SAYA ingin memberi sedikit pandangan berkaitan program j-QAF tujuan memberi nasihat kepada ustaz dan ustazah program tersebut. Mengikut sejarah penubuhan j-QAF yang telah diumumkan oleh bekas Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, j-QAF bertujuan memastikan semua murid beragama Islam di sekolah rendah seluruh negara wajib belajar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain.
Di satu pihak, seluruh umat Islam menyambut baik pengumuman tersebut kerana intipati j-QAF jelas ke arah peningkatan ilmu agama bagi generasi muda. Di satu pihak lagi, iaitu graduan bidang agama terutama lepasan universiti dari Timur Tengah, program j-QAF merupakan rezeki yang datang bergolek kerana beribu-ribu pelajar yang menganggur telah berjaya menjadi guru j-QAF!
Bagi memastikan kejayaan program ini, guru-guru j-QAF diberi tangga gaji istimewa dan layanan istimewa iaitu tidak boleh memegang apa-apa jawatan di sekolah selain mengajar.
Dengan kaedah ini, maka bermulalah satu keadaan di sekolah-sekolah kebangsaan di mana guru-guru j-QAF berkurung di dalam kelompok mereka di dalam dunianya yang tersendiri, langsung tidak berinteraksi dengan guru-guru lain.
Mereka tidak melibatkan diri di dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan sekolah atas alasan mereka tidak boleh memegang apa-apa jawatan. Namun atas kepentingan agama, guru-guru lain masih dapat menerimanya.
Untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti, ustaz dan ustazah ini dipertanggungjawabkan dengan bilangan pelajar yang kecil. Namun malangnya terdapat sesetengah ustaz dan ustazah berkonspirasi mewujudkan kelas gabung.
Contohnya, di sekolah yang mempunyai tiga orang guru j-QAF, sepatutnya untuk setiap sesi pembelajaran harus ada tiga kelas yang melibatkan tiga kumpulan kecil murid oleh tiga guru j-QAF.
Namun apa yang berlaku di sesetengah sekolah, guru-guru j-QAF telah berkonspirasi dengan menggabungkan tiga kelas menjadi satu kelas pembelajaran yang di kendalikan oleh hanya seorang guru j-QAF sahaja! Hal ini bermakna dua orang guru j-QAF lagi boleh berehat!
Tindakan guru-guru j-QAF ini bolehlah diiktiraf sebagai 'bijak' kerana mengoptimumkan sepenuhnya tenaga dan masa. Namun dari segi kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang disampaikan boleh dipertikaikan kerana tujuan kelas j-QAF diadakan dalam bilangan pelajar yang kecil jelas untuk mendapatkan kualiti P&P yang terbaik. Namun tindakan 'bijak' sesetengah guru-guru j-QAF ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang beriman.
Jika inilah sikap guru-guru Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ustaz dan ustazah berkonspirasi mendidik anak bangsa, ia amat dikesali.
Mereka tidak perlu berteriak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib mereka yang suatu ketika dulu hanya mendapat tempat di sekolah-sekolah agama rakyat dengan pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan.
Apa yang dituntut oleh ibu bapa ialah dedikasi ustaz dan ustazah dalam mencorakkan pelajar-pelajar Islam menjadi seorang yang beriman agar halal setiap sen gaji yang mereka terima!
SEKADAR NASIHAT
Alor Setar, Kedah
Utusan Malaysia Online: 27 Oktober 2010
23 ulasan:
ni la fitnah...apa yg dia cakap mmg tak benar...
bkn guru jqaf saja, dr guru besar sampai tukang kebun mcm tu, masing-masing ada trick tersendiri, tp x semua la,kalu yg buruk2 ni mmg senang nampak,ibarat satu titik hitam di atas sekeping kertas putih, yg hitam tu je ler yg ko duk tgk, betul x?
Tak tumbuh,
Tak melata,
Tak sungguh,
Orang tak mengata.
