SERINGKALI masyarakat umum membuat andaian bahawa
guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman Sarawak mewah kerana
menerima pelbagai jenis imbuhan dan elaun.
Setiap kali berjumpa rakan-rakan guru di Semenanjung dan sesiapa
sahaja yang mengetahui lokasi pekerjaan guru di pedalaman Sarawak pasti
mereka akan berkata: "Mereka bergaji besar, elaun banyak, pastinya dapat
mengumpul duit yang banyak..." Itulah saban kali ayat yang sering
dilontarkan kepada kami.
Namun sejauh manakah kenyataan ini benar? Bagi kami guru-guru yang
berkhidmat di kawasan pedalaman Sarawak dan yang mengalami sendiri
pengalaman tersebut, nyata terasa betapa sukarnya untuk meneruskan
kehidupan di sini.
Apabila berbicara soal elaun, yang amat menyedihkan kami guru-guru di
kawasan pedalaman Sarawak ialah pembatalan Elaun Perumahan Wilayah
(EPW) oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Sarawak
terhadap kami sejak tahun lalu tanpa sebab konkrit.
Majoriti daripada kami para guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman
Sarawak tidak menduduki kuarters guru, apatah lagi rumah kerajaan. Kami
cuma diberikan rumah yang dibina hasil gotong-royong penduduk kampung
(masyarakat Iban). Rumah tersebut tidak dianggap sebagai rumah kerajaan.
Malah bekalan air bersih juga tidak ada hanya mengharapkan bekalan air
dari bukit dan air hujan serta sungai semata-mata.
Kalau merujuk kepada surat edaran bertarikh 26 September 2011
daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan surat edaran Pejabat
Pelajaran Daerah Tatau bertarikh 11 Oktober 2011, telah sah menyatakan
bahawa pembayaran imbuhan tetap perumahan kepada pegawai yang bertukar
wilayah dan disediakan kemudahan perumahan yang tidak dianggap sebagai
rumah kerajaan di kawasan pedalaman akan dilaksanakan.
Kemusykilan kami para guru di sini ialah kami menduduki rumah yang
disediakan secara gotong-royong oleh masyarakat Iban hingga secara
langsung menyebabkan kami tidak layak menerima EPW yang sebelum ini
telah kami nikmati bertahun-tahun lamanya.
Jika ini yang berlaku, alangkah beruntungnya kawan-kawan kami yang
menduduki kuarters guru di pekan-pekan. Sebuah rumah hanya seorang
sahaja yang akan dibuat pemotongan, malah kemudahan bekalan air bersih
juga turut disediakan. Sedangkan kami terpaksa berjuang demi mendapatkan
setitis air. Betapa peritnya mengangkut air dari sungai, mencatu
bekalan air agar bekalan sentiasa ada, jika tidak, tidak berasaplah
dapur dan tidak mandilah kami di sini.
Untuk pengetahuan, pembatalan EPW yang dibuat oleh Jabatan Pelajaran
Sarawak telah dilakukan secara berperingkat-peringkat membabitkan hampir
lebih 100 guru di kawasan pedalaman. Bagi guru di daerah Mukah telah
dihentikan sejak November tahun 2011; Miri dan Kapit pada bulan Disember
2011; Tatau bermula Januari 2012 dan kawasan Bintulu bulan Mei lalu.
Kami juga telah membawa perkara ini ke pengetahuan Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kesatuan Perguruan Malaysia (NUTP) baru-baru ini.
Namun sehingga hari ini tiada tindakan susulan dari kedua-dua pihak
ini. Justeru kami mengharapkan penjelasan dan pembelaan yang sewajarnya
berhubung dengan perkara ini.
Utusan Malaysia Online: 18 Julai 2012
Rabu, 18 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Pemberian Elaun perumahan wilayah patut di berikan tetapi janganlaj jurangnya terlalu besar antara guru-guru semenanjung dengan guru-guru penduduk tempatan.
1. Bayangkan Guru SM dapat RM800ke
atas
2, Guru tempatan hanya dapat kurang
Rm400 ke bawah ikut gred
Bayangkan guru SM dan GT menyewa rumah yang sama tetapi elaun rumah berbeza-beza
ini tidak adil
Kitorng balik naik flight. Korang balik pulas stering blh sampai. Amacam. Adil x skrg. Kira duit tiket. Compare duit minyak. Adoi.laa
Memang tak adil, dengar cerita JPN sarawak yang tanak buatkan epw, apa cita?? ko ingat aku nak sgt duduk dalam hutan ni?? yang duduk jadi ketua kat jpn sarawak tu, cuba lah kasi duduk sekolah dalam hutan seminggu berangkut air tiap-tiap hari, baru berakal kepala otak korang,tu belum tiket flight lagi nak kena beli, sama je kalau tolak lebihan duit, claim ebk pun semput nak masuk, rumah yg aku duduk dekat dalam hutan ni dah sama tahap "reban" memang terlalu teruk, rumah papan lobang lobang kena makan tikus tambah senget pulak tu, bila minta peruntukan hampeh buat renovation tak sampai setahun tertanggal papan, makan byk sgt duit haram,
Catat Ulasan