Rabu, 25 Ogos 2010

Najib umum duit raya untuk petugas awam dan pesara

2010/08/25

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.


"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama


myMetro: 25 Ogos 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan terima kasih khususnya PM dan Kerajaan Malaysia kerana prihatin terhadap keperluan kakitangan perkhidmatan awam.

Tapi kalau di selaraskan gaji guru-guru siswazah khusunya guru-guru ExPPPLDDGA29/DG41 yang sangat kerugian semasa semakan pada 01.07.2007 ..lagilah kami berterima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Bagi guru-guru PPPLD yang mula bertugas pada ...,1979 dan ... Adakah telah terlunas kerugian yang kita alami selama ini???

Sempena bulan penuh barakah ini kita mohon Allah ampunkan mereka yang menguruskannya ... Amin,