sapa lagi)

Bila pusing2 balik.. sebenarnya pelatih IPGM ni start masuk foundation da kerja untuk KPM. Dah "Saya yang menurut perintah" Fikir balik.. (pada pendapat saya) elaun tu sebenarnya sagu hati untuk pelatih la.

Tanya sket.. Cukup ker elaun? Haha.. Jawab sendiri Budak2 PISMP

Tanpa Nama berkata...

alahai bakal cikgu... yang asyik berkata dan mengata.. dah belajar etika keguruan? salah satunya menjaga nama baik profesion keguruan..

saya pelatih ipg.. saya setuju lah dengan guru ipg lain.. nama pun dah lain.. kami institut latihan di ipta institut pengajian..
tentang peraturan memang ketat.. duduk sendiri di ipg ni baru anda tahu..
memang banyak sangat latihan yang kami terima.. dan saya merasa sangat bertuah sebab dapat banyak sangat pengalaman.. terutamanya praktikum..
praktikum kali ketiga selama 3 bulan dan diselia 15 kali oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing sangat membantu..( diorang ni pun bekas pelajar maktab, universiti dan upsi) terima kasih pada pensyarah saya dan guru pembimbing saya..
akhir kata saya nak kata
saya sangat bangga menjadi guru pelatih IPGKPM! saya rasa sangat bersyukur tuhan tempatkan saya disini.. terima kasih IPG kerana beri saya terlalu banyak pengalaman dan latihan...
dan kepada mahasiswa ipta jurusan pendidikan janganlah kerana elaun kita menidakkan kebolehan kita masing-masing.. setiap individu ada kelebihan yang boleh kita bina jika kita ada kesedaran..
belajar kerana agama.. belajar kerana nak belajar.. belajar kerana nak didik anak bangsa..

Tanpa Nama berkata...

salam 1malaysia..huuhuhu..klakar bace enty nie..cikgu, mgajar biar la ikhlas..isu elaon ke PTPTN xspptot nyer timbol..rzki masing2 kn..jgn brkire cikgu bab mendidik ank bgse nie..biar la xdpt elaon ke trpakse brhutang (PTPTN) ke hape..kt akhirat t, kite dpt blasan baek ats ushe n jase baek kite jgk kn..sy graduan d IPTA..sy xkesah pown xdpt biasiswa n elaon..sbb SY BRNIAT IKHLAS UTK MENJADI PENDIDIK ANK BNGSE..cikgu, 1more things..jgn prkecil2 kn rendah2 kn owg len..kite lpsn STPM n MATRIX nie pown, bknnyer pndai sgt..xelok judge owg dgn lulusan dowg..kn cikgu kn..kpd guru2 pelatih, maaf bg phak graduan2 pendidikan d IPTA..xsume mcm 2..sy phm situasi n keadaan kalian krne adik sy d IPG..sy tau btpe tensen nyer die d sane compare ngn sy yg gumbira d U nie..lg pun, rezeki masing2 kn..maap3..just voice out wat iz in mymind..peace yaww..~,6

amim berkata...

dah lama isu ini timbul..masalah pokoknya apa sebenarnya?nak menghina sesama bangsa, agama, tanahair?..dah tertakluk pada syarat..undang2,,ipg di bawah kementerian pelajaran..ipta d bawah kmenterian pngajian tinggi..dah ditetapkan=

1. ipg(kmenterian pelajaran)=elaun
2. ipta(kmenterian pngajian tinggi=ptptn

kesimpulan=faham2 la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik untuk memberi komen di sini. Saya merupakan penerima biasiswa perguruan ijazah pertam di IPTA. Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih ke Maktab. Saya akui bahawa pelajar-pelajar yang dipilih ke Maktab@IPG merupakan pelajar yang cemerlang di peringkat SPM (berdasarkan bukti). Namun sedikit kecil hati la sebab kami yang belaajr di IPTA untuk bidang pendidikan perlu melalui beberapa ujian barulah kami boleh di beri biasiswa. 1 ujian: MEDSI (untuk masuk ke Uni), INSAK+Temuduga=Biasiswa, Nak jadi guru pun kena Menghadapi ujian INSAK yang sama kecuali tiada temuduga. Apa rasional Ujian Insak kali ke2 untuk di postingkn?tidak boleh ke terus diserap?kami ni menjadi mangsa "pembekuan jawatan oleh kerajaan"..yaang dapat biasiswa pun terpaksa tunggu.. graduan maktab adakah sama?adakah graduan maktab terus diserap? fkir lah sendri..

Tanpa Nama berkata...

sama2 manusia, sama2 hamba Allah... rezeki msg2, xyah nk merungut..usaha dan usaha lagi..kpd MOHAMMAD FIRUS ROSOOL GANI, Yang Di-Pertua Persatuan Pengurusan Pendidikan (PENDIDIK) UUM, usaha dan doa sgh2, nti dh bjaya, hg ubah lerr polisi yg ade tu kalau nak...

algojo berkata...

macam budak-budak gaduh haha

tak pernah pulak aku baca blog tulis budak nursing kolej masterskill gaduh dengan budak kolej kejururawatan KKM

padahal, budak nursing swasta lagi la mahal bayar. baki ptptn yg dorang dpat balik dlm 2-3 ratus jer. yg lain kolej ambik.

