Sabtu, 23 Oktober 2010

Warden kecewa elaun dipotong

2010/10/23
SAYA mengajar dan bertugas sebagai warden di sekolah berasrama di Perak. Saya bertugas sebagai warden asrama sejak 2004 dengan elaun RM240.
Seperti warden lain saya terpaksa menerima hakikat elaun rumah dan Cola dipotong.

Pada gred DG41, RM175 elaun dipotong bagi warden yang duduk dalam kawasan asrama. Bagi yang duduk di luar, elaun rumah RM250 serta Cola RM50 dipotong. Bayangkan dengan beban tugas yang mencabar sehingga tengah malam, warden pada dasarnya hanya dibayar RM65.

Apa yang lebih mendukacitakan, pada awal tahun ini saya dinaikkan ke gred DG44 dengan kenaikan elaun RM400, saya kehilangan RM250.

Berdasarkan pengiraan ini, warden kerugian RM10. Ini menunjukkan penat lelah kami tidak dihargai.

WARDEN KECEWA,
Ipoh, Perak.

Berita harian Online: 23 Oktober 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Slm.......... mohon KPM memberikan elaun perumahan penuh kepada warden pada masa akan datang.... mohon pertimbangankan..TQ

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang pelik...isu ni dah berapa kali diperkatakan tapi tindakan & keputusan yang diharapkan tak timbul2. lebih memusykilkan lagi apabila KPM mengatakan elaun rm240 yang diberi adalah sekadar untuk membuatkan guru berkhidmat lebih cemerlang.....tolong sedar! 'warden' itu bukan 1 tugas tapi JAWATAN yang memang perlu dibayar. kenapa? kerana kami kerja after office hour dan 24 jam kalau tinggal di blok asrama.
ianya tidak adil...anada faham situasi tetapi anda buat seperti kami yang tak faham. pelajar zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu..dulu kita mendidik & pelajar suka dididik tetapi sekarang pelajar hanya nak belajar & tak suka diajar. zaman berubah...kalau nak citer pasal elaun yang naik pada 1997 tu...citer lama dah tu. sekarang makan kat kedai pun 1 kepala rm8..duit semua tu.
cuba tanya cikgu mana yang sanggup jadi warden? semua tak sanggup...kami ni berkorban menjaga pelajar, hari minggu dikorbankan pada setiap minggu, hantar pelajar ke hospital pada tengah malam, selesaikan isu kemudahan asrama...tp..elaun diberi tapi elaun lain dipotong, kalau DG41...DAPAT RM65 JE SEBENARNYA & MALANG BUAT DG 44...TAK DAPAT APA2 PUN, RUGI RM10 LAGI.
TOLONG KIRA K. BARU LOGIK SIKIT...