Sabtu, 21 Ogos 2010

Kementerian Pelajaran diminta selaras cuti sekolah sempena Aidilfitri

2010/08/21

SAYA memohon kepada Kementerian Pelajaran agar dapat mengeluarkan tarikh cuti yang selaras bagi sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Saya mempunyai seorang anak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), seorang anak di sekolah harian biasa, tetapi menetap di asrama dan seorang lagi bersekolah di sekolah rendah.

Setiap anak saya ini, mempunyai tarikh cuti yang berbeza. MRSM mengumumkan tarikh cuti daripada 7 hingga 19 September, sekolah harian biasa 4 hingga 13 September dan di sekolah rendah 4 hingga 12 September.

Saya dan suami menghadapi masalah untuk mengatur cuti dan juga jadual pulang ke kampung kerana permasalahan ini. Saya berasal dari Beseri, Perlis, manakala suami dari Johor Baharu.

Kami amat berharap agar Kementerian Pelajaran dapat menyemak kembali tarikh cuti berkenaan dan minta diselaraskan seluruh negara di semua sekolah termasuk MRSM bagi kemudahan ibu bapa dan juga kakitangan pelajaran sendiri.

Saya cadangkan agar cuti sekolah ini bermula pada 4 September ini kerana hampir semua sekolah di seluruh negara kecuali MRSM mula bercuti pada tarikh itu dan dilanjutkan sehingga 19 September kerana cuti umum Hari Malaysia 16 September yang jatuh pada Khamis.

Cuti ini bolehlah diganti pada Sabtu, seperti langkah proaktif yang diambil oleh beberapa sekolah yang menggantikannya lebih awal.
Sambutan Aidilfitri seharusnya tidak sekadar Hari Raya saja kerana pada masa inilah anak-anak dibawa pulang ke kampung untuk bertemu dan mengeratkan silaturahim dengan datuk, nenek serta keluarga yang jauh.

Ini adalah selaras dengan falsafah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya institusi keluarga diperkukuhkan.

HANYA INSAN,
Beseri, Perlis

Berita Harian Online: 21 Ogos 2010

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju supaya cuti diselaraskan.

Saya juga mengharapkan Kementerian Pelajaran supaya menilai dan meneliti secara teliti setiap surat arahan dan pemberitahuan atau panduan supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada guru-guru.

Sejak akhir-akhir ini semacam ada tindakan yang dibuat tanpa penelitian jadi akhirnya surat arahan dan pemberitahuan datang kesekolah yang boleh dipersoalkan

Sebagai contoh surat pemberitahuan cuti tambahan sempena cuti hari raya akan datang terdapat dua surat yang berlainan maksud dan sebelum ini tentang cuti pertengahan penggal.

Keadaan ini akan lebih membingungkan pentadbir sekolah..

Kalau saya, saya langgar je arahan terakhir sebabnya sekolah sudah membuat perancangan lebih awal berdasarkan surat KPM pertama dan guru-guru pula sudah menempa tiket pulang/balik kampung lebih awal. Tiket sudah dibayar mana boleh ubah. Bolehlah kalau pihak-pihak tertentu tolong bayar denda tamaban.

Jadi buatlah penelitian semasak-masaknya....

Tanpa Nama berkata...

KEPADA PANEL YANG MENGGUBAL cuti persekolahan....mungkin tua/puan semua sudah berumur dan tidak ada anak-anak yang masih belajar di
sekolah. Mungkin cuti raya tu tak penting bagi anda.

Bagi kami, cuti ni sangat penting untuk ziarah menziarahi sanak saudara di kampung. Orrg Islam masyarakat majoriti di negara ini. Utamakanlah perayaan kita.

Satu lagi.... tarikh UPSR TU SANGAT TAK SESUAI. HANYA MERUGIKAN MURID SK SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

Kami dah sedar tentang masalah yang akan timbul berkait cuti Raya dan UPSR ni sejak awal tahun lagi. Kita dah bincang dan dah suarakan di semua peringkat. Tapi apa nak buat, orang atas-atas tu tak nak dengar. Bukan kita tak tau bila masyarakat bising, baru nak bagi arahan. Sudahnya sekolah yang kelam kabut. Lepas ni kita tengok kekalutan cuti Raya Haji pulak....

Tanpa Nama berkata...

Orang tengah tunggu pencen mana nak fikir semua tu. Mereka asyik buat duit dan kira hadiah persaraan disamping pasang strategi apa akan dibuat selepas pencen. Benda-benda cuti tu no 2 bah.

Tanpa Nama berkata...

hi..kawang, awak ni ah sabarlah.Kerja bukan satu je..Banyak lagi kerja selain dari kira cuti.

Tanpa Nama berkata...

cuti lama2 pun nak wat per...teruk btol org skrg...smua krajaan salah...penting diri sendiri jer..kaum lain cuti 1 hari jer raya...

Tanpa Nama berkata...

BETUL TU.. SAYA SOKONG KAU KERJA AJELAH PADA HARI RAYA. BUAT APE CUTI. KAU TAK PAYAH BERDUNIA DGN ORG.

Tanpa Nama berkata...

Hoi...guru-guru janganlah k bising pasal cuti.Aku taulah kamurang tu saje mau kacau.

Bagus kaurang fikir bikin duit tanpa fikir cuti. main FOREX..lah baru tidak rasa ada cuti ke tiada cuti ke sebab kita main waktu malam je..

Tanpa Nama berkata...

MALAUN mana sesat masuk ke sini?????

Tanpa Nama berkata...

Agak-agak ada nak buley cuti sampai 19 tu? Ish, dah janji org tua balik kampung raya. teruk ler lepas raya jammed giler nak balik alor setar balik. sakit jiwa dibuatnya.

ni yg ramai cikgu sakit jiwa tapi tak sedar ni. huhuhu

ahmadrahmat berkata...

orang atas kat kementerian sekarang kebanyakan dari kalangan PTD..mana dia orang tahu sgt hakl2 sekolah. Gatal sgt nak masuk ke kementerian dan jabatan..padahal tak pandai buat kerja...boleh blah la PTD