400 tamat pengajian lima tahun lalu masih di takuk lama
Kuala
Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu.
Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur
guru terbabit.
Mula pengajian 2003
Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian.
Presiden
NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon
kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian
Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang.
Berita Harian Online: 23 Julai 2012
Isnin, 23 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Tak pasti JPA lambat kah atau memang unit naik pangkat yang lambat atau salah bagi dokumen menyebabkan ramai yang terlepas/tercicir/ belum dinaikkan pangkat.
Inilah situasi yang real berlaku kepada golongan guru
1. Ramai guru yang agak terkilan kerana nama ada dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dinaikkan pangkat dari DG41 ke DG44 ADA tapi sampai sekarang surat panggilan pun tidak di terima
2. Ramai lagi Kumpulan Guru Penolong Kanan ( Pentadbiran, HEM dan Kokurikulum) yang belum menerima Surat Pemangkuan DG48 seperti mana pengumuman Perdana Menteri pada Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2011 di Kuching, Sarawak. Nampaknya susah juga nak mengurus GPK-GPK ni..
Apa masalah pun kita tidak tahu..adakah masalah kewangan..
Andainya masalah kewangan maka guru-guru berkenaan akan berputih mata lah ....akhirnya
Catat Ulasan