15,000 guru ada sijil, diploma patut naik gred: NUTP
Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
mencadangkan kira-kira 15,000 guru lepasan sijil dan diploma perguruan
yang berkhidmat lebih 35 tahun dipertimbangkan untuk kenaikan ke gred
DG41.
Ia dianggap wajar berdasarkan pengalaman dan jumlah tahun mereka berkhidmat sebagai menghargai jasa guru berkenaan.
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berpendapat adalah wajar pengalaman
perkhidmatan guru terbabit dijadikan sebagai asas untuk kenaikan gred
dan bukannya mengutamakan kelayakan akademik.
“Walaupun sudah
berkhidmat lebih 35 tahun, NUTP mendapati ada sebilangan guru yang masih
kekal di gred DG34 dan DG38 kerana kenaikan (gred) adalah berdasarkan
kelayakan akademik.
“Jika mahu dilihat dari segi kelayakan
akademik, kita berasakan tidak wajar kerana segelintir mereka sudah
berusia lebih 50 tahun dan ada juga yang hampir bersara,” katanya kepada
BH, semalam.
Mac tahun lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran meningkatkan had usia
pemohon Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada 45 tahun kepada 47
tahun untuk mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah
memiliki ijazah menjelang 2015.
Syarat mohon ke PPG
Sebelum itu, syarat
bagi permohonan ke PPG tidak melebihi 45 tahun, selain memiliki Diploma
Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan dan tidak berdaftar dengan
mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan tajaan
kementerian.
Hashim berharap Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan cadangan itu yang sudah dipanjangkan kepada JPA, baru-baru ini.
“Tempoh perkhidmatan lebih 35 tahun adalah satu pengalaman cukup luas
selain warga pendidik itu juga sudah menghadiri pelbagai kursus
berkaitan perguruan. Kita melihat pengalaman itu cukup wajar untuk
mereka menikmati kenaikan gred,” katanya.
Beliau berkata, NUTP
juga akan mengemukakan syor itu kepada Suruhanjaya Khas Mengkaji
Transformasi Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan kerajaan bagi mengkaji
secara komprehensif perkhidmatan awam negara.
Berita Harian Online: 7 Julai 2012
Sabtu, 7 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
apa salahnya x ada ijazah nak naik gred? tahukah kalian, guru2 yang tidak mahu sambung belajar atas alasan malas esp di sekolah saya amat berharap berita2 seperti ini. mereka juga selalu memperleceh guru yang sambung belajar, kerana pada pandangan mereka, lambat laun mereka akan naik juga secara anugerah/free seperti yang dicadangkang si ADNAN ni.
TAJUK PAPER PUN SALAH....ISI KANDUNGAN KENYATAAN PUN SALAH...
KALAulah benar apa yg dinyatakan oleh Presiden KPPK, saya sbg ahli berasa amat malu krn beliau TIDAK FAHAM skim Siswazah & Bukan Siswazah.
MEMANG TAK BOLEH, kelulusan bukan ISM dan masuk skim Siswazah. Jgn bagi malu Adnan......
Catat Ulasan