budak nursing KKM mcm biasa la, elaun

tu la analoginya, KERAJAAN tak mampu nak taja semua murid pendidikan guru (jgn gelak, nih term dlm kontrak pelajar-kpm)

kalau ditaja semua pelajar pendidikan guru di IPTA maka, akan berlaku tuntutan agar kursus lain turut diberi tajaan

ketiga, kalau diberi tajaan kepada semua pelajar pendidikan di IPTA maka, mereka akan terikat dgn kontrak KPM. pada masa itu, sape yg nak jd tutor di IPTA? sapa yg nak mengajar di ISKL? sapa nak mengajar di Wadi Sofia? sapa yang nak masuk Kor Perkihdmatan Am (Pendidikan)

maka, bagi yg berminat utk mengajar di sekolah KPM..perlu la jalani sekali lagi ujian, dan temuduga untuk buat syarat

sedangkan, temuduga dan ujian sebelum itu adalah syarat yg dikenakan oleh universiti

kalau anda kaji byk sistem penajaan oleh agensi kerajaan spt ATM, KKM anda akan nampak persamaan. yang ditaja sendiri, yang dilatih di institut penaja sendiri akan mengalami sedikit kelebihan semasa nak masuk kerja. bila dah kerja sama aje

Pemegang biasisswa berkata...

Algojo:....

Bagaimana dengan pelajar Biasasiwa KPM yang kena Jalani Insak 2kali? sekali masa nak dapt biasiswa, sekali lagi nak apply posting.. pendapat saudara ALGOJO?? kenapa tidak diserap seperti pelajar maktab?kami pun ditaja juga.

masalahnya skrg lagi teruk, pembekuan jawatn guru. Student maktab mmng dah confirm posting (tanpa perlu ujian dll) so dorang boleh terus menungu even pembekuan sbb dorang dah confirm keje. Kami yang biasiswa KPM dah diberi warning tak boleh kerja di tempat lain, tapi kami TAK dijamin posting(berdasarkan surat perjanjian dan bahagian biasiswa). Nak apply kerja lain tak boleh sbb takut kena bayak balik rm1000000. kami yang tersangkut kat sini.

Tanpa Nama berkata...

Dah laa... bising jer semua nie... tuh lerr yg x nk masuk IPGM nape ?? jeles plak..

algojo berkata...

pergh..idup lagi komen mengomen nih haha

aku kena mintak elaun ngan kpm nih haha

Dear Jaja (Pemegang Biasiswa),

anda pasti INSAK 2 kali? kalau begitu maafkan saya kerana kejahilan saya

interview banyak kali adalah perkara biasa dalam perkhidmatan kerajaan..dah jadi cikgu besok ngadap SPP

perkara sama dilaksanakan dalam ATM, pegawai yang sudah dapat tauliah YDPA dalam pasukan simpanan masih perlu di temu duga dan di 'tanam semula'

tiada serapan terus seperti graduan dari Akademi/kolej/uni pertahanan..semuanya kerana kehendak birokrasi, satu dilatih oleh kementerian di akademi kementerian, manakala satu lagi dilatih di universiti

satu mengikuti kehidupan regimental/militari sepenuhnya, dan satu lagi tidak..

tak ada pulak aku dengar budak ROTU marah pasal benda nih..kalau ada sila maklumkan

begitulah, analoginya..satu dilatih dibawah agensi KPM sendiri..yg boleh dikerah oleh KPM bila2 masa..yg terikat dgn bermacam peraturan utk mewujudkan Insan Guru

berkenaan pembekuan jawatan, ia tidak salah saya melibatkan semua kementerian..arahan dari JPA

setakat maklumat saya tahu, ada satu cohort tesl tak posting lagi padahal twinning

berkenaan kontrak, boleh hubungi Bahagian Biasiswa KPM, Bahagian Undang2..tak salah saya, kalau tak ditempatkan selepas graduasi dalam tempoh 12 bulan..anda akan direlease dari kontrak..sila hubungi KPM untuk maklumat lanjut takut benda nih dah tak wujud

adios

EngineerMan berkata...

Pendidik tak boleh suka2 memperkecilkan orang atau merendah2kan orang lain... Apa lah korang ni, jangan berlagak... bakal cikgu ke guru sampai pencen lah korang ni asyik nak merungut kalau tak tahu nak bersyukur dan ikhlas...

Tanpa Nama berkata...

