Sabtu, 10 Julai 2010

SBT: Sekolah dipelawa memohon

PUTRAJAYA 9 Julai - Kementerian Pelajaran mempelawa semua sekolah dalam Band Satu (1) kecuali yang telah diiktiraf membuat permohonan mendapatkan pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya di sini hari ini menyebut, semua pengetua dan guru besar wajib mengisi borang pencalonan menerusi Portal NKRA-Pendidikan http://www.moe.gov.my/nkra mulai 2 Julai.

Sekolah di luar Band Satu (1) boleh melihat borang tersebut untuk mengenal pasti perkara-perkara yang diambil kira untuk penilaian pengiktirafan SBT.

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan semua dokumen berkaitan dengan maklumat yang diberi dalam borang pencalonan untuk memudahkan urusan penilaian dilakukan.

"Tarikh tutup pencalonan di Portal NKRA-Pendidikan untuk pengiktirafan SBT adalah 15 Julai pukul 12 malam," kata kenyataan itu.

Utusan Malaysia Online: 10 Julai 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya rasa ramai guru-guru yang tertekan kerana pihak guru besar dan para pengetua juga meminta guru-guru melipatgandakan usaha dalam meningkatkan prestasi sesuai dengan kehendak dalam Borang NKRA. Saranan dan permintaan itu memang baik tetapi harus kita ingat bahawa selain daripada usaha 100% guru keupayaan murid juga hendaklah dipertimbangkan. Tahap keupayaan murid bandar, pinggir bandar, luar bandar dan di pedalaman adalah berbeza.Bukan guru tidak mengajar, bukan guru tidak membuat persediaan dan bukan guru tidak mencari teknik pengajaran tetapi sememangnya murid sendiri ada masalah dari segi keupayaan, penerimaan,ingatan dan lain-lain lagi disebabkan beberapa faktor seperti pendedahan awal, kemampuan ibubapa dalam membentuk anak-anak, kedudukan keluarga,pendedahan diri, sikap diri, dan lain-lain lagi. Kita tidak harus menerima bulat-bulat dapatan kajian daripada para pensyarah universiti kerana mereka hanya mengambil sampel dari beberapa tempat sahaja dan bukan keseluruhan pelajar sekolah.Jadi penilaian yang sama bagi semua sekolah adalah tidak adil.
oleh sebab itulah sekolah-sekolah sepatutnya dikategorikan dalam beberapa kumpulan. Andainya dibuat satu senarai sahaja maka tentulah sekolah dipedalaman akan ketinggalan jadi sekolah-sekolah bandar sahajalah yang dapat terutama bagi sekolah yang mempunyai pengurusan sudah mantap, prasarana yang mencukupi. Bagaimana dengan sekolah-sekolah yang masih menumpang dengan bangunan sekolah rendah atau sekolah yang baru wujud?

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju 100% pendapat anda. Faktor guru adalh faktor sampingan shj dlm menentukan prestasi murid. 85% kejayaan murid adalah bergantung kpd diri sendiri(sikap)."kata Dr.Tengku Asmadi-Pakar motivasi MAP.