PAGOH 19 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan belum ada
sebarang keputusan dibuat terhadap cadangan membenarkan pelajar
membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu hanya salah satu
cadangan yang diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin peringkat
Kementerian Pelajaran yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Dr. Wee Ka Siong beberapa minggu lalu setelah mengambil kira
perkembangan teknologi terkini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini ramai
yang memberikan pandangan mengenai pro dan kontra cadangan tersebut dan
semua maklum balas itu akan diteliti dengan terperinci sebelum
keputusan mengenainya dibuat. - UTUSAN
Utusan Malaysia Online: 19 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Seandainya jika dilarang membawa telefon kedalam kelas lebih baik dimatikan agar tidak menganggu aktifitas belajar. Agar pendidikan berjalan dengan sempurna
Catat Ulasan