Jumaat, 20 Ogos 2010

Pengetua 'rasis': TPM arah pasukan petugas

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata, terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

"Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.

"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing," katanya merujuk kepada laporan polis oleh pelajar, ibu bapa dan pengetua itu sendiri.

Muhyiddn juga hari ini mendedahkan bahawa pengetua berkenaan telah memohon maaf.

http://www.malaysiakini.com/news/140637

malaysiakini: 20 Ogos 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keadila patut diberikan kepada setiap warga sekolah.

Walau apa pun saya bersimpati dengan Pengetua berkenaan kerana ucaptamanya telah diheboh-hebohkan ke seluruh negara.

Walau pun saya tidak bersetuju dengan perkataan-perkataan Pengetua tersebut tetapi sepatutnya perkara ini tidak perlu dipolitikkan biarlah Kementerian Pelajaran yang membuat keputusan..