Sabtu, 14 Ogos 2010

Mohd Puad setuju beri kuasa polis tambahan kepada guru




BATU PAHAT – Cadangan oleh Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran (Kongres), Jemale Paimen untuk memberikan kuasa polis tambahan kepada guru terutamanya guru disiplin dipersetujui tetapi kajian yang mendalam perlu dilakukan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Walau bagaimanapun, tindakan berkenaan perlu kajian mendalam sebelum diluluskan kerana pelaksanaannya memerlukan masa dan pihak kementerian tidak mahu sesuatu kejadian sebaliknya berlaku.

:Menurutnya, pihak yang mencadangkan untuk memberikan kuasa polis tambahan kepada guru juga perlu menghantar satu memorandum berkaitan dengan permintaan itu.

“Perkara tersebut sememangnya baik dan saya sendiri bersetuju tetapi kita perlu lihat kesannya terutamanya kepada guru kerana berkemungkinan ia akan menambah beban tugas guru yang sedia ada.

“Guru disiplin berkenaan juga perlu di beri jaminan keselamatan terutamanya ketika di luar kawasan sekolah jika mahu di beri kuasa terbabit kerana guru berkenaan hanya berkuasa di dalam sekolah sahaja,” katanya ketika melawat mangsa ribut di Minyak Beku, semalam.

Puad berkata, jika guru diberi kuasa berkenaan kebaikannya memang banyak seperti pelajar akan lebih takut untuk melakukan kesalahan di dalam sekolah seperti bertindak balas melakukan kerosakan kepada barangan milik guru termasuklah membakar dan sebagainya.

Katanya, tetapi perkara ini perlu dikaji dan pertimbangan yang sewajarnya akan dilakukan supaya dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan masalah disiplin di kalangan pelajar.

“Bagaimanapun, bukan guru sahaja perlu membendung masalah ini, peranan ibu bapa dan masyarakat juga penting untuk mengatasi masalah pelajar yang terlibat dengan salah laku terutamanya jika berada di luar kawasan sekolah," katanya.

Sinar Harian: 14 Ogos 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cadangan tu sangat baik sekurang-kurangnya guru boleh meningkatkan kuasa menangani disiplin pelajar sekolah. Tapi apa-apa pun cadangan kalau ibubapa melepaskan tangan atau ibubapa tidak mengubah diri menjadi orang tua yang dituntut mengikut agama masing-masing anak-anak tidak akan kemena...Sebagai contoh ..persoalan bagaimana anak menjadi baik kalau
1. bapa hari-hari mabuk
2. ibubapa merokok depan anak
3. ibubapa asyik main judi
4. ibubapa main billiad di kedai
5. ibubapa jual barangan haram
6. ibubapa asyik tipu orang
7. ibubapa masing-masing ada orang ketiga( simpanan )
8. ibubapa asyik bertengkar depan anak
9. ibubapa penagih
10. ibubapa asyik bergaduh dengan jiran sebelah
11. ibubapa terlalu memanjakan anak
12. ibbapa asyik jual temberang
13. ibubapa selalu meninggi diri depan anak
14. dan lain-lain lagi

Selagi perkara di atas tidak dapat diatasi oleh ibubapa sendiri saya percaya anak-anak yang dilahirkan mengalami masalah diri...

Tanpa Nama berkata...

Alamat makin jadi sasaranlah guru-guru sebab ibu bapa tak suka anak-anak mereka didisipilinkan

Tanpa Nama berkata...

Kalau ibubapa tak mau anak mereka di didik lebih baik mereka buat sekolah sendiri atau ajar anak sendiri di rumah...

Saya percaya ramai juga ibubapa yang bersetuju kuasa polis diberikan kepada guru di sekolah.

Yang tidak setuju tu ..piiiiielah.