Rabu, 18 Ogos 2010

Penilaian guru cemerlang berdasar hubungan baik tak tepat

2010/08/18

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan ‘bekas guru’, dalam ruangan ini bertarikh 9 Mei lalu bertajuk ‘Jemaah Nazir wajar semak guru cemerlang’.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) diamanahkan untuk mentadbir urus hal berkaitan penilaian calon guru cemerlang dan pemantauan guru cemerlang.

Dakwaan sesetengah guru memperoleh markah tinggi dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) asalkan menjalin hubungan baik dengan penilai tidak tepat.

Aspek lain yang dinilai JNJK ialah keterampilan profesional, pengurusan kurikulum, peranan dalam aktiviti bukan akademik, keperibadian dan pembabitan guru terbabit dalam bidang kepakarannya di peringkat antarabangsa, negara, daerah dan sekolah.

Nazir penilai juga akan menemubual pengetua atau guru besar, guru penolong kanan, ketua panitia, guru dan murid bagi mengesahkan kepakaran calon.

Data kekosongan kuota guru cemerlang gred DG44 di sekolah rendah dan menengah yang diberikan juga tidak tepat. Kuota kekosongan yang diiklankan pada 25 Jun 2010 bagi gred DG44 sekolah rendah adalah 1531, manakala sekolah menengah 476.

Saranan ‘bekas guru’ supaya kuota guru cemerlang gred DG44 lebih banyak di sekolah rendah berbanding di sekolah menengah tidak bersesuaian kerana bilangan guru DG41 lebih ramai di sekolah menengah. Data terkini guru cemerlang DG44 di sekolah menengah (5379) dan sekolah rendah (7137).
JNJK amat prihatin isu berkaitan kualiti guru cemerlang bagi memastikan mereka berupaya mengekalkan kecemerlangan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 18 Ogos 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemberian Guru Cemerlang DG44 tidak perlu dipertikaikan.Memang benar Jemaah Nazir datang ke sekolah memantau Guru-Guru Cemerlang DG44 dan guru-guru yang terlibat pula kena menyediakan bahan-bahan yang diperlukan..Tak payah ceritalah banyak bahan..

Tapi pemberian markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)memang 'BIAS" oleh Pengetua. Bukan semua Pengetua begitu hanya segelintir sahaja Pengetua yang tidak profisional.Keadaan ini ditambah lagi dengan sikap Pengetua hanya melibatkan seorang Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran sahaja yang menilai guru-guru di sekolah dan tidak melibatkan dua atau tiga lagi Penolong Kanan yang setaraf. Sepatutnya demi keadilan guru-guru semua (DG41)sepatutnya keempat-empat PK-PK ini dilibatkan kerana rasionalnya ialah;
1. PK Kurikulum dan Pentadbiran (DG44)selalunya hanya melihat penglibatan guru dalam P & P dan AJK dibawah Pentadbiran.PK Pentadbiran tidak mengurus hal-hal pelajar dan kokurikulum.
2. PK HEM juga mengawal guru-guru dibawah AJK HEM.PK HEM tahu siapa yang bekerja dan siapa yang tidak bekerja.
3. PK Kokurikulum mengurus hal-hal aktiviti luar sekolah yang sekarang ini dipertingkatkan.Penglibatan Guru-guru dalam Kokurikulum hanya boleh dinilai oleh PK Kokum. PK Pentadbiran tidak terlibat langsung atau tidak melibatkan diri. Oleh itu PK Kurikulum tidak boleh menilai guru-guru secara tepat aspek-aspek yang melibatkan kokurikulum seperti kepimpinan,keaktifan,dan lain-lain lagi.
4. PK Petang- mengurus guru-guru disebelah petang.Urusan-urusan guru-guru petang hanya diurus oleh PK Petang dan tidak melalui PK Pentadbiran & Kurikulum.Oleh itu PK Petang(Penyelia Petang) tahu hal-hal guru-guru petang.

Jadi persoalannya kenapa dalam Borang LNPT hanya melibatkan hanya dua orang Penilai sahaja, iaitu Penilai Pertama dan Penilai Kedua sedangkan LNPT adalah jantung guru-guru. Memang penilaian LNPT tidak adil kepada guru. Mana PK Pentadbiran tahu menilai semua aspek guru-guru dengan tepat kalau tidak ada perbincangan dengan PK-PK.Yang sangat menghairankan ialah PK-PK ini sama taraf DG44 tetapi hanya PK Pentadbiran sahaja yang diberi hak menilai...Siapa yang salah? Jadi adalah seorang dua guru yang mendapat cemerlang hanya berdasarkan guru-guru ini rapat dengan PK Pentadbiran dan Pengetua walau pun prestasi mengajarnya boleh dipertikaikan termasuk tidak menyediakan RPT dan RPH.

Jadi soal LNPT Guru-Guru Cemerlang itu tidak perlu dipertikaikan memang dinilai dengan betul tetapi LNPT guru-guru lain di sekolah tersebut tidak tepat, bias dan jauh tersasar daripada guru-guru yang sepatutnya cemerlang dalam tugas mereka.