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA. CUBA BAYANGKAN ADA ANTARA RAKAN KITA YANG LANGSUNG TAK DAPAT PELUANG BELAJAR. KITA DAPAT JUGA MASUK UNIVERSITI ATAUPUN IPGM.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Penulisan yang tampak matang tetapi jika diteliti jelas kurang serba serbi..
Fakta yang serong:
1. HARAP MAKLUM: pelatih guru dengan kelulusan SPM cemerlang, lulus ujian personaliti dan temuduga berkumpulan dan persendirian akan dapat masuk ke IPG. Malahan, pelatih-pelatih ini juga pernah/dapat tawaran ke Matriks, program Asasi dan tawaran lain sbelum melangkah ke IPG. Dan kami memasuki dengan program PPISMP selama 5 thn setengah ( foundation + degree ).
2. Jika anda sebagai pelajar IPT diberi masa sebulan utk merasakan sistem dan kehidupan di IPG, pasti pelbagai tomahan akn diberikan kalian. Sukar pada pendapat saya, bagi pelajar IPT yang sudah terbiasa dgn norma kehidupan Universiti yang agk longgar dri aspek peraturan untk mengikut sistem IPG. Kami disini dilatih mengikut peraturan yang ketat ala alam persekolahan supaya apabila disekolah, kami akan terbiasa dan mampu mengaplikasi sistem sebegini. Cth: Sebelum kelas bermula, kami akan membersih kelas terlebih dahulu. Kenapa? Kerana di sekolah kelak, itulah yang perlu murid lakukan sebelum sesi pengajaran bermula. Sebagai guru, kita perlu sentiasa mengingatkan mereka. Cth lain: Perhimpunan mingguan/bulanan. Harus berada di dewan sebelum 7.30pg. Kenapa? Di sekolah kelak, guru perlu berada di tapak perhimpunan lebih awal drpd murid.
3. Isu elaun. Sebelum anda memasuki Universiti, Matriks dan sebagainya. Segalanya memerlukan hitam putih bukan? Dan anda sedia maklum keistimewaan yang diberikan kpd pelatih guru IPG bukan? In the end, anda sudah pun membuat keputusan untuk melanjutkan pembelajaran di IPT. Mengapa perlu mempertikaikan keistimewaan ini sekarang? Supaya kerajaan memberikan perhatian dan berkira-kira untuk membuka peluang untuk memberikan elaun kepada pelajar Universiti? Perlu saudara tahu, pembayaran elaun kepada kami beserta dengan hitam putih yang menyatakan kami perlu berkhidmat selama 5 tahun di sekolah selaras dengan jumlah pembayaran elaun kepada kami. Dengan kata lain, kami pelatih guru dari hari pertama memulakan kuliah sudah menjadi pekerja kerajaan.
Perlu juga saudara tahu, pembayaran elaun kami setiap bulan adalah merangkumi perbelanjaan kami + pembelian bahan bacaan kuliah + bahan2 bantu mengajar + alat2 bantu mengajar.
4. Sy secara peribadi merasakan tidak perlu memperbanyakkan kursus pendidikan di peringkat Universiti. Cukup jika di'kampung'kan kursus-kursus sebgini di bawah IPG. Baru lah tiada isu ketiadaan elaun bukan? Jadi semua pihak akan berpuas hati dengan pembayaran elaun setiap bulan. Betul?

Maaf jika pendapat saya tidak jelas, salah dan sebagainya. Setiap individu punya pendapat masing-masing. Sy harap sebagai orang kuat UUM, saudara Firus dapat mengkaji dahulu fakta-fakta terkini, muhasabab pada setiap isu yang hendak dipertikaikan, menjadi lebih rasional dan matang pada hari mendatang. InshaAllah. Kami doakan yang terbaik kpd pelajar2 Universiti yang senantiasa mempertikaikan kedudukan kami di IPG. Sekian. Assalamualaikum..

Tanpa Nama berkata...

xnak ptptn undi pr la..xyah bayar ptptn..

Admin berkata...

Tak perlu nak mengutuk mengata,

allah tarik nikmat elaun,
mungkin allah nak beri nakmat yang lain.
rezeki dalam bentuk lain.

Kita ada pilihan dan kadang-kala kita
tersalah memilih sesuatu yang kurang enak.

hidup mesti diteruskan dan jom juba
lakukan yang terbaik untuk agama
bangsa dan negara :)

Tanpa Nama berkata...

Rasanya isu besar di sini adalah knp student ip d beri elaun dan pelajar u tidak? Then barulah semua nk cari kelemahan pelajar ipg agar ada bukti yg mereka tidak layak..x standard..x berkaliber..budak hingusan lepasan spm... actually sblm condem mana2 pihak.. kita patut buat kajian dalam2.. tgk sukatan pelajaran budak ipg dlu.. saya sebagai wakil plajar ipg merasakan tidak wajar kita membeza2kan ..paling teruk merendah2kan orang lain.. sukatan pelajaran kami sgt padat.. walaupun perlu berpraktikum, kami masih perlu mengganti waktu kuliah kerana jam kredit yg xcukup krna perlu berpraktikum. Kami jg dibekalkan dengan asas kokum yg baik dan padat.. mungkin ramai pihak berpendapat kelulusan kami hanya spm..tp rasanya itu x menjadi isu kerana kami mendapat didikan untuk menjadi guru dengan sangat baik.. n i think pengalaman kami berada d sekolah lebih banyak.. content pembelajaran juga bukan terhad kepada pengajaran tetapi merangkumi cara pengawalan dan pengurusan kelas.. rasanya tidak perlu mencari kesalahan orang lain.. mungkin anda bole mengatakan tidak semua pelajar ipg berkualiti.. kami pun bole mengatakan benda yg sama .. tp..di mana pengkhirannya?

Tanpa Nama berkata...

Jangan dipertikaikan pemberian elaun kepada guru pelatih di IPGM..untuk makluman saudara..di IPTA..bukan graduan perguruan tetapi PENDIDIKAN..masing2 ada kelebihan..Ijazah Sarjana Muda pendidikan boleh digunakan dalam sektor lain..tidak terhad dalam sektor pendidikan sahaja..dengan Ijazah pendidikan anda boleh menggunakan dalam sektor yang lain dan KAMI..sebagai GURU PELATIH dengan IJAZAH SARJANA MUDA perPERGURUAN..khusus untuk PENDIDIKAN SAhaja..kerja kami hanya disekolah..jd wajar laa kami diberikan elaun..kami dibawah KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA..dan mahasiswa Ijazah Pendidikan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi..kan lain tu..saudara dibawah yang lain..dan kami di IPGM dibawah naungan yang lain..jadi wajarkan..lagi satu..MENGAPA DARI AWAL TAK MASUK IPG? kan senang..

SELAMAT..nakkan keterangan lebih lanjut..pergi ke KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA..berdepan dan tanya..KALAU HANYA DISINI..SAMPAI BILA TIADA JAWAPAN YANG AMPUH DAN MEMUASKAN HATI..

