Khamis, 26 Ogos 2010

Pasangan guru kerugian hampir RM1,000 sebulan kerana bertugas berasingan

2010/08/26

SAYA adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Perak. Dalam suasana Ramadan yang penuh berkat ini, saya rasa terpanggil untuk meluahkan rasa isi hati saya selaku seorang guru yang terpisah dengan isteri dan keluarga atas faktor penempatan tempat berkhidmat yang berbeza.

Tahun ini adalah tahun ketiga saya bertugas di Perak sementara isteri saya yang juga seorang guru berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

Sejak 2006, saya dan isteri memohon pertukaran dari Kuala Lumpur ke Perak. Alhamdulillah, pada awal 2008 permohonan saya diluluskan tetapi agak malang bagi isteri saya kerana gagal dalam permohonan pertukarannya.

Saya bertukar ke Perak dan isteri masih di Kuala Lumpur dengan harapan isteri akan menjejak langkah saya pada tahun berikutnya. Setiap dua kali setahun sesi permohonan pertukaran dibuka, isteri saya tidak ketinggalan untuk membuat permohonan pertukaran.

Walaupun isteri saya mempunyai kesemua alasan dan faktor yang membolehkannya bertukar termasuk menghadapi masalah kesihatan, permohonan isteri masih gagal.

Dalam tempoh hampir tiga tahun ini, saya atau isteri terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perak pada setiap minggu dengan tempoh perjalanan hampir empat jam. Biasanya saya yang akan ke Kuala Lumpur kerana isteri menghadapi masalah untuk menguruskan anak kecil sambil memandu.

Dalam usia menjangkau 45 tahun, saya rasakan fizikal saya sudah tidak mampu untuk menahan beban dan penat yang ditanggung setiap kali saya berulang alik ke Kuala Lumpur dan Perak. Ditambah dengan faktor kewangan turut menghambat tumpuan dan mental saya.
Saya kehilangan hampir RM1,000 sebulan hanya untuk pembayaran sewa rumah kedua di Kuala Lumpur dan pembelian minyak petrol ketika berulang alik. Dengan jumlah sebanyak itu, saya merasakan ia sebagai satu kerugian dan penganiayaan kepada orang yang senasib seperti saya.

Atas dasar perikemanusiaan, saya memohon agar Kementerian Pelajaran lebih peka dengan nasib dan masalah yang dialami oleh warganya seperti saya. Untuk Kementerian Pendidikan, saya sarankan agar jawapan untuk keputusan surat permohonan pertukaran iaitu pertukaran anda tidak diluluskan atas kepentingan pendidikan hendaklah dimansuhkan.

Kementerian bolehlah fikirkan jawapan yang lebih rasional. Sudah berbelas tahun saya memberi perkhidmatan terbaik untuk kepentingan pendidikan dan amatlah wajar giliran saya pula untuk menerima perkhidmatan terbaik dari pihak kementerian untuk kepentingan saya pula.

GURU PENAT,
Perak

Berita Harian Online: 26 Ogos 2010

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya..saya simpati dengan kawang kita seorang ni...
tapi kalau difikirkan lagi jarak antara KL dengan Perak tu dekat je..berbanding dengan saya di Sabah dan isteri saya di Kelantan..
macam mana tu kawang...

Inilah namanya pergorbanan seorang guru yang sampai pencen pun nanti akan dipanggil CIKGU....

jangan susah tuan..sabar saja kau..

Tanpa Nama berkata...

pengorbanan guru sahaja dituntut?..pengorbanan Kementerian yang bertanggungjawab mengurus guru mana?...

kementerian tahu nak senang kerja jee....

Tanpa Nama berkata...

sy juga sama nasib dengan cikgu tersebut. sy btugas di johor manakala pasangan d kelantan. memangla dlm semennjung, tp jarak antara kelantan dengan johor 12 jam pjalanan. 2 minggu sekali sy akn blik ke kelantan. duit xpyh cerita, cukup2 mkn shaja. sy rskan seolah2 hidup sy ni menjadi 'hamba' kepada kerja. tahun depan masuk 2 tahun sy bjauhan dengan pasangan.. jauh dr pasangan 1 cerita, duit pn byk habis, smpai skrg blm jg mempunyai zuriat. nasib malang bertimpa2 sy rasakan. setiap kali jawapan pertukaran yg sy dapat amat mengecewakan. sampai bila derita ini akan berakhir. jawapan pihak kemeterian senang, tiada kekosongan. cubalah anda letakkan diri anda ditempat kami, apa yang anda rasa.

cikgua berkata...

senasib dgn saya yg berjumpa isteri 3 bulan sekali, sy bertugas di pedalaman sarawak tanpa kemudahan telefon dan isteri bertugas di ipoh perak, pengorbanan yg bagaimana lg yg dituntut dr kami? selagi x kene kat batang hidung anak orang-orang besar.... nak balik beraya pun disekat2

Tanpa Nama berkata...

Senasib, insyaAllah percaturan Allah itu lebih baik dari percaturan manusia.

Kawan, saya yang sembumbung dgn suami dan anak2 pun wang ringgit turun naik flight hendak dicerita pun manusia takkan faham selagi seseorang manusia tidak alami sendiri.Sekurangnya saudara bertarung dgn perasaan, saya dan keluarga bertarung hendak cari bahan mentah dan melalui jalan pengangkutan iaitu jalan air dan uadara.Saudara rasa lah, kalau lalu jalan ladang yg tidak berturap.Kematian kaum keluarga belum tentu lihat jasad, sakit demam anak belum tentu dapat pakar 24 jam.

Tanpa Nama berkata...

Saya faham dan pernah merasai situasi ini pada tahun 1984 dan 1985. Aekarang Al-Hamdulillah, isteri dah pencen pilihan dan saya hanya tunggu sikit masa utk pencen. Saya berazam tidak akan mohon naik pangkat kerana bila naik pangkat kena pindah jauh. Apa hal isteri dan anak2. Cikgu yang senasib dgn saya ni perlu diberikan kelonggaran syarat seperti isteri org ada pangkat sikit tu. Saya pernah ditukarkan ke sekolah pendalaman kerana ada pihak nak memasukkan seorang guru di pekan tu. Saya jadi mangsa, tapi tak aperlah akhirnya kini saya bahagia bersama keluarga untuk perjalanan di penghujung usia emas ini.

Tanpa Nama berkata...

Saya terpanggil untuk memberi komen yang sama.memandangkan saya dan suami terpaksa berjauhan disamping anak2 yang terumbang ambing disebabkan kekangan dan kesulitan yang dihadapi.Kadang kala saya merasakan saya tela berkorban masa bersama anak untuk memberikan ilmu kepada anak - anak yang lain.