Jumaat, 6 Ogos 2010

Kementerian tidak perlu beri cuti tambahan Hari Raya

MINGGU depan seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Mungkin ada ibu bapa yang membuat persiapan untuk bercuti raya akan menghadapi masalah untuk mengambil cuti kerana anak-anak akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula pada 21 hingga 23 September 2010.

Masalah yang saya maksudkan ialah:

* Cuti penggal persekolahan: 11/12 September 2010

* Hari Raya Aidilfitri: 10 September 2010

* Sekolah dibuka: 12/13 September 2010

* UPSR: 21-23 September 2010

Kalau dilihat, mungkin keluarga yang tidak mempunyai anak-anak yang menduduki UPSR berasa cuti raya mungkin tidak mencukupi bersama-sama keluarga di kampung.

Mungkin ada pihak akan cuba mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk memberi cuti tambahan hari raya, dan mungkin lebih kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Sehubungan itu, sebagai bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR mencadangkan tiada cuti tambahan diberi. Alasan saya adalah untuk membolehkan murid-murid Tahun Enam lebih fokus dalam masa seminggu sebelum UPSR daripada mereka berseronok di kampung.

Guru-guru sekolah Tahun Enam mungkin risau jika cuti tambahan diberi kerana guru-guru akan cuba memberi tumpuan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar dalam minggu terakhir tersebut.

Mungkin cadangan saya ini akan menimbulkan pro dan kontra. Terpulanglah kepada Kementerian Pelajaran mempertimbangkan dalam situasi menang-menang.

Ahli PIBG

Kuala Lumpur


Utusan Malaysia Online: 6 Ogos 2010

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yalah kasian guru-guru tahun enam yang membuat pecutan akhir pelajar UPSR

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya bila konsep sebenar UPSR tak difahami. Kementerian pun satu, lain kali...bila nak buat takwim cuti, fikirlah dgn akal yg lebih jauh ke hadapan.

Apa salahnya, anjakkan cuti dan tarikh UPSR mengikut kesesuaian.

Tak kanlah itu pu kami cikgu biasa nak ajar? maaf jgn marah..... sekarang ni CRK utk guru sudah dibekukan utk guru-guru sempena hari raya. Maca polis dgn JPJ pulak.

Tanpa Nama berkata...

Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan (Sabah dan Labuan) dan Hari Gawai (Sarawak) ada cuti peristiwa. Hari Raya Aidilfitri?

Long Live Sacred Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

salam...
sy setuju...sedangkan pihak kementerian yang tetapkan tarikh tu...sepatutnya mereka perlu berfikir jauh tentang masalah tersebut...tambahan pula masalah ini boleh dikatakan hampir setiap tahun terjadi...walaupun kami guru2 di Malaysia ni dh buat "AKU JANJI", tapi kami pun ada keluarga juga...sbg contoh, sy orang utara, tp sy keje ujung negeri selatan...nk blk kampung kene ambil masa 8-10 jam...dh tentu ujung minggu sy x berpeluang nk blk kampung menjengah orang tua yg masih ada...hari Sabtu x penah kering dgn aktiviti...bila ada cuti2 mcm ni, sudah tentu mcm2 plan dh dibuat untuk menghabiskan masa bersama keluarga...tapi, bila jadi perkara begini, kami agak terkilan dan sedih...alasan murid UPSR tu mmg x patut dijadikan alasan kerana pihak Kementerian sepatutnya lebih tau akan masalah ini...sedangkan undang2 yg Allah dh tetapkan pun masih ramai yang ingkar...inikan pula undang2 yg ditetapkan oleh manusia...sepatutnya kerajaan lebih prihatin terhadap nasib kami...maaf klu ada yg tidak setuju...salam...

Tanpa Nama berkata...

