Isnin, 9 Ogos 2010

Calon isi kekosongan Pengetua Gred DG52 perlu penuhi syarat

2010/08/09

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada aduan 'Guru lama di SBP, Perak', dalam ruangan ini pada 29 Julai lalu bertajuk 'Pengajar SBP kecewa JPN ketepi senior untuk naik pangkat'.

Aduan itu menyebut ‘rata-rata guru senior ketinggalan dalam proses kenaikan pangkat berbanding guru di sekolah harian, setiap kali ada kekosongan jawatan pengetua di SBP, orang yang akan mengisi jawatan adalah pengetua dari sekolah harian’.

Untuk makluman, pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan Pengetua Gred DG52 adalah berdasarkan cadangan daripada Pengarah Bahagian/ Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dengan persetujuan Ketua Pengarah Pelajaran.
Calon yang boleh dicadangkan bagi pengisian jawatan ini adalah di kalangan calon yang sudah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) dalam urusan pemangkuan daripada Gred DG48 ke Gred DG52 atau pun oleh calon Gred DG52 hakiki.

Ini bermakna jika Guru Penolong Kanan Gred DG48 itu termasuk dalam senarai yang diluluskan LKPPP untuk pemangkuan daripada Gred DG48 ke Gred DG52, maka beliau boleh dicalonkan oleh Pengarah Bahagian/ JPN untuk mengisi jawatan Pengetua Gred DG52 yang kosong.

Bagi laluan kenaikan pangkat guru cemerlang, ia tidaklah terhad hanya kepada guru dari sekolah harian saja, tetapi terbuka kepada semua guru di sekolah seluruh negara.

Bagi melayakkan seseorang calon memohon guru cemerlang, calon perlulah memenuhi syarat umum dan syarat khusus ditetapkan dalam iklan semasa yang dikeluarkan jemaah nazir dan jaminan kualiti (JNJK) serta diperakukan ketua jabatan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran


Berita Harian Online: 9 Ogos 2010

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati terutama bagi guru-guru yang dinaikan pangkat dari DG41 ke DG44.Sekarang ramai guru dari PPPLD/DG41 yang naik pangkat ke DG44 tidak memegang jawatan hakiki di sekolah sedangkan banyak lagi jawatan-jawatan kanan di sekolah-sekolah di luar bandar yang masih kosong. Ada pula yang pelik dimana PK Pentadbirannya DG41 (tidak cukup 10 tahun) dikekalkan jawatan Penolong Kanan Pentadbiran manakala guru-guru senior yang naik pangkat DG44 hanya guru biasa . Jadi macam Keluarga 69.

Tanpa Nama berkata...

Masalah Utama dalam Kenaikan Pangkat KPM ialah BSM tidak mempunyai data yang tepat tentang kekosongan jawatan di sekolah/PPD/JPN/Bahagian. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan tiada usaha bersungguh-sungguh BSM untuk mendapatkan data tersebut atau BSM menganggap mereka sahaja boleh menentukan bila jawatan yang kosong itu boleh diisi. Kadang-kadang BSM juga menggunakan alasan kelewatan dan kelembapan JPA dalam meluluskan perakuan kenaikan pangkat sebagai alasan mengapa jawatan kosong tidak diisi, sebagai contoh kekosongan pengetua DG52 tidak diisi kerana kebanyakan negeri tiada lagi senarai nama guru yang layak sedangkan BSM berkeras tidak akan membuka zon kerana berpendapat mereka boleh memindahkan guru yang layak ke negeri2 yang mengalami kekosongan. Jika difikirkan secara rasional guru-guru DG48 yang layak ke DG 52 sudah tentu guru yang sangat senior dan bergaji maksimum, sudah tentu mereka akan menolak tawaran perlantikan jika ianya melibatkan perpindahan negeri yang melibatkan kos yang banyak sedangkan kenaikan pangkat hanya melibatkan pertambahan gaji dan elaun sebanyak RM300.Cadangan 1 saya ialah membuka zon DG52 dan DG 48 hakiki dengan segera dan pengisian jawatan kekosongan DG48 hingga DG52 mengikut negeri manakala DG54 ke atas sahaja melibatkan persekutuan. Cadangan kedua saya ialah Ketua Sektor Pengurusan JPN perlu dipanggil dalam mesyuarat kenaikan pangkat bersama-sama dengan Pengarah dan Ketua Sektor K2P JPN .Jika tidak sampai tahun 2020 pun masih ada coretan-coretan pada dada akhbar nasional tentang ketidakpuasan hati guru terhadap kenaikan pangkat. daripada Niat Membantu

Tanpa Nama berkata...

Sangat sedih kebanyakan kekosongan jawatan diisi dengan menawarkan kepada kawan-kawan mereka tanpa melihat seniority guru. Siapa kawan baik pengetua walaupun dari daerah lain boleh ditarik menjadi Penolong kanan. Wahai, inilah dunia kroni.

Tanpa Nama berkata...

Guru dg 48 tidak ditawarkan memegang penolong kanan pentadbiran dengan pelbagai alasan diberi oleh EN SUP.., Pegawai PPD Pasir Gudang tetapi sebaliknya tawarkan jawatan kosong kepada kawan-kawan. Inilah kesedihan sebagai seorang guru senior di sekolah Menengah.

Tanpa Nama berkata...

PPD jangan pula memilih kawan-kawan yang mulut popular tetapi pilihlah orang yang kerja bersih dan jujur.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju...biar pilih yang terbaik. Akhirat kau jawabla nanti.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah fed up dengan segala kronisme melibatkan kenaikan pangkat...hilang semangat.

Tanpa Nama berkata...

Sekadar pandangan, syarat NPQEL yg dijadikan syarat untuk memohon jadi pengetua adalah baik. Tapi perlu difikirkan dahulu, terutama guru2 yang tiada NPQEL tetapi telah menjawat penolong kanan hampir 20 tahun perlu diambilkira. Pengalaman mentadbir juga perlu diambil kira sebagai syarat pencalonan pengetua. Adalah lebih baik lantik dahulu barulah tawarkan kursus NPQEL.Banyak kebaikannya,pertama jika sudah berjawatan pengetua bila berkursus tidaklah banyak pelajar ketinggalan, kerana pengetua hanya mengajar matapelajaran bukan peperiksaan spt SIVIK dan bilangan waktu yang sedikit. Kedua, bila sudah jadi pengetua selepas berkursus segala ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan di sekolah berbanding dengan penolong kanan atau guru biasa yang ambil kursus NPQEL, Ketiga jika calon2 yang ada NPQEL diutamakan tanpa memgambilkira kekananan dalam perkhidmatan takut hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan guru2, dan yang dipersalahakan ialah orang2 atasan khususnya di KPM, JPN, PPD dan sekolah

Unknown berkata...

Saya juga diketepikan dengan GPK hakiki sekolah telah turun gred pada masa saya DG44. Sehingga 2 tahun tunggu mendapat peluang menjadi hakiki, sekarang alasan pula kerana mendapat DG48 pada tahun lepas. Apakah kesalahan saya sedangkan sebenarnya ialah GPK HAKIKI dan telah dijadikan mangsa kerana sekolah turun gred. memandangkan rakan lain yang junior semua dapat ditawarkan menjadi GPK HAKIK,tambahan pula mendapat DG48 adalah timebase. Begitu kecewa dan sedihnya dalam hati.