Khamis, 15 April 2010

Pelajar simbah cat sedang dikenal pasti

2010/04/15

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan beberapa pelajar Sekolah Menengah Taman Medan, Jalan Klang Lama bagi membantu siasatan berhubung sembilan kereta guru di sekolah berkenaan di simbah cat dalam kejadian petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dalang utama di sebalik kejadian termasuk punca sebenar sehingga pelajar terbabit bertindak sedemikian.

“Hasil siasatan akan diperoleh dalam masa terdekat dan saya meminta pihak media tidak memperbesarkan isu berkenaan kerana dikhuatiri menjejaskan imej sekolah terbabit.

“Pada masa yang sama saya ingin menjelaskan sebenarnya kejadian yang dilaporkan itu bukan membabitkan Sekolah Menengah Taman Datuk Harun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, sekumpulan pelajar Tingkatan Dua sekolah terbabit menyembur cat ke atas kenderaan guru mereka dan memecahkan cermin tepi sebuah kereta.

Berita Harian Online: 15 April 2010

Tiada ulasan: