Rabu, 14 Julai 2010

Tempoh cuti sekolah kekal

2010/07/14

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak akan memanjangkan tempoh cuti persekolahan pada September depan walaupun ia bertembung dengan tarikh Aidilfitri yang dijadual disambut pada 10 hari bulan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian mengambil keputusan untuk tidak mengubah takwim persekolahan sedia ada kerana berpendapat tempoh cuti perayaan yang diperuntukkan sudah memadai.

Katanya, kementerian turut mengambil kira kepentingan pelajar lain, terutama calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 21 hingga 23 September depan.

“Pelajar mula bercuti pertengahan penggal pada 4 September dan kembali ke sekolah pada 13 September selepas Aidilfitri,” katanya selepas majlis perasmian Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-2 2010, semalam.

Berita Harian Online: 14 Julai 2010

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukanlah susah sangat. Mai saya ajar:

Lewatkan sedikit cuti. Mulakan cuti pada hari SELASA 7/8 hingga 13/8(Isnin).
SELASA 14/8 -CUti Peristiwa
Rabu 15/8 - Cuti Ganti
KHAMIS 16/8 -Cuti UMUM-HARI MALAYSIA.
JUMAAT 17/8 : Mula sekolah.(walaupun
ramai yg akan sambung)

UPSR: Anjakkan pada 28-30 SEPT.

SUSAH SANGAT KA hangpa dan pikir.... Apa pun, saya yakin KERAJAAN MALAYSIA akan memberikan cuti khas spt yg telah dilakukan pada tahu-tahun lepas.
KALAU TIDAK.... bayangkan betapa sesak gilajalan raya/lebuhraya pada hari AHAD tu..

Tanpa Nama berkata...

xtau ape diorg pikir..klu cikgu sbh srwk..cuti terakhir 13hb. maknenye 12hb dh grk dr kg.maknenye raya ketiga dh blk utk bersedia ke sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Siapa Jkuasa yg dok urus tentang cuti penggal kat KPM.... HARAP tahun 2011, mereka lebih bijak menetapkan sesuatu cuti.

Tanpa Nama berkata...

Saya harap sangat Cuti Khas dapat diberikan. KPM terlepas pandang masalah yang dihadapi oleh guru pedalaman di sabah sarawak.

Sudahlah terpaksa berjauhan dengan anak isteri. Nak beraya setahun sekali pun disekat.

Raya kedua saya dah kena bergerak balik. Nak arrange flight xdapat dalam satu hari. Kena bermalam di hotel dahulu. Sekolah jauh di pedalaman. 3 jam naik bot, Naik Van lagi, naik perahu panjang lagi.

Moga yang di atas tu mendengar rintihan hati guru-guru di sini. Bayangkan jika mereka berada di tempat kita. Berjauhan dengan anak isteri, perjalanan yang jauh dan memenatkan. Duit belanja habis. Kesayuan hati yang tidak tertanggung meninggalkan anak isteri.

Tanpa Nama berkata...

Kepada AJK Penggubal Cuti, mohon supaya semua perkara dapat dipertimbangkan demi kebaikan semua guru yang pelbagai anutan. Biar adil kepada bangsa Malaysia

Tanpa Nama berkata...

kata2 TS Alimudin adalah satu contoh dimana pegawai atasan kerajaan langsung enggan mempertimbangkan perasaan orng bawahan mereka dan syok sendiri dengan kuasa eksekutif yang ada pada mereka.