SEKIAN..MEWAKILI GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN seluruh Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat diatas. Graduan Program IJAZAH SARJANA PERGURUAN HANYA LAYAK sekali lagi HANYA LAYAK dalam bidang PERGURUAN sahaja sekali lagi PERGURUAN SAHAJA. lain la program ijazah sarjana muda pendidikan yang skopnya lebih luas. Bolehkan graduan IPG ni mintak kerja dalam sektor perkilangan ke? sektor penterjemahan ke? jadi WAJARLAH DIBERI ELAUN KERANA pelajar IPG ITU SENDIRI TELAH MINAT MENJADI GURU dan memilih IPG. JADI KENAPA DARI AWAL TAK MASUK IPG?

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat diatas. Graduan Program IJAZAH SARJANA PERGURUAN HANYA LAYAK sekali lagi HANYA LAYAK dalam bidang PERGURUAN sahaja sekali lagi PERGURUAN SAHAJA. lain la program ijazah sarjana muda pendidikan yang skopnya lebih luas. Bolehkan graduan IPG ni mintak kerja dalam sektor perkilangan ke? sektor penterjemahan ke? jadi WAJARLAH DIBERI ELAUN KERANA pelajar IPG ITU SENDIRI TELAH MINAT MENJADI GURU dan memilih IPG. JADI KENAPA DARI AWAL TAK MASUK IPG?

Tanpa Nama berkata...

saya stuju dengan pelajar ipg diatas, we all can program ijazah sarjana muda pendidikan. we can go more further you know. You all dok kutuk2 pelajar IPG then mintak jadi cikgu gak, pastu jumpe plajar2 IPG ni juga. Can you all open ur mind? IJazah Sarjana Muda Pendidikan ni hanya untuk jadi cikgu ke?

Tanpa Nama berkata...

sume bakal guru.. tp saling dengki mendengki.. di IPTA lain, di IPG lain..
di IPG, setiap sem kami ke sekolah.. 3 sem untuk PBS dan 4 sem untuk praktikum. Kualiti guru keluaran IPG lebih baik bbanding IPTA.. mereka bukan didedahkan dgn kuliah semata2 tp teori dan praktikal di sekolah spjg msa.. apa2pun, bsyukur lah sbb ini rezeki masing2..kalau hati asyik fikir negatif, rezeki pun susah nak dpt..

Unknown berkata...

rezeki masing-masing dah ditetapkan berbeza. tak kisah lah keluaran ipta atau ipg, jika ikhlas niat nak mendidik, pastinya pendidik tersebut akan menjadi seorang pendidik yang berkebolehan. wallahualam :)
sama-sama menjadi pendidik yang memimpin generasi akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Revolution.

tukar ja kerajaan baru, baru tau inisiatif apa yang boleh buat untuk selamatkan para pelatih guru ipta yang x dapat elaun, kalau asyik dalam pimpinan lama ja dalam kerajaan, memang tiada pembaharuan la, kroni semakin kaya, rakyat semakin derita

sekian

Tanpa Nama berkata...

wahai manusia.. dunia smua ni....

guru pelatih IPGM berkata...

sampai hati kebanyakan anda semua mengatakan pelajar IPGM kurang berkelayakan berbanding pelajar kos pendidikan di IPTA lain. Iskk..isk... saya ni pelajar di IPGM tapi saya rasa result SPM saya tidaklah seteruk mana... ke teruk dapat 7A1 2A2 1B3 masa SPM dulu dan sebab itulah saya dimasukkan ke sebuah IPGM?

oh lupa nak bg tahu...saya buat course yang twinning dgn sebuah universiti di luar negara. Senior saya di universiti itu telah balik ke msia dan kembali mengajar di UPSI. kemudian beliau tension sebab menurut dia pelajarnya ramai yg fail utk subjek matematik yg diajarnya sedangkan beliau mengajar basic maths standard f4 f5 dulu (ini dia yang kata ya).

oleh sebab hal yg demikian, saya musykil mcm mana nak jadi cikgu ni kalau basic maths pun boleh fail? oh noooo....

takpelah saya redha jadi pelajar IPGM yang tak setanding pelajar IPTA lain...

Tanpa Nama berkata...

sapa kata dikongkong. kami diajar untk membiasakan dri suasana sek. no wonder pihak sek lbih sk gp ipg berbanding gp ipta sbb gp ipa berlagak pndi dan xreti hormat guru senior. xreti buat kerja pn ye!

Shammira berkata...

minat sangat nk jadi cikgu..dh apply ipg untuk cikgu sekolah rendah tapi boleh ke setaKat result 4A 3B 1C 1D??

Pakcik Sekolah Atap berkata...

Anak2 bakal cikgu semua, pakcik ni org kampung, taklah pandai macam anak2 semua yg dapat masuk IPTA, IPGM.

Tapi sebagai org tua yg ada pengalaman serba sedikit, pakcik nak bagitaulah pada anak2 semua apa perbezaan 'status' kursus guru diIPTA dan IPGM dan kenapa budak2 IPGM diberi elaun tetapi bakal guru di IPTA kena pinjam PTPTN.

Kenapa budak IPGM diberi elaun? Inilah persoalan pokok yg ditimbulkan disini. Ni pakcik nak bagitau...

Mereka ini (budak2 IPGM) sebenarnya dikira sudah 'bekerja' secara tak rasminya. Bekerja sambil berlatih. Sebab itu mereka dipanggil guru pelatih. Title jawatan 'guru' tu dah ada. Dan sebab itulah mereka dibayar elaun latihan (bukan gaji sebab masih pelatih)

Mereka akan dibayar gaji (bukan lagi elaun) apabila tamat latihan dan diupgradekan jawatan dari 'guru pelatih' kepada 'guru' apabila dihantar mengajar dimana-mana saja sekolah yang dikehendaki KPM.