Jadikan ini sebagai satu iktibar
Perkara ni memang berlaku... tetapi bukan semua sekolah. Ada yg guru Jqaf keluar bagi ceramah haji pun ada. Waktu sekolah lagi. lepas tu org lain kena ganti kelas dia. Dia dapat duit beribu-ribu, org lain ......GB pun bangang, pergi benarkan
betul la tu, tp mcmana dgn guru yg berpolitik pula? kalu gi BTN, penceramah dia kebanyakkannya guru-guru, x mengajar ke? sapa yg ganti? kalu yg berceramah dpt ribu-ribu, guru yg ganti kelas depa dapat apa? guru besar pun kira kurang cerdik juga ler kan sbb beri kebenaran? tu x kira gi meeting politik sana-sini lg tu, xdak sapa nampak ka?
bende2 gini lebih kurang menepuk dulang terpercik ke muka sendiri,meludah ke langit,jatuh ke muka sendiri,kalu nak kira x jujur laksana tanggungjawab nie,bnyk kes dr guru besar sampai ke tukang kebun,tp bukan semua mcm tu
saya rasa ada kebenarannya, mmg ada rakan saya sendiri pun berperangai begini. Nak tegur x boleh sebab kononnya title ustaz/ustazah yg lebih tinggi darjat dr org lain. jika diikutkan, haram lah gajinya itu, selain mengaibkan nama Islam kepada guru2 bukan Islam yg melihat dgn penuh sinis dan berbisik2 di belakang
sy mengaku perkara ini mungkin terjadi tp hanya sebilangan kecil mungkin. dari apa yg dikatakan oleh saudara tersebut seperti menggambarkan semua guru j-qaf sebegitu ini, adalah satu fitnah yg sangat besar. jangan kerana nila setitik nak rosakkan susu sebelanga.
Kan ada cakap "di sesetengah sekolah..." dia tak cakap pun semua guru j-qaf. Ambillah iktibar.. jangan menggunakan alasan orang lain buat jadi kita pun buat..
apa yang diberitahu perlu menjadi iktibar dan pengajaran bukan salah kan org lain..kalau tak ada angin pokok tak bergonyang..pihak yang berkuasa perlu giat memantau hal ini agar pelajar mendapat pendidikan yang baik dalam melahirkan genarasi yang berakhlak dan beragama..pemilihan guru pun perlu dititik beratkan biarlah guru yang betul2 berkelulusan layak memengang profesion ini..harap pihak atasan dapat memantau dan mengambil tindakan tatatertib terhdap guru yang melakukan kesilapan..jangan sampaikan profesion keguruan menjadi kutukan akibat anasir yang tidak bagus..
saya bukan guru j-qaf. tetapi hairan kenapa guru j-qaf sering menjadi mangsa keadaan.
di sekolah saya guru j-qaf dilihat seperti dibuli oleh sekelompok guru senior dan pihak pentadbir. mereka kononnya berpendapat guru j-qaf memang patut diberi lebih tanggungjawab kerana kononnya tidak ada kerja. dan yang lebih penting kerana mereka mendapat bayaran gaji ijazah (gaji banyak).
hasilnya semua guru j-qaf dilantik sebagai guru kelas walaupun hanya mengajar kelas tersebut 2 kali seminggu. wajarkah tindakan pihak pentadbir dalam hal ini? malah terdapat juga yang diberi jawatan penting di dalam bidang lain seperti setiausaha kokurikulum dan setiauasaha sukan. bila diajak berbincang guru j-qaf dilabelkan melawan dan keras kepala.
dalam urusan yang memberi kelebihan kepada pihak pentadbiran semua pekeliling kementerian dijadikan rujukan. tetapi apabila melibatkan guru-guru j-qaf macam-macam alasan yang diberikan. itu belum lagi bicara tetang program-program yang perlu dilaksanakan oleh j-qaf yang mendapat pelbagai halangan dari pihak pentadbiran beragama Islam sendiri.
secara peribadi saya tidak melihat budaya buli seperti ini bukan hanya melibatkan guru j-qaf tetapi sebenarnya kepada semua guru siswazah kpli di sekolah rendah. banyak sangat yang saya tengok di sekolah saya. guru data ppps kpli tidak dapat waktu mengajar 12 waktu walaupun di kebanyakan sekolah sekitar sudah dikurangkan waktu mengajar. bukankah ini menunjukkan mereka tidak menyokong program pensiswazahan guru di sekolah rendah?
