Jumaat, 23 Julai 2010

Kaedah baru lantik guru

2010/07/23

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada aduan dalam ruangan ini bertarikh 9 Julai lalu bertajuk 'Permudah pengambilan guru: KSN'.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sudah menjalankan urusan temu duga kepada pelatih yang mengikuti kursus pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebelum mereka menamatkan pengajian

Sehubungan itu, selepas mereka berjaya dalam kursus berkenaan, mereka akan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 tanpa perlu dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) tertakluk kepada perakuan Suruhanjaya.
Kaedah ini mula dilaksanakan pada Disember 2009 dan akan dilaksanakan sepenuhnya kepada semua pelatih daripada IPGM dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara berperingkat.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 23 Julai 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju pelatih IPGM dan IPTA terus dilantik sebagai guru kerana mereka sudah melalui latihan mengajar disekolah selama 3 bulan. Mereka mengajar seperti biasa dengan menggantikan beberapa guru tetap di sekolah-sekolah kerajaan Jadi temuduga tidak perlu.
Apa yang saya kesalkan ialah pengambilan guru sama ada di IPGM atau IPTA ialah bilangan lelaki dan perempuan tidak seimbang terlalu ramai pelajar perempuan sedangkan di sekolah banyak kerja-kerja sekolah yang memerlukan kekuatan dan pergerakan oleh guru lelaki. Sebagai contoh sekolah saya telah menerima guru baru-baru ini yang dihantar seramai 6 orang semuanya perempuan. Bayangkanlah kalau mereka mengandung kesemuanya berapa ramai yang akan bercuti?Ini tidak termasuk guru-guru perempuan yang sudah senior. kita tidak mendiskriminasi mereka tetapi ini adalah realiti bahawa bilangan guru lelaki dan perempuan di sekolah tidak seimbang.