Budak2 IPTA pula, mereka ini adalah berstatus 'pelajar' dan mereka menjalani kursus pendidikan sebagai seorang 'pelajar' bukan 'pekerja, jadi takdelah 'bayaran' elaunnya dan yuran kursus tu pun kena bayar sendirilah macam kursus2 lain juga diIPTA.

Budak2 IPTA yg ambil kursus pendidikan ni bila dah tamat belajar boleh minta macam2 jenis kerja lain tak semestinya jadi guru sahaja. Ada pilihan disitu berbanding budak2 IPGM yg sememangnya mereka adalah 'guru' sejak menjejak kaki ke IPGM lagi.

Jadi dengan penjelasan ini, pakcik harap anak2 semua dapat tumpukan pelajaran sepenuhnya tanpa apa2 perasaan dengki dan saling merendahkan antara satu sama lain.

Bila dah dapat peluang, belajarlah betul2 sampai tamat dan insyaalah rezeki tu masing2 allah jua yang tentukan..

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

saya blajar di ipg selama 5 tahun 6 bulan. ipg tidak pernah mengongkong sebalinya mendidik. pada mulanya saya juga merasa seperti belajar di sekolah walhal telah memasuki alam pengajian tinggi. namun setelah merasai pengalaman sebagai guru pelatih sewaktu praktikum barulah saya memahami mengapa kami dididik sedemikian. tujuan nya adalah untuk membiasakan dengan peraturan disiplin dan tanggungjawab di sekolah. sewaktu praktikum banyak juga dengar komen negatif pihak pentadbir mengenai graduan ipta. tetapi saya tidak pernah memandang rendah pada graduan ipta dan saye yakin mereka juga berpotensi untuk menjadi guru yang baik. namun apa yang saya kesalkan apabila melihat rata-rata graduan ipta menyalahkan kami di ipg. seolah-olah dengki dengan kelebihan yang kami terima. bagi saya tidak perlu kita mempertikaikan soal rezeki. bagi saya graduan ipg dan ipta perguruan perlu barsatu dan berfikir secara matang kerana kita dari ikhtisas yg sama. jangan salahkan kami disebabkan dasar yang telah ditetapkan.

Hadaa MR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hadaa MR berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

jangan menuduh dan bercakap sembarangan wahai saudara. saya adalah sala seorang penuntut di IPGM. saya turut merasa down dengan kata2 manis itu. sebenarnya ada dalam kalangan rakan saya yang keluaran matrikulasi, dan saya juga sbelum kesini adalah penuntut Universiti Islam Antarabgsa. kalau hendak dibandingkan nilai SPM dgn STPM rata2 budak darjah 3 pun boleh bezakan. kita xboleh bandingkan STPM AND SPM level. kenapa tak bandingkan SPM dgn SPM ? kualiti seseorang semasa ditemuduga? mengapa?

Tanpa Nama berkata...

tolong la faham kami di ipgm adalah pelajar yg mendapat tajaan penuh dari kpm. ada juga dari kalangan ismp yg menerima tajaan. dan mengikut dasar pelajar ini akan diutamakan dalam urusan posting. bukan bermakna ismp yg lain tak bgus. tp bagaimana mungkin kpm nak menempatkan kesemua graduan pendidikan serentak. percayalah rezeki kita telah ditetapkan sejak kita dalam rahim ibu lg.. saya juga memahami keperitan warga ismp. setelah 4 tahun belajar di ipta masakan tidak mahu di posting kan. nasihat saya bersabarlah. jgn menunding jari menyalahkan warga ipg. tiada isu dianaktirikan timbul kerana ipg melatih guru utk sekolah rendah. manakala sebahagian besar ismp adalah dikhususkan untuk sekolah menengah. tahun ni belasan ribu guru yang akan berpencen di serata malaysia. semoga ada rezeki utk kalian.

Tanpa Nama berkata...

Sy setuju..sy juga pernah mohon ipg dengan keputusan spm yg cemerlang tapi mungkin tiada rezeki walaupun layak utk temuduga.dan masuk ke program asasi dan alhamdulillah dapat tawaran ke upsi.tapi pasal biasiswa memang agak sedih sebab kami terpaksa buat ptptn dan kdg2 terasa jugak ketidakadilan dgn pelajar ipg..tp apa2 pun pelajar ipg patut bersyukur dgn apa yg korang dapat,huhu..

Tanpa Nama berkata...

nak elaun masuk la maktab, x perlu nak kecoh2 sangat...da hukumnya mcm tu..masing2 ada kelebihan dan kelemahannya....kita trima la seadanya...guru keluaran maktab selalunya lebih friendly and resourceful berbanding yang kat universiti....sbb guru keluaran maktab dilatih oleh guru2 / pensyarah yang pernah berkhidmat di sekolah...kat Universiti, kebanyakkannya tenaga pengajar merupakan tokoh2 ilmuan yang mahir dalam bidang masing2...persoalannya disini adalah..........mana satu lebih baik? tokoh2 ilmuan ke? or guru2 yang pernah berkhidmat cemerlang di sekolah? guru yang pernah mengajar kat sekolah dan berpengalaman dalam mengajar, untuk mengajar untuk menjadi seorang guru di sekolah? kita kna bersyukur dengan apa yang ada, untung la kita PTPTN masih lagi memberikan kita pinjaman untuk sambung belajar, kalo x tahan, berhenti belajar dan cari kerja yang baik2....jgn dok melalak kato ko.....jangan nak senang jer, usaha x da...

Tanpa Nama berkata...