pihak pentadbir dan segelintir guru senior yang cemburu inilah yang merosakkan dasar kpm. di satu masa mereka mendukung dasar negara kononnya tetapi dimasa yang lain mereka tidak.
kenapa guru senior boleh berlenngang masuk kelas, masuk kelas sekejap x dan panas punggung dh mula keluar kelas g tgok kain ela , aksesori at barangan yang dijual oleh segelintir guru dlm bilik guru..... sedang kan guru jqaf yang selalu sharp masuk kelas , tergamam lihat keadaan guru senior ini. guru senior boleh lagi leka berborak ngan teman guru lain kt kantin at bilik guru waktu kelas , mereka . seolah-olag guru guru senior ada satu kuasa veto . apa apa yang guru jqaf buat di sekolah sering dikritik walau sebesar kuman pun . tp bila kena ke batang hidung guru-guru senior, melenting pula kata jqaf ni dh berani nk kritik mereka ! mana keadilan nya di sini...... sepatutnya sama sama guru senior at guru jqaf sama sama laksanakan tugas dengan rasa tanggungjawab bukan main dk hentam . adakah anada rasa cembutu dengan jawatan kami? jka demikian , cuba lah anda bayang kan jika anak , anak aik anada sendiri yang menjawat jawatan guru jqaf ini ? apa perasaan anda jka ,mereka ini sering dikritik, sering dihemtam , dibuli oleh mereka yang bergelar GURU SENIOR INI ? sebagaai guru , di manakah kemurnian jiwa, hati, integriti guru dalam sanubari anda ? jika nk hentam , ada lagi guru guru senior yang x cakna dalam setiap kerja mereka , lewat masuk kelas, kelas mereka bising, tapi kenapa x de orang bising at hentam / ini kerana guru tadi adalah guru senior . jadi sama -sama fikir lah dengan rasa nk perbetulkan diri masing masing. baik guru jqaf at guru senior...., x usah lah ada sifat dengki irihatii ..... x sesuai sungguh nga gelaran guru yang anda sandang tu .....kan ...! jka ada terasa dengan kenyataan ini .....terimalah dengan hati terbuka .......
kalau ingin memandang keburukan maka keburukan yg akan sntsa kita fikirkan, kalau ingin mencari kebaikan, kita akan cuba mencari kebenaran atas setiap pandangan...
secara jujurnya, orang luar hanya melihat sisi luar dan tidak memahami realiti dalaman guru. Ramai yang menyangka dirinya bagus tetapi berapa ramai ibu-bapa yg mampu mendidik sendiri anak mereka untuk berakhlak mulia dan berbudi pekerti...
Mudah2an kita tidak terlalu mudah merendah2kan orang seolah2 kitalah orang yang paling bagus...
Apa pun kerja yang kita buat, kita akan disoal pula di kemudian hari. Di dunia kita boleh menipu manusia tapi di akhirat kita tidak boleh menipu Allah. Jadi untuk mendapat barakah kita kena kerja dengan ikhlas dan niat kerana Allah. Saya masih ingat lagi kata seorang ustaz semasa di MPSAH dulu. Katanya, Cikgu kena ingat, esok kalau cikgu mengajar di sekolah, waktu mengajar kena jaga. Satu minit cikgu masuk lewat ke kelas, satu minit tulah gaji cikgu tak berkat. Fikir-fikirlah dalam sebulan berapa minit kita lewat.
Adilkah bila menuduh guru jqaf tidak melaksanakan tugas?sedangkan guru jqaf seringkali dibuli dan dinafikan hak di sekolah.program jqaf pula tidak dilaksanakan dengan sempurna,pemulihan jawi, tasmik dan kem bestari solat tidak berjalan dengan sepatutnya.bagaimana hendak mendidik murid berjaya dalam menguasai pendidikan islam dan bahasa arab.sepatutnya guru-guru jqaf mendapat pembelaan oleh sekolah jabatan pendidikan dan pihak kementerian,bukan ditindas.Bila guru jqaf menjadi guru kelas dan mengajar subjek lain serta memegang jawatan-jawatan lain,siapa yang hendak melaksanakan program jqaf?adakah guru-guru lain yang patut menggalas tanggungjawab guru jqaf.fikir-fikirkanlah.