Saya tak kira. Walaupun tak dibenarkan ambil CRK, saya akan tetap ambil cuti sakit selasa dan rabu.
"1Malaysia, Keluarga diutamkan, murid tetap tidak dilupakan"

cikgu berkata...

kementerian x pikir ke nasib guru pedalaman,3 bulan sekali jumpa mak ayah anak bini,call family sebulan sekali,bila tiba hari raya,cuti guru-guru ni nak disekat2,guru pedalaman,kalu nak mula bertugas hr isnin,hari jumaat mmg dh kene naik flight,perjalanan ke sekolah ambil masa 2-3 hari,kementerian x penah pikir ke bende-bende gitu atau selagi x kene batang hidung anak menteri anak korang sedara korang,selagi tu ler kementerian buat x peduli,ada otak letak kat lutut,maknanya guru2 pedalaman ni naik kapalterbang tinggalkan anak bini hr raya kedua kalu mula bertugas hr selasa,bila masa pulak nak jenguk mak ayah, mertua kat kampung lebih2 lagi yg laki bini berbeza negeri, kalu yg duk jauh tu lg naya, pengorbanan yg macamana lg kementerian tagih dr guru-guru pedalaman ni? sampai nak tgk keluarga bercerai berai ke? harap org kementerian yg buta perut ni termasuk pak menterinya yang samdul2 tu duk kat pedalaman ni seminggu dua,tu pun kalu tahan,makin besar pangkat makin kurang akal tambah lagi buta hati perut otak letak kat lutut

Tanpa Nama berkata...

KESIMPULANNYA.... JAWATANKUASA Yg buat takwim persekolahan 2010 memang bengap.

Tak fikirka....kalau tak diberikan cuti pun, guru-guru tetap akan cuti KECUALI mereka yg lahir kat situ, belajar kat situ, kahwin org situ dan mengajar pun kat situ juga.

Lutfi berkata...

Saya baca komen di atas naik gelak sendiri, itu la luahan sebenar manusia bergelar guru. Belum cuba belum tau.
OK, cikgu2, ustaz2, guru2, sir2, teacher2 mari semua kita berdoa dan solat hajat agar masalah tersebut dapat diselesaikan dgn cara terbaik.
Selamat berpuasa dan beraya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah-marah. Tapi memang ada asas pun semua luahan hati cikgu-cikgu ni. Cubalah KPM renung-renungkan. Nak kata persediaan UPSR - dah setahun sekolah bersedia, pengurus sekolah jangan risau. Insya Allah keprihatinan dan kegembiraan yang diberi kepada semua guru, murid dan ibu bapa pasti akan mendapat balasan yang manis melalui keputusan UPSR nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bahay org gelak sendiri. Kalau tak G**A, mungkin S***L.

Tanpa Nama berkata...

Apalah nak dirisaukan dgn UPSR. Mana ada budak GAGAL dlm UPSR.

Tanpa Nama berkata...

Salam... macam banyak tak kena akhir-akhir ini dalam pendidikan dinegara kita. Pendidikan dah diibaratkan umpama pembaziran bukan lagi pelaburan. Banyak perkara seakan sengaja diperbesarkan di Media apabila melibatkan pelajar. Guru sentiasa disalahkan. PTK pula dikenakan sekatan, kenapa tidak semua sektor kerajaan lain diberi syarat begitu. Walaupun bilangan pendidik ramai ianya masih tidak mencapai separuh daripada jumlah kakitangan kerajaan dinegara ini. sekatan yang dibuat menyekat kemajuan guru. Berbanding sektor lain untuk kenaikkan gred, guru terpaksa menunggu sangat lama. Begitu juga dengan kenaikkan gaji.. polis dah naik gaji, dengar kata tentera pun dah keluarkan skim gaji baru... cikgu??? masih juga dipinggirkan... Cuti hari raya pun sama... memang ada yang tak kena dalam perancangan takwim tahunan... Tolonglah... Tan Sri Menteri dan Timbalan Menteri... banyak perkara yang perlu diperhalusi dalam pendidikan dinegara kita masa ini. Memansuhkan UPSR dan PMR bukan lagi menjadi agenda utama. Memang negara kita perlukan anjakan dalam kurikulum pendidikan, tetapi pemansuhan bukan cara terbaik. Mentaliti pelajar kita masih belum dapat ketahap itu.

Tanpa Nama berkata...

cubalah fikir kesulitan guru-guru yg brkhidmat jauh di sabah dan sarawak. lain kali rancanglah betul2 cuti perayaan kerana ia lebih penting dr cuti penggal. kerana bukan smua guru besar dan pgetua yg brmurah hati menggantikan hari prsekolahan ke hari sabtu. kasihanilah dan fahamilah kami yg brkhidmat jauh di borneo.