Maaf..bagi yg mungkin x tahu guru pelatih IPGM ni dibayar untuk belajar. Maksud dibayar itu ialah elaun yg diberikan. Ingin ditekankan dekat sini bahawa kami dibayar elaun setiap bulan hanya lah selama satu tahun setengah iaitu PPISMP semester 1 hingga semester 3 sebanyak rm430 setiap bulan. Sewaktu program ijazah iaitu PISMP semester 1 hingga semester 8 elaun kami dibayar utk setiap semester iaitu sbyk rm3200 utk satu semester.harus di ingatkan bahawa satu semester bersamaan 6bulan. Jadi utk setiap sebulan elaun kami hanya lah lebih kurang rm500. Kami diwajibkan utk menyempurnakan program Bina Insan Guru sedari PISMP semester 1 hingga semester 6 dan byk perkara yg kami perolehi dan kami belajar sepanjang program berjalan.. Suka utk sy highlight dekat sini bahawa KAMI GURU IPGM DIBAYAR UNTUK BELAJAR dan mematuhi segala peraturan yg termaktub dlm Akta 172..ada sesetengah pensyarah selalu mengingatkan kami bahawa elaun yg kami terima itu jgk adalah sebahagian dpd gaji mereka. Itu membuatkan kami sentiasa berwaspada dgn perbelanjaan elaun tersebut supaya jd lebih berkat.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menyangkal pendapat yang merendahkan status siswa dan siswi pendidik IPG. Saya sebagai pelajar PPISMP ingin menekankan bahawa kami bukan sahaja perlu lulus ujian INSAK, kami juga perlu menjalani ujian kecergasan fizikal dan melalui sesi temubual. Bagi mereka yang ditawrkan opsyen Pendidikan Muzik, mereka perlu menjalani ujian praktikal.

Selain itu, saya ingin mengaskan bahawa bukan pelajar lepasan SPM yang tidak mencapai keputusan kurang memuaskan ingin sangat nak masuk IPG, tapi kami (saya) tidak diterima masuk ke IPTA mahupun ditawarkan biasiswa walaupun memperoleh keputusan 6A+,2A, dan 1B+.Bagi pelajar Sabah dan Sarawak, minimum kelayakan akademik adalah 5A dan semenanjung, 7A.

Berbalik kepada persoalan, apakah beza graduan bidang pendidikan IPG dan IPTA?
Graduan IPG akan ditawarkan untuk mengajar di Sekolah Rendah manakala graduan IPTA, Sekolah Menengah. Dari sudutu ini, kita boleh lihat dengan jelas betapa adilnya pihak kerajaan yang membahagikan graduan sebegitu.

Akhir sekali, perkara yang paling penting untuk diingatkan, bukan lepasan SPM sahaja yang boleh mengikuti kursus PPISMP di IPG, tetapi, lepasan STPM/ Matrikulasi juga boleh memohon, dengan syarat tidak melebihi had umur yang ditetapkan. Sekiranya cuma lepasan SPM, mengapakah terdapat perbezaan umur dalam kalangan siswa dan siswi pendidik IPG? Mengapakah terdapat GSTT dalam IPG?

Saya ingin memohon semua pihak untuk menenangkan fikiran sebelum mengemukakan sebarang pendapat. Carilah fakta, buatlah kajian terlebih dahulu. Dan penuntut IPG juga berkemahiran untuk berfikir secara aras tinggi. Unsur KBAT amat ditekankan dalam kurikulum kami, selaras dngan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM 2013-2025.

Jangan lupa dan alpa bahawa kita bukanlah yang terbaik, ada juga yang lebih baik daripada kita. Terimalah kenyataan dan pandangan orang lain. Fikir-fikirkan lah. Salam Satu Malaysia.

-K Sarawak

Unknown berkata...

rostam ipgkdri
saya tgk komen di atas ttg elaun semua ikut rasa...je...
bacalah General Order dulu kenapa IPG ada elaun dan IPTA yg ambik pendidikan tidak ada elaun....
IPG merupakan pusat latihan....IPTA pula pusat akademik.... yang ni mmg dah termaktub dan tidak ada peruntukan dalam G.O. membolehkan IPTA pendidikan menerima atau diberi elaun.... ruang mohon elaun tu masih ada tapi pihak berkenaan di IPTA atau wakil pelajar perlu kemukakan permohonan ke peringkat kabinet kerana ini melibatkan kewangan negara jadi perlu dibincang dalam dewan kerajaan....

pada saya kita di IPG atau IPTA saling memerlukan dalam mendidik anak bangsa untuk kelangsungan kehidupan di masa depan masyarakt seterusnya....
selain itu kita semua ada peranan masing2... seorang murid diajar di sekolah rendah oleh guru keluaran IPG dan disambung pula oleh guru sekolah menengah oleh guru keluaran IPTA... masing2 ada peranan dan memberi perkhidmatan... mohon keredhaan allah atas apa yang kita lakukan di dunia ni utk bekalan kita di sana....sekian...

Tanpa Nama berkata...

