Isnin, 19 Julai 2010

Nazir wajar pantau ‘guru cemerlang percuma’

2010/07/19

SAYA ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak nazir mengenai pemilihan guru cemerlang. Sejak beberapa tahun ini ada pelbagai versi pemilihan.

Sebelum ini proses pemilihan guru cemerlang dipantau nazir dari Kementerian Pelajaran dari segi pengajaran di dalam kelas, temu duga pelajar dan rakan sejawat serta melihat dokumentasi.

Bagaimanapun, setahun lalu, proses pemilihan guru cemerlang hanya berdasarkan borang semata-mata serta sokongan pengetua, tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak.

Saya berpendapat ada guru yang mengisi permohonan kerana disuruh pengetua, walhal mereka tidak menyediakan dokumentasi yang diperlukan.

Sampai ketikanya mereka menerima surat menyandang guru cemerlang.

Ada yang memohon guru cemerlang, tidak pun berpeluang dipantau walaupun sudah bersedia dengan dokumentasi dan persediaan yang rapi.

Penyediaan fail dokumentasi ini, bukan mengambil masa sehari dua, kami menyediakan fail sejak tiga tahun lalu.
Bagi calon guru cemerlang yang dipantau nazir pula, nazir bukan hanya melihat dokumentasi yang disediakan malah bertanyakan isu berkaitan pendidikan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), pengurusan stok, pelan kecemasan, pekeliling, teknik pedagogi serta apa saja topik atau isu yang terlintas di kepala mereka.

Ini tidak adil bagi mereka yang mendapatkan guru cemerlang secara ‘percuma’.
Jangan pula disebabkan ingin memenuhkan kuota, jalan mudah dipilih bagi mengisi kekosongan berkenaan dengan mengetepikan calon benar-benar layak dan berkualiti.

Saya meminta ‘guru cemerlang’ ini dipantau nazir sebelum disahkan layak menggalas gelaran itu.

GURU LAMA,
Perak

Berita Harian Online: 19 Julai 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak payahlah pantau namanya pun Guru Cemerlang apa lagi nazir nak pantau. Mereka sudah cemerlang buang masa sahaja nazir, baik pergi pantau guru-guru yang tersenarai dalam unit tatatertib atau guru-guru yang mendapat markah tertinggi NPT atau guru-guru yang diberikan NPT yang terlalu rendah oleh Pengetua dan Guru Besar. Adakah mereka tu benar-benar layak diberikan markah seperti yang mereka dapatt atau mungkin ada kloni-kloni di sekolah yang sentiasa mencari peluang menjatuhkan antara satu dengan yang lain.

Tanpa Nama berkata...

KAt daerah saya, GC ni dibawa ke sekolah2 utk memantau. Lepas memantau, ada sesi perbicangan. macam2 komen diberi ttg pengajaran guru yg dicerap. yg di cerap tu pula semuanya OTAI....

Bila kena soal balik... jawab pun merapu macam dia tahu semuanya...ada yg tak boleh jawab pun...bercakap macam dia mengajar Tahun 6....rupanya mengajar thn 1 JE....INILAH GC YG DPT ANUGERAH PERCUMA.

sEBENARNYA MEREKA YG DPT PERCUMA NI:
1) Dipaksa GB mohon GC sbb ada kuota.
2) nak cepat dpt DGA32.
3) Di sekolah, mereka ni tak secemerlang yg disangka.

SAUDARA tadi nampak takut je dgn cadangan supaya GC percuma dipantau.

Tanpa Nama berkata...

Saya bercakap bukan mewakili guru cemerlang tetapi saya bercakap dari segi kewajaran pemantauan terhadap guru yang sudah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran sebagai Guru Cemerlang. Sepatutnya GC ini bukan lagi dipantau tetapi akan memantau guru-guru yang belum cemerlang secara hakiki.
Tak perlu takut, saya sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan, iaitu 10 tahun di sekolah rendah dan 12 tahun di sekolah menengah. Pantau memantau dari nazir, pegawai dari jabatan atau dari PPD sudah saya lalui. Biasa sahaja tidak ada yang perlu ditakutkan, mereka tu bukan mencari kesalahan tetapi membantu apa yang perlu dibantu.
Adakah benar di sekolah ada ramai guru yang suka ponteng kelas, merokok di dalam kawasan sekolah dan bersembang-sembang di kantin semasa P & P sedang berjalan????????