KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan. Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.
Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.
Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.
Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.
"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.
Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.
Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajib.
BERNAMA: 13 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Ada 2 perkara penting dlm hal ini:
1) Guru-guru:
Sumbangan setakat RM 5.00 setahun tu tak banyak mana pun. Gaji guru-guru skrg mana ada kurang drp Rm1500.
Apa salahnya disumbangkan utk kegiatan sukan dlm kalangan warga pendidikan. Jangan kata,"Kita tak main apa-apa pun".
Tapi kenapa tak kata, "Bulan DIS tak mengajar pun, kenapa kita dibayar gaji?"
Anggaplah sumbangan itu sebagai sedekah. Dapat juga pahala.
2) PSKKP
Tak perlu:
i) Ugut guru yg enggan bayar utk diberikan surat tunjuk sebab drp pengarah.
ii)Tak perlulah dedahkan spt apa yg dilakukan oleh PPD Petaling Perdana(Jika benar).
iii) Utk mengambil hati semua penyumbang(Khasnya bagi yg malas nak bersukan), apa salahnya dibuat CENDERAHATI-Cth: key chain . Adalah nampak apa yg mereka sumbang.
iv. Adakan pertandingan sukan peringkat PKG @ zon.
Kalau mereka tak join, lantak merekalah.
Mungkin memaparkan nama itu tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan. Tapi, tidak membayar yuran PSKPPS, sedangkan orang lain membayar lagilah tidak beretika malah tidak bertanggungjawab.Sebesar mana sahaja yuran itu hanya RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.
Tahun ini sahaja kerajaan bagi bonus raya RM500.00. takkan RM3 pun tidak bayar.
Janganlah dibesar-besarkan perkara tu hingga hendak buat peket.NUTP sepatutnya berada ditengah-tengah. Perkara begitu tidak perlu dibesar-besarkan..
GURU-GURU DG41 YANG DILANGKAU TANGGAGAJI MEREKA OLEH guru-guru Dg32,34 tu BILA NAK SELESAI ..?????
MASALAH TANGGAGAJI GURU-GURU DG41 YANG DILANGKAU YANG PATUT NUTP CAMPURTANGAN SECARA AGRESIF ...BERPEKET....Bukan masalah nama guru dipaparkan..itu salah merekalah ....sendiri mau ingat le........
Nak dg41 masuk u amik degree. senang.kami amik degree guna duit juga. Fikir2kanlah
Catat Ulasan