Aku nie pelajar asasi pengurusan uum batch 1 sama macam yg diatas tpi aku dpt masuk ipgm...sebenarnya niat kau nak elaun ke or nak mengajar generasi akan datang...kalau macam nie jgn jdi guru sbb niat awal dah salah...ipta nie bukan kena ikut peraturan nk gi changloon smpai pkl bpe pon blh aku balik dgn kawan aku pkl 3 pagi relax je esok gi kelas sign dan dgr lecture ajar kadang2 tertdr time exam 3.00 keatas gak sbb belajar for exam..pelajar ipgm nie lain kau kena bagun awal kena pakai tie kena ikut peraturan mcm msuk sklh...kalau kat uum xde makna aku xpakai tie relax pgi kelas pkl 8:30 kelas mula 8:35 bru smpai kelas dh mula relax je..tpi ipg x...so berbaloi ar pengorbanan pelajar ipgm sbb xley bebas mcm pelajar u..pelajar u bebas sgt2 aku nie dh rasa dah wei..so xperlulah kau rasa xadil nk masuk ipg bukan senang..3 kali aku cuba bru dpt lpz tamat pengajian asasi pengurusan uum...batch 1 so xperlulah nk mrh sbb elaun2 bkn penting yg penting kau nak lahirkan generasi yg baik or generasi yg mcm kau buat demi duit?? Cikgu kena tunjukkan tauladan yg baik..

Tanpa Nama berkata...

Bkn ke kursus ppismp 2 umpama asasi cikgu...so skrg nie diaorg lepasan spm ke asasi...??apa daa..pelajar ipgm adalah lepasan asasi dan guru berijazah nk masuk skrg 7A..so kalau kau mohon xdpt maksudnya kau xlayak jgnlah nak iri hati..nk elaun ke nak didik genarasi mcm mne nk jdi cikgu kalau pkr nak gaji bukan nak didik anak bangsa..apa lah

cikgu manis berkata...

Setahu saya yg masuk ipta dr stpm ni sbb result spm x power.. nak masuk ipg pun x lepas kot.. kene pi stpm dulu baru leh masuk u.. huhu kalo masuk ipta utk jd cikgu dr matrikulasi mcm tak je.. kalo ade pun cikgu selalu pilihan terakhir je kanz.. esok korang ada ank xyah suh jd cikgu.. gaji ciput je.. huhu :p

shazwana berkata...

Assalamualaikum

Saya merupakan pelajar lepasan spm 2016.

Saya masih buntu sama ada mahu memilih ipg atau stpm. Bila saya baca comment kat sini, rasa mcm nak masuk ipg tapi saya dapat 6A sahaja, takut tak layak.. bila nak masuk stpm saya risau takut tak dapat jadi guru yang sebenar.. nanti bila masuk kita berubah ke arah lain.. contoh mcm kakak sy, masuk stpm tapi bila kat upsi kena ambil seni tarian.

Tolong lah saya untuk buat pilihan keputusan yang terbaik.... buntu sgt ni.. kat sini semua ada pengalaman dan banyak yang lagi pandai dari saya..

#batch98

Tanpa Nama berkata...

Saya tak kutuk..tapi bukan nasib badan nak dapat..apa boleh buat..saya ikut ipta lah..

Tanpa Nama berkata...

Dah bukan nasib badan..dah mintak tak kena bagi...

Tanpa Nama berkata...

assalam.. aku adalah pelajar SPM 2015 dan masih lagi dalam program persediaan ijazah di IPG. batch aku adalah antara batch yang terpaksa melalui sistem baharu di mana kami perlu menjalani UKCG iaitu Ujian kecergasan calon guru yang hanya dijalankan untuk masuk ipg (tempat lain xde). rasanya semua orang tahu nak masuk IPG kena fit fizikal dan mental. tu baru nak masuk kau dah kena fit. nanti dah masuk IPG kau still kena fit. kalau kau jenis malas turun padang setiap petang duk lepak lam bilik tidur dan sebagainya, baik xpayah masuk ipg. kat sini still ada sistem rumah sukan, olahraga tahunan, merentas desa dan sebagainya sebijik sama macam yang kau lalui masa zaman sekolah. yes, memang kawan2 dekat ipta seolah memperlekehkan kami yang still hidup macam budak sekolah ni. tapi itulah cara kami nak still adapt dengan sistem pendidikan kat Malaysia ni. untuk pengetahuan, kami masih ada pertandingan menghias kelas. sebab bila nanti kat sekolah jadi guru kelas, kau boleh ajar and tolong anak murid hias kelas nanti. disebabkan aku baru je budak foundation, masih banyak yang belum aq lalui kat sini. kat IPG apa yang belajar spanjang di sini, IPG ada budaya pembelajaran dia yang tersendiri yang dikenali sebagai budaya IPG. sangat pelik kalau kat sini kau tak kenal senior. berbeza dengan universiti, masih2 buat hal masing2, tp kat sini tak. (kat ipg aku laa, ipg lain xtau) budaya salam ngan greeting memang x pernah tinggal dari sekolah. x kira laa dia senior ke junior, bila bertembung wajib at least senyum. lagi bagus kalau menegur. bukan duk hadap fon pe semua. walaupun nampak senang bila kami diberi elaun tapi kami still melalui kesusahan dari aspek infrastruktur. macam kat ipg aq, lect terpaksa ulang alik naik tangga sebab lif rosak (bangunan lapan tingkat kot) x crita lagi bab aircond.. lect kumpul duit sendiri je baiki aircond kat jabatan masing2. palajar ni memang dah biasa berpanas. kemudahan lcd pun terhad. ada enam je untuk semua kelas kat ipg tuh. sapa cepat dia dpat. ad je lcd tergantung lam kelas tapi memang tak leh pakai. (memang ajaib kalau berfungsi) kalau nak aduan kerosakan, memang pihak atasan akan jawab tiada peruntukan.. so kami terpaksa guna duit sendiri untuk buat apa2 projek. plus tahun ni elaun pun dah kena potong. aku batch pertama yang x pernah merasa elaun degree sebab elaun budak degree dah sama dengan elaun foundation. x crite lagi bab asrama. lif x pernah berfungsi (bangunan 6 tingkat) ko rasa? berada di tengah bandaraya kl ni, blok asrama kami boleh dikatakan rumah hantu di tengah kota sebab rupa dari luar pun dah menakutkan. tapi sebab mata ni dah sebati tengok macam tu so dah x kesah.first time keluar dari uitm masuk ipg, aku lah manusia paling menyesal sebab xtahan sangat dengan bilik. bilik air langsung xbleh guna.. shower x bleh bukak, paip sinki xleh tutup (kena tutup paip utama je) dinding berlumut (paip bocor dari dalam dinding), tandas x berpintu and sebagainya memang susah nak ada orang baiki sebab xde pruntukan. hanya yang kerosakan ringan je yang akan dilayan macam lampu rosak ke apa.

