ALOR SETAR - Kira-kira 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini bakal kehilangan punca pendapatan setelah kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat bermula 10 Oktober lalu.
Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau di Sik, Amir Hamzah Harun, 33, berkata, setiap hari dia menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Gurun untuk mengajar bagi menampung kehidupan bersama isteri, anak dan ibunya.
"Kalau kontrak ini ditamatkan, susah untuk saya menyara keluarga.
"Saya merayu kementerian agar menyambung kontrak guru GSTT kerana kebanyakan kami mempunyai pengalaman mengajar yang agak lama," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan guru-guru sandaran dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini semalam.Kosmo Online: 16 Oktober 2010
4 ulasan:
salam...
jangan nk meradang wahai GSTT yg ditamatkan tempoh kerana kami graduan pendidikan yg sangat berminat nk jadi guru ingin berbakti pula kpd anak bangsa...
kan dalam kontrak sbg GSTT sudah dinyatakan yg kontrak akan ditamatkan pd bila2 masa sekiranya graduan pendidikan ditempatkan..jadi haraplah bertimbang rasa dan hormat kpd kami graduan pendidikan yg belajar ilmu pendidikan selama 4 tahun d IPT...
sekranya ingin terus berbakti sbg guru dicadangkan bahawa anda semua mengambil KPLI atau DPLI yg hanya memerlukan 1 tahun pengajian di IPT..
sekian...
kami graduan pendidikan bertungkus lumus 4 tahun blaja dan btl2 ingin menjadi guru, sedangkan gstt hanya menjadikan profesion keguruan sbgai jalan akhir selepas penat mencari kerja. dulu sblm masuk ipt x fikir kos yg diambil 2 susah ke senang nk cr kerja. bila dh jd cmni berebut2 plak nak jd cikgu. jgn nanti lebih keutamaan diberi pd gstt sampaikan graduan pendidikan pula dipinggirkan.
salam...
sila ambil perhatian dgn petikan ini..
Seharusnya, seseorang yang diterima bekerja sebagai GSTT perlu sedar dan faham, mereka hanya dibayar elaun dan bukan gaji. Elaunnya berdasarkan jumlah hari bekerja dan tempoh tertentu. Jika tempoh yang dilaluinya itu adalah pendek, iaitu memenuhi kekosongan sementara di sesebuah sekolah kerana pelbagai faktor, secara jelasnya perkhidmatan itu hanya untuk menampung keperluan semasa.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberikan jaminan bahawa setelah tamat tempoh bertugas sebagai GSTT, akan terus diterima untuk menjalani latihan perguruan sebelum layak ditawarkan sebagai seorang guru terlatih.
Seseorang yang berhasrat menjadi guru perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dan syarat tersebut tidak termasuk pernah bertugas sebagai GSTT. Antara syarat wajib ialah melepasi tahap kelulusan minimum untuk memohon kemasukan ke program Diploma Perguruan ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.
KPM membuat ketetapan sedemikian kerana kerjaya perguruan BUKANLAH satu bentuk kerjaya yang boleh DIANGGAP MEMADAI dan SENANG. Seseorang guru mestilah mempunyai nilai sahsiah yang baik kerana tanggungjawabnya adalah mendidik para pelajar. Harus disedari bahawa pendidikan secara holistik bukan hanya sekadar menyampaikan pengetahuan berdasarkan kurikulum, tetapi turut melibatkan aspek tingkahlaku, kemahiran bersosial dan keadaban. Tugas guru ialah membina modal insan untuk memenuhi keperluan negara dan bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan.
Memangnya KPM memerlukan khidmat GSTT, kerana itu adalah penyelesaian JANGKA PENDEK apabila menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Apabila guru terlatih dilantik, ia dengan sendirinya menunjukkan tidak ada kekosongan berlaku, maka KPM BERHAK untuk MENAMATKANNYA. KPM tidak pernah menafi atau meminggirkan khidmat bakti GSTT dan kerana itulah dibayar elaun selayaknya sepanjang perkhidmatannya.
utk petikan panjang, sila layari blog rasmi KPM
http://buletinkpm.blogspot.com/2010/06/terpinggirkah-gstt.html#more
guru dari sabah...
saya terpanggil utk memberi komen...saya memahami kesukaran yang dihadapi para GSTT kini...saya bersimpati kerana rata2 telah lama menjadi gstt...
saya juga bersimpati dengan bakal2 guru lepasan IPTA yang terpaksa menunggu lama untuk ditempatkan mengajar...namun janganlah pula kita saling menyalahkan sesama kita kerana masing2 ada ezeki yg ditetapkan olah Allah...bakal2 guru akan menggantikan guru2 yg bakal bersara..GSTT pula akn mengisi kekurangan guru sementara...segalanya akan diuruskan oleh kementerian...saya doakan kalian mendapat apa yg diharapkan tanpa perlu menyalahkan pihak lain...
Catat Ulasan