PUTRAJAYA 19 Julai – Kesatuan-kesatuan guru bersetuju dengan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada perbincangan Meja Bulat pertama di sini hari ini.
Bagaimanapun, pemansuhan itu bersyarat dengan menggantikan kedua-dua peperiksaan awam tersebut dengan ujian penilaian lain untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.
Perbincangan Meja Bulat yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5.30 petang itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan disertai kesatuan-kesatuan guru, wakil-wakil institusi pengajian tinggi (IPT) dan wakil-wakil guru.
Bercakap kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Pengerusi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd. Arsad berkata, fungsi sebenar UPSR dan PMR kurang jelas kerana ia berasaskan penilaian kognitif melibatkan penilaian intelek semata-mata.
“PMR dan UPSR boleh diertikan sebagai penilaian yang hanya menggunakan pensil dan kertas sahaja kerana tidak melibatkan bentuk penilaian yang meluas,” katanya.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng pula berkata, pihaknya sebelum ini memang menyatakan pendirian mereka menyokong cadangan pemansuhan PMR dan UPSR.
Utusan Malaysia Online: 20 Julai 2010
4 ulasan:
UPSR hanya menggalakkan pelajar belajar utk mengejar "A" dan bukannya belajar untuk diamalkan ilmunya.
Cikgu pun mengajar hanya semata-mata utk mendpt "A" bukannya mendidik.
Sebab itulah setiap tahun, bertambah ramai mendapat A, Peratus meningkat, tetapi aspek rohani, jasmani dan akhlak semakin teruk.
Saya berharap Kesatuan Guru yang telah beersetuju memansuhkan UPSR dan PMR telah mendapat persetujuan daripada semua guru di Malaysia bahawa dua peperiksaan tersebut sememangnya tidak sesuai kepada pelajar.Kita juga berharap mereka memahami seratus-peratus implikasi terhadap apa-apa juga keputusan yang dibuat dan jika sekiranya berlaku kelemahan nanti maka saya juga berharap kepada Kesatuan Guru yang hadir dalam Meja Bulat bersama Ketua Pengarah Pelajaran tersebut sedia memikul tanggungjawab sepenuhnya dan tolong jangan kaitkan guru-guru yang mengajar disekolah kerana kami hanya mengikut sahaja apa yang telah diputuskan.
Sebagai contoh kegagalan PPSMI dikaitkan dengan kegagalan guru menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sebelum PPSMI diwar-warkan dahulu warga Kementerian Pelajaran pun tahu bahawa ramai guru yang mengajar Sains dan Matematik tidak fasih berbahasa Inggeris dengan baik tetapi perkara tersebut dibuat juga dengan alasan guru boleh dibentuk secara berperingkat-peringkat. Nah..kesannya sangat dalam oleh kerana tiada pemantauan yang terperinci dari segi persediaan maka PPSMI hancur..wang keluar beratus juta..barang-barang entah kemana.
Sebenarnya bukan kehendak murid mahu mengejar 'A " dalam peperiksaan. Mereka tu hanya mahu belajar semampu mereka sahaja. Guru memang mahu muridnya pandai dan dapat A dalam peperiksaan. Apa salahnya..kejar A. tetapi dalam mengejar A itu kena terapkan nilai-nilai seperti yang terkandung dalam FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
Masalahnya banyak sekolah tidak menekankan aktiviti kokurikulum di sekolah.Ramai GB dan Pengetua terlalu menekankan aktiviti akademik di kelas sahaja.
Nak mansuh...mansuh saja le...tapi apa mekanisma yang akan digunakan untuk menggantikan UPSR dan PMR? Sekarang ni..guru-guru kabur Sepatutnya keluarkanlah mekanismanya supaya guru-guru yang pintar-pintar ini boleh memberikan ulasan sebelum ianya dikuatkuasakan. Jangan ingat di atas sahaja yang pintar, pandai dan tahu mengurus, dibawah ini pun lagi pintar sebab ramai dan yang lebih penting ialah yang dibawah inilah yang berperanan nanti dalam melaksanakan apa-apa juga perubahan yang dibuat oleh kerajaan..
...KC..KELUARLAH...BINCANG...MINTA RESPON DARI GURU-GURU ...SESUAIKAH TIDAK SESUAIKAH..KITA HENDAK BERIKAN RESPON.
INI BUKAN MENYUSAHKAN ATAU MELAMBATKAN..kita mahu kesepakatan dan hasil yang betul-betul menepati arah tuju pelajar.'BIAR LAMBAT ASALKAN TEPAT'
Tapi saya percaya Tan Sri Muhyddin Yassin selaku Menteri Pelajaran tidak akan terburu-buru membuat keputusan atau menghebahkan hasilnya sebelum ada kata putus yang paling tepat..
Catat Ulasan