2010/07/23
LABUAN: Malaysia perlu bertindak pantas menyuntik pembaharuan dalam sistem pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu jika mahu mencapai sasaran menjadi negara maju, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembaharuan yang dibawa perlu bersifat bersepadu dengan menilai semula kurikulum, latihan guru dan kaedah mengajar.
"Ringkasnya, kita perlu melakukan inovasi sistem pendidikan dan guru mempunyai fungsi penting menzahirkan inovasi dimaksudkan.
Muhyiddin berkata, negara yang besar pengaruhnya terhadap ekonomi global turut rancak melaksanakan perubahan dalam sistem pendidikan masing-masing.
"Cendekiawan Amerika Syarikat dilaporkan bergelut masalah kemerosotan daya kreativiti rakyatnya dan masalah itu dikaitkan kecenderungan sekolah melaksanakan kurikulum seragam.
“China dan Britain turut merombak kurikulum pendidikan untuk meningkatkan unsur kreativiti dan inovasi dalam proses pembelajaran,” katanya.
"Ini menunjukkan penerapan unsur kreativiti dan inovasi mula menjadi agenda nasional yang dilaksanakan secara bersepadu," katanya.
Muhyiddin turut mengumumkan status Jabatan Pelajaran Labuan yang sebelum ini diturunkan kepada Pejabat Pelajaran dengan jawatan timbalan pengarah, dinaikkan semula tarafnya menjadi jabatan.
Berita Harian Online: 23 Julai 2010
2 ulasan:
Ini sesuatu yang sangat baik, semua pihak mesti memberi sokongan terutama warga pendidik seluruh negara: lawat sini untuk bertukar pandangan isu berkaitan:
http://cikgupj.blogspot.com/2009/08/cikgu-cikgukami-tak-minat-nak-belajar.html
copy n paste di kotak pencarian dan klik cari
Saya bersetuju kurikulum dikaji semula mungkin ada yang ketinggalan zaman dan ada yang perlu diubahsuai. Dalam masa yang sama pihak pentadbir sekolah juga perlu menukar minda dan halatuju yang sesuai dengan FPK yang selama ini tidak tercapai sepenuhnya. Sebagai contoh kita hendak melahirkan pelajar yang seimbang dan berketrampilan tetapi apa yang sangat ditekankan di sekolah oleh kebanyakan pentadbir ialah nilai "A" dalam setiap subjek dan meletakkan aktiviti kokurikulum perkara nombor dua.
Catat Ulasan