Isnin, 16 Ogos 2010

Mengamuk ibu khalwat

Oleh Zuliaty Zulkiffli

2010/08/16

JITRA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berang apabila mendapati ibunya dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) di rumah mereka di Taman Teja, Changlun di sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun dia ditenteramkan penguat kuasa yang melihatnya dalam keadaan marah.


Sebelum kejadian, remaja itu tidur dalam bilik di rumah itu sebelum dikejutkan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di situ.


Ibu remaja itu, ustazah berusia 40 tahun yang mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah itu dicekup berkhalwat dengan seorang kakitangan kerajaan yang sudah berkeluarga.


Sumber berkata, anak lelaki wanita itu langsung tidak mengetahui ibunya membawa masuk lelaki berkenaan pada hari kejadian.


Katanya, wanita itu dikatakan sudah lama menjanda dan mengenali lelaki itu yang sudah berkeluarga itu sejak beberapa bulan lalu.


“Wanita itu berasal dari Kampung Pulau Nyior, di sini juga pemilik rumah berkenaan, manakala pasangannya berusia 50 tahun berasal dari Langgar, Alor Setar.


“Kami terpaksa menunggu kira-kira 20 minit kerana pemiliknya enggan membuka pintu sehingga memaksa kami menggunakan alat pembesar suara sehingga mengejutkan jiran berhampiran,” katanya.

myMetro: 16 Ogos 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat kasihan dengan anak..tetapi saya benci dengan ibunya..Apa sudah jadi dengan masyarakat hari ini? Pakaian hanya hiasan semata-mata bukan menunjukkan kealiman..kefahaman agama tetapi sebaliknya menunjukkan pemberontakan dalam jiwa yang dayus...