kesimpulannya, kat mana2 pun ada kelebihan n kekurangan dia. mungkin korang cakap untunglah kami dapat elaun n posting cepat la apa.. kami pulak sibuk duk puji kemudahan korang yang jauh berbeza dengan ipg kami (ipg aku je kot yang kurang macam ni).. kita sama-sama tak pandai bersyukur.... untuk pengetahuan korang, aku belajar di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, KL.. nama macam gah and mewah bukan? kami selalu susah nak buat program or aktiviti even aktiviti olahraga anjuran ipg kami pun biayai sendiri sebb peruntukan sikit sangat. RM500 utk buat besaran (open) ... so sekian je laa kot... kalau x percaya mai laa ipg aku.. dekat stadium hoki tepi um tu je..

Tanpa Nama berkata...

Salam..teringin nak post juga. Tentang isu elaun ni, susah nak dibahaskan. Yg terkini, elaun guru pelatih ipg sangkut. Kalo dapat pun bawah rm500. Dan, dlm surat akujanji ipg yg kami dpt masa mula2 daftar...pemberian elaun akan diberi jika pihak kerajaan rasa perlu...ini term yg perlu sentiasa ingat. Sy bercakap bagi pihak pelatih ipg. Bab komen pelatih ipg x ok la, jumud la, ape la...no komen. Sbb isu nya skrg elaun. Mohon jgn pertikai..sbb di sek nanti, mcm2 kita sbg guru kena keluar duit sendiri. Harap maklum....-ikhlas, senior ipg sem 8.

ENCIK EVAN berkata...

Hai. Nama saya Evan.
Lawak la baca dari atas sampai bawah, sampai sekarang masih tergelak. Terima kasih semua yang buat lawak.

Unknown berkata...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

Tanpa Nama berkata...

Ya terima kasih. Kami (pelatih ipg) mmg sangat2 bersyukur ditempatkan di ipg. Terima kasih. Huhu...

Tanpa Nama berkata...

Jadi apa motif luahan anda dgn menyatakan sekali bahawa pelajar ipg berfikiran jumud dll. Sudah-sudah la meletakkan pelajar ipg sebagai sasaran. Rezeki masing2, terima dan hadapi realiti.

Tanpa Nama berkata...

Jadi kalau tak dapat redha jak la jangan nak pot pet pot pet lahabau

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kpd semua cikgu sekalian....
saya mohon ampun dan maaf kpd semua cikgu2 sebelum saya memulakan penulisan.
saya ingin meluahkan rasa sedih sebagai sebagai seorang pelajar. Alangkah sedihnya dihati saya sebab saya merupakan seorang pelajar sekolah swasta. disekolah saya ada seorang cikgu yang sanggup keluarkan cost sendiri untuk smbung belajar sebagai sorang guru di salah sebuah IPTS di Malaysia. Saya bangga sebab jadi anak murid beliau. Beliau tak pernah berkira masa dalam mendidik kami. bahkan beliau x pernah langsung sebut nak jimatkan duit atau elaun di IPG atau PTPTN atau sebagainya. semasa tahun 2017 (dapat anak ke 2), guru tersebut sanggup datang menagajar kami pada hari sabtu dengan bawa baby yang masih menyusu badan. Ada parents yang bayar tetapi beliau kata biarlah beliau x sehebat cikgu IPG / IPTA, beliau hanya nak kan doa supaya mudah laluan beliau ke syurga Allah. Tapi apa yang saya lihat dalam blog ni...cikgu2 saling berdebat isu2 yang memang penting tapi agak mengenepikan kami (pelajar). cikgu minta kami supaya berakhlak tapi ckgu2 sekalian bertelagah dan ada bahasa yang kurang sopan. maafkan saya cikgu2 sekalian.
Wassalam.

Nfyda30 berkata...

Assalammualaikum,kalau spm dapat 4A+ and salah satunya adalah subjek Sejarah..Agak" ada chance tak nak apply IPG untuk opsyen Sejarah ni? Mohon penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

Masuk la Ipg. 7-8 subjek kelas 7.30 balik 4.30 tk cukup hour kena ganti kelas. Program hari sabtu. Oi aq pun nyesal masuk ipg. Hidup tk sebebas universiti mak ko ijo. Nak elaun make sure peraturan sama cm ipg ler ketat sendat bulat. Last but not least, park you melayu kuat dengki

Unknown berkata...

slm..akak nak share ya..kalau ade yg minat program under USPSI PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole

Cikgu Am berkata...

Padan muka tak dapat ipg, lepastu jealous. Dengki melayu memang takkan habis. Ehh kami student yang dipilih lah, bukan cikai2.

Tanpa Nama berkata...

Maktab tu kn Ade Ujian fizikal tu,klau Saya mmg tk lepas la..so Cara lain ialah Sambung education di ipta lain..walaupun tempoh Masa lebih pnjng dri ipg,Itu je satu2 nya jln nk amik education..