KOTA KINABALU 18 Julai — Kementerian Pelajaran sedang mengusahakan supaya guru atau bakal guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak ditempatkan di negeri asal masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata, proses itu sudahpun dimulakan berdasarkan permintaan dari kedua-dua negeri itu sendiri, namun proses tersebut akan memakan masa dan dijalankan secara berperingkat.
"Sebagaimana disuarakan Sabah dan Sarawak, mereka (kerajaan negeri) minta guru (dari negeri tersebut) dihantar balik supaya pelajar lebih faham.
"Tapi ini akan mengambil masa, kerana kita tidak boleh terus tukar guru dari Semenanjung balik ke Semenanjung, dan hantar (kembali) guru Sabah (dan Sarawak), kadang-kadang bilangan (guru) pun tak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sepanggar, di sini.
Beliau memberi contoh senario sekiranya Sabah memerlukan 500 guru namun hanya ada 200 guru berasal dari negeri itu, maka tidak sesuai untuk menunggu sehingga ada guru berasal dari Sabah untuk mengisi kekosongan itu yang akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. — Bernama
Utusan Malaysia Online: 18 Julai 2010
6 ulasan:
KOTA MARUDU, 19 Julai - Saya amat bersetuju pengumuman YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran bahawa semua bakal guru berasal dari Sabah dan Sarawak akan ditempatkan di negeri masing-masing selepas tamat belajar. Pengumuman ini merupakan satu berita baik kepada semua bakal guru dari kedua-dua negeri kerana selama ini kita banyak mendengar kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh guru-guru Sabah dan Sarawak apabila ditempatkan di negeri-negeri di Semenanjung terutama sekali dari segi tempat tinggal dan elaun perumahan wilayah. Keputusan ini juga dapat mengatasi masalah kekurangan guru di beberapa sekolah setiap Jun dan Januri kerana pada bulan-bulan inilah ramai guru-guru berasal dari semenanjung berpindah semula ke negeri asal mereka. Keputusan ini juga dapat mengelakkan sekolah-sekolah di Sabah kehilangan tenaga-tenaga pakar dan berpengalaman di sekolah. Bayangkanlah kalau ada seorang atau lebih guru berasal dari Semenanjung Malaysia yang telah berkhidmat di sebuah sekolah dalam tempohh 4 ke 6 tahun atau lebih tiba-tiba pindah, bukankah sekolah tersebut bermasalah? Bukan sahaja sekolah tersebut kehilangan guru yang baik bahkan sekolah tersebut juga akan menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Jadi eloklah pengumuman tersbut dan ..tolonglah jangan lagi ditarik.
Pihak-pihak tertentu jangan lagi mempertikaikan pengumunan tersebut pandanglah dari segi positif dan masa depan anak-anak negeri ini khususnya sekolah-sekolah dipedalaman kerana saya percaya guru-guru berasal dari semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak ketika ini tidak akan kekal sehingga pencen di sini. Mereka ada keluarga dan tanah yang hendak diusahakan untuk persediaan masa tua.
Hureee.....satu berita yang baik sesuai dengan Perjanjian 20 Perkara semasa penyertaan Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.....Ini barulah....Menteri Pelajaran yang adil......
Pengumuman dari Menteri ini tak adakah yang hendak ulas..macam tak puas hati je.Tak adakah yang risau akan kehilangan EPW atau IP
Bagus jugak la..klu guru tempatan yg mengajar anak tempatan kerana guru2 tersebut lebih faham budaya pelajar2 tersebut dan boleh mencari kaedah pengajaran yang bersesuain..semoga semua guru2 mengambil langkah kerajaan ini sebagai satu langkah yg positif..
Saya tidak percaya pengumuman YAB itu akan terlaksana kerana selepas daripada ucapan beliau itu akan ada komen dan bantahan dari pihak-piha tertentu khususnya kepentingan mereka.
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam itu...
moga setiap apa yang berlaku masi tetap di bawah bimbingan dan lindungan Nya...
Catat Ulasan