Assalamualaikum.
Memang kejadian seperti ini berlaku di beberapa sekolah. Namun begitu ada guru j-QAF yang menjalankan amanah dengan cemerlang dan penuh dedikasi.Apa yang penulis catatkan sememangnya berlaku di sekolah saya. Semasa dalam latihan pada awal perkhidmatan memang melaksanakan tugas menurut garis panduan.
Tetapi bila sudah sah jawatan, apa yang penulis catatkan itulah yang berlaku hingga ke saat ini. Paling malang kadang2 tak mengajar pun. Bagi kertas sehelai, lukis ikut suka hati. Habis 1 jam. Akhlak gurunya pula tidak boleh dijadikan contoh oleh murid. Ketawa kalah langsuir, mengumpat jadi rutin harian. Evidens(PBS) pun tak buat, isi ikut rasa hati. Inikah USTAZAH pemimpin ummah?
memang berlaku...
siapa yang makan cili..
dia terasa pedasnya..
Same jer gpi n jqaf...n mane2guru..x masuk kelas pun ada..x semua tmptla...skrg jqaf pun dah pgang guru kelas..
di sekolah saya Guru j-qaf yg paling menonjol sebab setiap aktiviti sekolah guru j-qaf lah yg berada di barisan hadapan, sukan pun mereka, perkhemahan pun mereka, apa saja aktiviti semua ada..Penyelaras UB,Kelab pun mereka, guru data hingga ke S/U pun mereka.. entri di atas bukan gambaran sebenar guru j-qaf keseluruhannya.. klu nak bg nasihat nasihatilah guru j-qaf yg berkenaan sahaja.. bukan digambarkan seolah2 semua guru j-qaf.. Kita ada Pentadbir, suarakanlah kpd pentadbiran sekolah biar pendtadbir buat tindakan dgn cara yg betul...
Sya pn xstuju knytaan di ats. Suami sya slalu kna buat mcm2 oleh cikgu2 senior. Hujung mnggu msa dgn kluarga pn trgnggu sb nk kna latih studnt bola la, nsyid la, bola tmpar, gru pmbimbing sna cni.
Di sekolah sy ada13 org guru jqaf tp sgt suka ngelat.asyik bg alasan kmi x bole pgang klas n pgang apa2 jawatan.sy tgk ada 2,3 org sj yg rajin.masalahnya dorg waktu kurang..share klas dgn gpi lg tp asyik itu x bole,ini x bole.sampai guru biasa yg rata2 30 waktu ni kna ngajar tasmik.dh la pgang klas n pgang byk jawatan pntg.sy tau la jqaf x bole pgang jwtn n klas tp bla tgk betapa relax n mengelatnya dorg mmg x bole blah.cmni ke cth guru agama.sy pun malu bla tgk guru non muslim kutuk prangai ustaz ustazah.tp nk buat cmna.mmg kuat ngelat pun.balik2 alasan kmi x bole itu, x bole ini.tp nk plak guru biasa yg mmg dh pack gila ni bg komitmen program depa.sbg manusia biasa,cmna la guru2 biasa ni nk sabar.lg satu dlm unit koko pun sama.nma ja org pndai agama tp slalu x bg komitmen.klu bole nk guru biasa jgk yg kedepan.dh la smua program cgu biasa gak yg kedepan.cubala bnda yg dorg expert ,dorg plak kedepan.nasib baik la lps guru biasa ni fight, br pntadbir bg jqaf n gpi handle tasmiq spenuhnya.plg best ada yg pegang klas.lps pgang klas br la dorg ckp..kesian ye kt cgu biasa ni..kja teruk slama ni..TAU TAKPA!
Bila hati sudah rosak.... inilah jadinya.
Catat Ulasan