Jumaat, 6 Ogos 2010

Elaun SPM: Penjelasan Kementerian Pelajaran

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS "014-676XXXX" dalam ruangan ini pada 14 Julai 2010 iaitu ''Saya kesal kerana sehingga kini elaun pengawasan SPM tahun 2008 di Pusat SMK Bugaya masih belum dibayar oleh Lembaga Peperiksaan. Di mana silapnya?"

Untuk makluman, elaun pemeriksa kertas diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan dan elaun pengawas diuruskan oleh Jabatan Pelajaran negeri masing-masing.

Kementerian melalui Pejabat Pelajaran Daerah Tawau (PPD Tawau), Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPN Sabah) telah menjalankan siasatan ke atas perkara ini. Didapati borang tuntutan pengawas di Pusat HJ 203 SMK Bugaya, Semporna yang terdiri daripada 131 calon dan 8 orang pengawas peperiksaan (termasuk seorang ketua dan seorang timbalan) tidak diperolehi.

Sehubungan itu pihak PPD Tawau telah berhubung dengan sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN Sabah untuk merujuk kepada perkara ini sama ada tuntutan tersebut telah dibayar oleh pihak (SPP).

Untuk makluman, PTJ Akaun Amanah ini telah mula di bawah kawalan PPD Tawau pada Jun 2009.

Semua borang tuntutan pengawas dan perjalanan SPM 2008 pada awalnya dihantar ke SPP Kota Kinabalu oleh mantan Ketua Unit UPP Daerah Tawau, kemudian dihantar semula ke UPP Daerah Tawau.

Pihak PPD Tawau memohon agar penulis menghubungi secara terus Pejabat Pelajaran Daerah Tawau di talian 089-778102.

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pelajaran Malaysia


Utusan Malaysia Online: 6 Ogos 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang pembayaran mengawas Peperiksan SPM bagi Sabah bermasalah bukan setakat di Tawau sahaja malah seluruh Sabah, tidak tahu kalau di Semenanjung.Bayangkanlah selepas 6 hingga 7 bulan peperiksaan SPM berlalu elaun belum keluar, bahkan ada yang lebih satu tahun pun belum di bayar. Macam mana guru mau memberikan komitmen kalau macam tu. Kita tidak faham dimana silapnya sama ada ketua pengawas lambat hantarke, PPD lambat ke atau JPN ke????Tapi dulu-dulu 90an semua ini tidak berlaku melainkan masalah daripada Ketua Pengawas yang lambat hantar. Sekarang dunia makin cangih semakin lambat pula pembayaran. Siapa mau jadi pengawas kalau macam tu, sudahlah kadar elaun rendah lambat lagi. Cubalah buat macam STPM ada software sendiri, siap peperiksan hantar ke PPD kemudiaan hantar ke JPN selepas 1 bulan sudah masuk dalam akaun. itu barulah..Cun..

nini berkata...

elaun perbatuan spm 2009 di kawasan kuala lumpur pun masih ada yg tak dapat..kami hanya mampu tunggu dan lihat saja..spm 2010 bakal menyusul tp bayaran tahun lepas pun tak dijelaskan lagi.. kami terpaksa keluarkan belanja lebih pada bln nov dan dis 2009 untuk perjalanan ke tempat exam dan juga bayar pengasuh anak.. apa dah jadi? kenapa kebajikan guru diabaikan? dgn kos yg tinggi di kl ni kami betul2 tertekan dgn masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

kalau juga penbayaran pengawasan spm tidak dibayar, kenapa edar borang claim, adakah borang itu mengaburi guru-guru untuk menjaga peperiksaan berkenaan. cubalah keluarkan pekeliling sukarela kepada guru untuk menjaga peperiksaan, tidaklah guru yang menjaga peperiksaan mengharap sangat.