Tanpa Nama berkata...

jangan jadikan upsr alasan untuk tidak bagi cuti kerana ibu bapa sudh sedia maklum anak2 yg akan mghadapi upsr pastinya akan diberi prsediaan awal. bagilah peluang guru bgembira di hari raya...

Tanpa Nama berkata...

salam..yang salah dalam hal ni ialah kementerian kita ni la...nama je kementerian pendidikan, tapi macam tak de pendidikan..profesional??bab kerja nak profesional, bab fail nak profesional, bab pakaian nak profesional..bab kebajikan??Hampehh!!! korang tak setuju ngan aku ikut korang la...tapi kok dikaji2 memang kementerian kita pada hari ini makin lama makin hampeh..makin lama makin hampeh..Hampeh! Hampeh ! Hampeh!!! Bab rancang cuti ni, bende dah ada dlm kalendar, ada takwim, patut rancanglah awal2..tahun lps pun camni gak..apa la bengap punya kementerian ni..ingat korang umum cuti last minute tu baguih ka? Suprise koghok hang!! tak pikir ke orang nak beli tiket kapal terbang, tiket bas, ngaja kat pedalaman macam aku nih....Eee..korang pikir la sendiri..harap pengarah? ikut je la cakap orang, orang kata baguih blaja mt sain dlm BI hang ikut, bila orang lain kata tak baguih, kena blaja dlm BM, hang ikut..apa la!!takde pendirian betul.. malu ku ada bos macam nih..sebab orng macam ni la kementerian ini jadi haru biru...ok la ..mintak ampun maaf la pada semua yang baca luahan hati aku ni, memang aku bengang...salam..selamat menymbut ramadan al mubarak..

kamek berkata...

kesian pd cikgu2 di sbh dan srwk.dah la tiket flight mhl..pastu cuti pun bnyk pindaan.menyusahkan btl.last minute kalo beli tiket for sure la lebih dari rm250 one way.hrp2 pihak yg berkaitan take note kesulitan yg dihadapi oleh guru2 berkaitan cuti ni.kalo dr borneo ke tnh smjg tu leh pakai jln darat tak la kamek gago mcm tok..

Tanpa Nama berkata...

Penting sangat ker UPSR ni ... Cikgu sekolah rendah ni hebatnya kerana UPSR ajer ... tapi sahsiah murid terabai. Kerana UPSR, PJ terabai, Pend Seni terabai .. Yer lah "TAKUT" budak tak lulus. Kekadang budak tak lulus tu lah yang menunjukkan kecemerlangan dalam hidup duniawinya. Cikgu SPM relax ajer, tak sibuk2 pun. SPM tulah yg menentu hala tuju kerjaya, UPSR tak ada apa-aper pun, SIJIL UPSR tak laku dah skrg ni utk kerjaya.

Tanpa Nama berkata...

mcm mana dgn nasib guru2 di sabah dan sarawak????
tiket pun tak beli lagi...kerana takut dipinda lagi...bukan murah rega tiket tu...lain la ada alternatif lain boleh terbang balik ke semnjg...ni satu2nya pengangkutan adalah flite...
ni la masanya nak jumpa family dan sedara mara...
kenapa kementerian tak fikir awal2 masalah ni

Tanpa Nama berkata...

minta pihak berkenaan tolongla buka mata dan fahami serta letakkan diri anda menjadi kami apa yang anda rasa. berjauhan dari keluarga, contoh seperti saya yg kerja di selatan dan keluarga di pantai timur. Dahla cuti minggu tak sama, nk balik pun masalah.. hanya cuti panjang sahaja dapat berjumpa, sekarang cuti hari raya pun menjadi masalah. Lebih dari separuh cikgu2 adalah beragama islan dan meraikan hari raya, tapi kenapa seolah2 nasib kami ni tak terbela dan dipinggirkan. Dahla mintak tukar pun tak dapat2, nak cuti pun jadi isu besar. Tak faham betul dengan orang2 bijak pandai n mempunyai jawatan tapi buta mata hati ni. Harap allah bukakanlah mata hati manusia macam ni. Tak fikir kesusahan org lain.

