Sabtu, 21 Julai 2012

Guru lega belum ada keputusan lagi

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang memaklumkan masih belum membuat sebarang keputusan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah melegakan guru di seluruh negara yang tidak mahu pelajar mereka ‘rosak’.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan berkata, pihaknya percaya penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah pada masa ini hanya membawa banyak keburukan berbanding kebaikan dan kerana itu enggan ia dibenarkan.

“Kami gembira kerana Timbalan Perdana Menteri berkata masih membincangkan lagi cadangan itu di peringkat Jawatankuasa Disiplin Kementerian Pelajaran, bermakna kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak yang mahu hal ini dikaji secara menyeluruh.
“Kajian lebih mendalam perlu dibuat jika benar kementerian mahu menguatkuasakannya kerana kami berpendapat, lima juta pelajar yang masih bersekolah belum mampu untuk menggunakan telefon dan gajet elektronik lain dengan baik.

“Penggunaannya lebih-lebih lagi di sekolah hanya membawa kepada masalah sosial, gangguan struktur komunikasi kerana kurangnya interaksi selain cenderung tidak memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan, Muhyiddin dipetik sebagai berkata, kerajaan belum menerima laporan mengenai cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana masih dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Disiplin Peringkat Kementerian Pelajaran.

Katanya, satu daripada subjek dibincangkan jawatankuasa itu sejak beberapa minggu lalu ialah penggunaan telefon bimbit serta iPad di sekolah dan ketika ini ia masih dibincangkan dan belum dibawa ke pengetahuannya untuk bersetuju atau menolak cadangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, kerajaan juga perlu menilai kewajaran tindakan pemerintah negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Singapura yang hingga kini enggan membenarkan alat teknologi komunikasi itu digunakan pelajar di pekarangan sekolah.

myMetro: 21 Julai 2012

3 ulasan:

guru lama berkata...

kalaulah pelajar dibenarkan membawa handphone ke sekolah, saya percaya 100% masalah disiplin akan bertambah-tambah dan kawalan ke atas premis sekolah akan menjadi rumit. Antara kemungkinan-kemungkinan yang pasti akan berlaku adalah;-

1. Pelajar akan asyik menggunakan handphone walau pun ada guru di hadapan.
2. Jika berlaku pergaduhan pelajar maka pasti orang luar akan mudah dihubungi dan ini akan menambahkan beban guru disiplin
3. Akan berlaku rakam-merakam antara satu dengan lain. Membuli pelajar
4. Handphone akan digunakan menguggut pelajar perempuan atau pelajar lelaki yang lebih lemah.
5. akan berlaklu rakaman yang tidak dibenarkan dalam sekolah

6. dan lain-lain lagi


Jika kerajaan memutuskan membenarkan pelajar membawa handphone ke sekolah, maka bersedialah semua menghadapi keadaan di sekolah dan jangan salahkan guru jika berlaku keadaan seperti yang saya nyataka ndi atas

Cuma saya ingin memaklumkan kepada Menteri, timbalan-tibalan Menteri, pengarah dan ibubapa...begini

Saya tidak takut dengan keadaan ini dan saya akan menggunakan ROTAN untuk mengawal pelajar yang bermasalah, jika ada ibubapa atau menteri yang bising ...ini sahaja cara mengawal sekolah...

Minta maaf saya langgarr pamtang larang yang tidak berguna ..

Guru sepeerti diikat tangan
Guru seperti ditutup mulut
Guru seperti di butakan mata tak boleh pandang pelajar

Inilah undang-undang BODOH menyebabkan ramai pelajar hari ini naik kepala kerana mereka menganggap guru tersangat kecil....bagi mereka

Tanpa Nama berkata...

Betul Kata guru lama....!
Negara menghadapai masalah yang besar pada masa akan datang...!
Masa diumumkan guru tidak boleh merotan dah jadi BODOH banyak....Lagi 10 tahun seluruh rakyat akan digelar BODOH ! Bukannya Malaysia Boleh ! Malaysia B.......! Keluhan hati guru.

Tanpa Nama berkata...

blh bawa ke tk blh bwa ke..sma je...murid2 tu still kn bwa punyer..lol