Jumaat, 8 Oktober 2010

Guru cemerlang wajar untuk sekolah terpilih

2010/10/08

SAYA berpendapat guru yang menerima anugerah guru cemerlang sepatutnya ditempatkan di sekolah yang pelajarnya adalah cemerlang seperti sekolah berasrama penuh (SBP), 'sekolah premier' serta sekolah projek.

Adalah berbaloi bagi mereka mendidik pelajar cemerlang berbanding mendidik pelajar yang kelompok sederhana dan kurang berpotensi.

Namun, apa yang berlaku di sekolah terpilih berkenaan, kebanyakan guru yang ditempatkan di situ adalah guru baru yang kurang pengalaman dari segi teknik mengajar, penguasaan isi kandungan subjek mahupun dari segi teknik menjawab.
Keadaan itu akan membebankan guru baru untuk mensasarkan keputusan yang terbaik. Oleh itu, ada kala pihak sekolah perlu mendapatkan bantuan guru pakar dari sekolah lain.

Saya kagum dengan usaha guru cemerlang di SBP kerana mereka ini tidak kenal penat lelah dan sanggup bekerja siang dan malam bagi menghasilkan pelajar cemerlang walaupun pelajar mereka dalam kelompok yang terpilih.

GURU LAMA DI SBP,
Perak

Berita Harian Online: 8 Oktober 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu,
Kat SBP tu semua muridnya murid terpandai dari seluruh negara. Memadailah guru biasa je yg ajar. Guru biasa ramai yg sama taraf dgn guru cemerlang, cuma mereka malas nak mohon GC.

Guru cemerlang sepatutnya dihantar ke sekolah yang pencapaiannya agak rendah. Di sinilah GC dpt membuktikan kecemerlangan mereka. Kalau berjaya, maknanya cemerlanglah mereka. Kalau TAK....maknanya bukan guru yg menentukan kecemerlangan seseorang murid.

Tanpa Nama berkata...

betul tu, guru cemerlang/pakar perlu mengajar sekolah harian supaya kepakaran mereka dapat digunakan dan dibuktikan.