Tanpa Nama berkata...

senang jaaa tuuu ... kita tukarkan jaa kerajaan next PRU ,, abis cita .. biar mneteri bengap tu kempunan jd PM ,, .. dia tengah seronok berangan nak gantii PM ... sebusuk2 Pas pun rasanya lebih berakal bila berkaitan isu org Islam menyambut hari Kebesaran .

Tanpa Nama berkata...

apa nk jd dgn pendidikan malaysia skrg? yg lbih ptg SPM ....jd mcm thun lpas, last minit beri cuti...ksian utk cikgu2 yg btgas jauh2..nk blik tgk mak ayah bknnya senang utk hari biasa...fikir2 kan wahai pihak yg btanggungjawab....tolonglh lebih prihatin....

Tanpa Nama berkata...

alah sekali dalam berapa tahun ntah.....yg cikgu dapat cuti berbulan-bulan bergaji sebelum ni x nampak ker???

Tanpa Nama berkata...

ko ingat cuti berbulan2 jaa ,,, yg dtg sabtu , kokum sebelah petang @ bawa murid ikut xtxt semua tu kena bayar ? bleh claim Overtime ??
blum lg jumpa mak bapak yg lupa dia sendiri pernah jd murid punya " peel " ... keja ni laa paling susah klau ko nak tauuu ... dolll

cikgua berkata...

yg cuti berbulan2 dlm kalendar tu cuti murid2, guru bercuti sat je, yang menulis komen pun mcm x penah masuk sekolah, atau ilmu yg dituntut tidak diberkati?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...saya cikgu yang berkhidmat di sarawak yang berasal dari semenanjung ingin memohon jasa baik KPM untuk memberi cuti gantian kepada sekolah harian pada 15hb sept dan 17hb sept..kami rasa tidak adil hanya sekolah berasrama mendapat cuti sehingga 19hb sept sedangkan sekolah harian biasa tidak mendapat keistimewaan seperti itu...harap KPM dapat bertindak segera sebelum cuti hari raya menjelma tiba...ditambah isteri saya berada di semenanjung,dapat cuti sehingga 19hb sept...harap KPM dapat bertindak segera...kasihanlah kami warga semenanjung yang menabur jasa di sarawak ini...saya akhir dengan Wasalam

Tanpa Nama berkata...

mmmm...kesian dan klakar cikgu pendalaman meluahkan perasaan...

Tanpa Nama berkata...

i tidak faham...mengapa miri tidak dapat cuti 2 minggu...cuti boleh bagi pelajar upsr buat ulang kaji sendiri...walaupun suruh guru balik dan ajar, mana ada mood sedangkan duit flight ticket perlu dibuang...

Tanpa Nama berkata...

i tidak faham...mengapa miri tidak dapat cuti 2 minggu...cuti boleh bagi pelajar upsr buat ulang kaji sendiri...walaupun suruh guru balik dan ajar, mana ada mood sedangkan duit flight ticket perlu dibuang...

Tanpa Nama berkata...

tolong le bagi cuti kat cikgu2 di malaysia ni. Kata rakyat didahulukan. 2 hari cuti saja bukannya banyak. tak payah ganti pun tak ape.kira burn le...lama dah depa ni dok keje tak kan nak berkira sangat kot

Tanpa Nama berkata...

tu lah....kementerian pendidikan & jawatankuasa yg buat takwim sekolah 2010 ni pun satu.. bengap betul..!tak penah pikir awal2 bagaimana mau merancang takwim sekola yg betul agar tidak menyusahkan guru2 di malaysia ni.cakap brjela2 suruh guru buat itula, buat inila...tapi kebajikan guru2 tak penah ambil peduli.macamana guru mau bermotivasi mau mengajar betul2..kalau ditekan begini..kerja banyak..cuti pun main sekat2.PORRAHH......!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

dah byk kali berlaku cuti raya yg mana cuti diberi secara tiba2 (2009)
Sebelum ni ganti disaat akhir... selepas UPSR ... nak buat apa
Kenapa pegawai2 di KPM tak belajar drp sejarah 2,3 tahun yg lepas