2010/10/25
KERAJAAN bercadang memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2016. Saya bersetuju dengan cadangan itu, namun ia mungkin memberi kesan kepada prestasi pelajar kerana tidak ada peperiksaan dan hala tuju.Saya mencadangkan bermula dari Tingkatan Satu sehingga Lima, pelajar yang tidak menghadiri kelas walaupun satu masa atau satu subjek perlu dicatat mengikut jam ketidakhadiran itu.
Jika jam kredit tidak mencukupi seperti ditetapkan sekolah atau kementerian, pelajar tidak layak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Harap cadangan saya ini dinilai semua pihak.
IBU PRIHATIN,
Marang, Terengganu
Berita Harian Online: 25 Oktober 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan