Rabu, 13 Oktober 2010

Serap GSTT ke jawatan tetap

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan diterima kerana tempat yang terhad.

"Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat. Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.

"Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

"Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka. Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian tersebut," ujarnya.

Utusan Malaysia Online: 13 Oktober 2010

66 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah...kc jawatan tetap tu GSTT.Tapi kena buat syaratlah ..manalah tau lepas diserap ke jawatan tetap,sikap mereka pula kan berubah dari rajin ke malas.

iamordinarygirl berkata...

tak salah untuk diserap..tapi jangan menutup peluang graduan2 dari jurusan pendidikan itu sendiri. GSTT diserap, ijazah pendidikan menganggur!

Rahika Wahidah berkata...

yew betul.tak salah tapi Seharusnya berlaku adil kepada pelajar-pelajar jurusan pendidikan dengan memberi keutamaan kepada mereka berbanding dengan GSTT dalam penempatan.Kebanyakan pelajar ijazah pendidikan memang bersemangat untuk menjadi cikgu berbanding GSTT yang memohon menjadi cikgu kerana kekurangan pekerjaan didalam bidang pengajian mereka.

Tanpa Nama berkata...

gstt adalah guru yg mempunyai pengalaman...oleh sebab itulah kementerian mesti memberi peluang kepada gstt yg telah berkhidmat sekian lama...kdg2 guru terlatih dalam bidang pendidikan yang baru masuk pn masih terpinga2 lagi xtau nk buat ape..jadi gstt sedia menolong mereka...kerana gstt yg telah mengajar sekian lama menghargai masa,kebolehan,bakat dan curahan ilmu yg mereka pelajari selama ini

Tanpa Nama berkata...

alahai....macam lah GSTT tu dulu baru masuk xterpinga-pingga plak..terus teror ke??everything needs time and experience ok..lagipon for those yang pilih nak amik degree dlm edu sbb mereka mmg dah set dlm kepale nak jadi cikgu, not as GSTT n others xde keje n melangut baru isi borang GSTT..pastu dh sedap..ha amik..dah lame aq diam sal mende ni..

Tanpa Nama berkata...

itu la..igt gstt mse memule masok tu x kekok ker..same je la...gstt dulu pn xtau ape gak...so, jgn la idung tinggi sgt ckp cikgu ttp ni xtau buat keje and gstt jer yg pndy..kl pndy sgt..nape dl x apply degree pnddikan, dpli, kpli???

Tanpa Nama berkata...

eh ..ruangan ni bukan macam tulis sms. Buatlah ayat betul-betul. komen GSTT tapi sendiri tidak tau nilai seorang guru. ini ruangan untuk guru le...kena tunjukkan perkataan betul-betul...

Tapi kalau murid tahun 6 tu tak pe ..belum matang lagi

Tanpa Nama berkata...

pd pendapat sy..bagi saya perlu diberi keutamaan bg graduan yg ambil ijazah pendidikan..
ade pelajar saya ms praktikal dulu die bgtau kakaknye br sahaja menjadi GSTT 3 bulan shj,ttp terus boleh diserapkn ke jawatan tetap..ini tidak adil bg graduan pendidikan yg mmg bercita-cita nk jd cikgu,then belajar 4thn,tp perlu tunggu posting yg tidak tahu bila..
bg saya ini tidak adil utk graduan pendidikan...perlu lebih diberi perhatian tentang isu ini..
semasa menjalani latihan praktikal awl thn lalu,GSTT di sekolah tersebut mencecah 20 lebih org, then ade sesetengah tu, waktu tidak ade kelas, boleh pulak pergi makmal, berborak dgn pembantu makmal, then lastly tidur...
adekah mereka ini calon yg layak akan diserap??? fikir-fikirkan & selamat beramal..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Adalah TIDAK ADIL menyerap guru GSTT menjadi guru ttp tetapi graduan yg mengambil kos pendidikan dibiarkan terpinga2 belum mendapat posting dengan alasan lambakan guru. TIDAK ADIL jawapannya ZALIM.GSTT kebanyakannya bila tiada kerja baru memohon jd guru. Tapi graduan adalah dr awal2 lagi memilih guru sbg profesion perguruan. Alih2nya, graduan pendidikan juga yang mengganggur.RENUNG2KAN

Tanpa Nama berkata...

ye..saya setuju..kerana ade rakan sy graduan pendidikan yg apply GSTT b4 dpt posting,then apabila pergi sekolah tu, cikgu2 akn bertanya sblm ni ambik kos ape kerana kebanyakan mereka memilih utk menjadi GSTT kerana itu pilihan terakhir dan mereka sgt terpinga2 macam mane nk menulis rancangan pengajaran, yg mane satu huraian silibus...
tolong renungkan kembali keputusan ini..jangan sampai graduan pendidikan menganggur kerana GSTT diserap ke jawatan tetap...

Tanpa Nama berkata...

guru baru diabaikan tp GSTT diambil berat. sama jugak dengan KPLI dan DPLI. bukan mahu menidakkan hak mereka, tp persoalannye kenape perlu ada begitu banyak skim. ini tidak termasuk guru ganti dan guru kontrak. tp tuk guru baru posting mengambil masa yg begitu lama, paling tidak 6 bulan. dari mengambil GSTT baik menggunakan khidmat mereka kerana meraka belajar untuk jadi pendidik. gunakan tenaga mereka. sentuh mengenai pengalaman... pelik bila org mengata yg guru baru tak pandai itu dan ini, sepatutnyer persoalan ini tidak timbul, sbbnye mereka mencari pengalaman untuk menjadi guru berpengalaman.sepatutnyer kerajaan perlu ade plan khusus untuk penempatan bakal guru yg mengambil ijazah atau diploma pendidikan, agar situasi untuk mereka menunggu terlalu lama tidak terjadi.malah ini dapat megurangkan kepergantungan terhadap guru ganti dan GSTT itu sendiri.adelah nampak kepincangan dan terlalu birokrasi untuk menempatkan guru baru, seolah2 kementerian tidak mempunyai perangkaan tenaga pegajar yg terperinci disesebuah sekolah di peringkat kebangsaan.

sweetsour berkata...

GSTT ni tidak berpeluang menjadi guru ada yang atas sebab sebab tertentu. baca link dibawah ni untuk dengar luahan hati semua GSTT.

tolong hormat kami.

http://beritasemasa.com/masalah-guru-sandaran-tidak-terlatih-gstt-2010

Tanpa Nama berkata...

salam...
saya juga kurang faham kenapa terlalu byk sekarang kursus pendidikan spt KPLI,DPLI,KPLSPM & ijazah pendidikan d ipt-ipt...
dan kenapa masih terlalu ramai GSTT di negara ini sedangkan ramai graduan pendidikan yg tunggu utk posting yg memerlukan pelbagai langkah sebelum berjaya ditempatkn sedangkan GSTT yg hanya mengajar 3/4 bulan pun dah boleh diserap utk jawatan tetap...jangan sampai menidakkan graduan pendidikan terutama keluaran ipta yg belajar selama 4 tahun utk menjadi seorang guru yg berkualiti...

Tanpa Nama berkata...

bagaimana untuk memohon kdc..kami gstt tiada makluman tentang kdc..tiba-tiba dah ada ambilan kdc untuk nov 2010 ni

Tanpa Nama berkata...

rasanya kes serapan gstt ni takde mendatangkan masalah kepada bakal-bakal guru yang mengambil jurusan pendidikan..walaupun setiap tahun ade graduan bidang perguruan yang keluar tapi masih diwujudkan kpli dan dpli untuk menampung bilangan guru yang tak mencukupi termasuklah wujudnya jawatan gstt ini...saya rasa walaupun 12 459 guru gstt diserap masalah kekurangan guru tetap juga wujud di Malaysia ni..so jgn lah kita nak mencari kesilapan ataupun nak bertegang leher pasal kes ni.yang kasihannya pelajar2 kita.gstt dan bakal guru sama2 ada lebih dan kurangnya..mungkin ada gstt yang lebih baik dr bakal guru dan mungkin juga tidak..semua bergantung pada sikap, matlamat dan keikhlasan kita nak didik anak bangsa.kalau takde rezeki gstt diserapkan pun sekurang2nya ada jugaklah saham kami mendidik anak bangsa walau mungkin tak lama mane.pada tahun 2004 semua gsttnya telah diserapkan ke jawatan tetap.namun sampai kini masih juga wujud kos perguruan,gstt,kpli dan dpli.betulkan bilangan guru tidak mencukupi sampai kini.

Tanpa Nama berkata...

masalahnya sekarang kami graudan yg belajar kos pendidikan selama 4 tahun belum dapat posting atas alasan lambakan guru.si\o GSTT harus faham.jangan asyik mendesak nak jadi guru tetap.lain la aklau betul2 terdesak kekurangan guru.RENUNG2KAN.

Tanpa Nama berkata...

saya ni salah seorang kakitangan sekolah...peliklah jika GSTT nak diserap ke jawatan tetap.. kerana apa saya berkata begitu, kerana GSTT di sekolah saya bila masuk kelas membebel dengan murid, kaki bersilang duduk di kerusi, sepatah haram tak tulis di papan tulis, bila di bilik guru cuma tau bercakap dgn guru lain dan bila tak dilayan, dia layan FB. Bila disuruh kerja masa cuti sekolah, banyaklah alasannya. Dalam seminggu cuma 12 waktu, mengalahkan GB. Diberi mengajar PJK, taknak...krn dia wanita...nak jaga kulit...hahaha... Patutkah? kerajaan fikirkanlah.... Mengapa tak wujudkan KDPM sepeti dulu kalau guru tak cukup?

Tanpa Nama berkata...

salam...
jangan nk meradang wahai GSTT yg ditamatkan tempoh kerana kami graduan pendidikan yg sangat berminat nk jadi guru ingin berbakti pula kpd anak bangsa...
kan dalam kontrak sbg GSTT sudah dinyatakan yg kontrak akan ditamatkan pd bila2 masa sekiranya graduan pendidikan ditempatkan..jadi haraplah bertimbang rasa dan hormat kpd kami graduan pendidikan yg belajar ilmu pendidikan selama 4 tahun d IPT...sekian...

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya telah berkhidmat sebagai GSTT selama 3 tahun. Sepanjang perkhidmatan, banyak ilmu berkenaan pendidikan diperoleh. Semua itu adalah pengalaman yang berharga. Saya percaya, pengalaman sebegitu tidak akan peroleh di mana-mana institusi pendidikan formal. Sebagai pendidik perlu ada sifat ikhlas dalam diri tidak kira guru tetap, GSTT atau sebagainya, ini kerana keikhlasan dalam mendidik akan dapat dizahirkan dengan pencapaian yang cemerlang oleh pelajar.
Bulan Ramadhan yang lalu, GSTT di seluruh negeri Kedah dikejutkan dengan berita penamatan kontrak semua GSTT pada oktober 2010. Penamatan kontrak ini berlaku secara berperingkat iaitu 15, 16 dan 31 oktober 2010. Keadaan ini menyebabkan ramai yang gelisah. Saya hampir mengalirkan air mata mengenangkan nasib anak dan isteri kerana mereka hanya bergantung harap kepada saya. Namun, saya gagahi juga untuk terus berkhidmat dengan sebaik mungkin demi melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Menjadi seorang guru amat berat tanggungjawabnya, bukan sahaja dari segi lahiriah bahkan tanggungjawab rohaniah. Di akhirat nanti, kita akan disoal sejauh manakah kita menggunakan ilmu yang kita ada itu untuk tujuan kebaikan yakni dalam mendidik murid-murid ke jalan yang diredhai Allah. Sebagai pendidik mereka perlu menyampaikan ilmu walau dalam apa keadaan sekalipun. Usahlah kita bangga dengan darjat kita kerana semua manusia adalah sama di sisi Tuhan.
Allah telah menentukan kerangka perjalanan hidup setiap insan. Ada yang melalui jalan yang mudah dan ada pula melalui jalan yang sukar. Semua itu ujian daripadaNYA untuk menguji sejauh manakah kita mampu bersabar dalam menempuh kehidupan dan taat akan perintahNYA. Bagi guru tetap anda perlu bersyukur, bagi graduan pendidikan anda perlu bersabar dan bagi GSTT anda perlu terus berusaha,berdoa dan bertawakkal kerana tidak akan selamanya kita akan terus menderita.
Terima kasih kepada saudara Afifi dan rakan GSTT yang telah berusaha untuk meluahkan perasaan terpendam kita. Biar semua orang dengar dan mengerti dan sesungguhnya kita tidak minta simpati tetapi hanya mahu dimengerti. Saya doakan semoga usaha sahabat berjaya dan moga berita gembira akan menjelma…sekian

Aris Farisan berkata...

udah udah la tu nak bertekak kat sini....
patut ke seorang guru dan bakal guru bergaduh bende2 camni sambil menyalahkan org lain dan macam2...
kalau la pelajar yg bace...korang tak pikir ke ape student akan pikir pasai cikgu2 ni...
buang yg keruh, ambil yg jernih...
renung renungkanlah.....
rezeki Allah ade dimana2...
kalau korang salahkan bende2 ni...maksudnya...kamu tak redha dgn kehendak Allah...faham tak?

Tanpa Nama berkata...

di sekolah shya..
ada 8 org gstt..
nape jd gstt??sbb xde keje..
berdasarkan ada yg shya nmpak n komen dr pihak pentadbiran..
diaorg bkan cikgu yg bagus..diaorg xsungguh mengajar..tp sbb gaji sedap..
kdg2 pihak sekolah tpksa amik diaorg sbb cikgu xckup..
so skrg bila dh ckup, elok la dilepaskan mereka2 ini..


tp xnafikan, ada gstt yg btul2 komited..

tapi utk serap gstt agak mustahil sbb calculation kpm dh wat..
by sept 2010..guru2 lepasan ipta dan mktab n dpli ckup utk menampung seluruh malaysia..

pape pun..utk jwtan bertaraf kontrak, mesti la bersedia bila2 masa ja kontrak ditamatkan..

Tanpa Nama berkata...

klw benar kpm dah buat kajian sept 2010 ni guru di sekolah seluruh negara cukup, jadi no pin yg mesti dibeli utk isi kpli scra on9 tu, utk permohonan jd ckgu skolah rendah utk apa sbnrnya? bisnes jual no pin kpli ke?

Tanpa Nama berkata...

salam..tumpang lalu ye semua warga pendidik...maafkan saya kerana ingin juga berbicara dgn menyentuh sedikit isu sensitif ini...saya merupakan seorang guru tetap yg telah mengajar selama 5 tahun..pada hemah saya isu gstt nk diserap ke jawatan tetap tak menjadi soal sekiranya mereka benar2 layak & ada kredibiliti sebagai guru..dlm mendidik tak kira kita sebagai guru tetap atau gstt, asalkan niat kita baik...Allah akan permudahkan urusan kita...bumi Allah luas, xkan habis nikmat Allah andai kita berkongsi rezeki...selama ini pun sekiranya gstt mengajar di sekolah, akan berkurang kah gaji kita? sbg guru xwajar jika kita bersikap jaki pada org yg sama2 nak buat kebaikan..sy xnafikan ada gstt yg kurang pndai mengajar, menjadikan profesion guru sbg batu loncatan sblm mndapat pekerjaan lain @ xdpt mn2 pekerjaan di sektor lain ...tetapi dlm masa yg sama ada gstt yg hebat sbg pendidik...pernah sy terasa malu kerana dlm usaha kerajaan mempertingkatkan profesion perguruan negara ini, masih ada dlm kalangan kita sndiri yg bersikap endah x endah...maklum lah gaji bulan2 tetap masuk...dlm setiap program sekolah, bukannya xada guru tetap yg bersikap lepas tangan...tp dlm kebanyakan kes gstt juga dijadikan kambing hitam...kasihan mereka...namun demikian saya ingin ucapkan tahniah kepada guru-guru yg masih berpegang pd prinsip2 perguruan sebagaimana yg kita pelajari di universiti dulu...sy tabik pada mereka ini...harap sy sendiri pun smpai pencen dpt jd mcm mereka...kepada rakan2 guru, dulu masa kt memohon bidang perguruan pun kena ada minat...berapa ramai kawan2 kita yg sama2 mohon waktu itu gagal kerana kekurangan tempat...jd mereka amik ijazah dlm bidang lain dulu...kemudian guna peluang lain utk memohon sebagai guru...kita sepatutnya bersyukur kerana laluan kita mudah sebagai guru...xperlu risau pasal periuk nasi org lain...jaga kualiti periuk kita cukupla supaya akan terus bersinar, xkarat kerana sikap kita sendiri...xkira kita guru tetap atau atau hanya ber'sandar' sama2 la kita menjadikan pelajar kita manusia yg berguna...amin

Tanpa Nama berkata...

ha'ahkan...sebenar2nya kita kena pk yg kita nh saling memerlukan...xde cegu kontrak pun susah jugak...bayangkanlah cuti bersalin 90 hari kalo xde yg bantu tugas kita...da la kita cuti dpt gaji penuh, upah keja deme 2 sikit pon xluakkan gaji kita...kalo xde deme mau dpt maki berkandaq2 cz member2 dok kena relief klaz kita...bukan ke deme nh penyelamat?lagi 1 kita nh dok bising psl gstt nk diserap...cegu2 yg dr kpli n dpli yg dpt kursus 2 tp xpenah de xperience ngajar lak pe citer...hat nh lg xadil...at least gstt ade kelebihan n da tau environment keja sbg cegu...kira sbg laluan lain sebelum jd cegu...msg2 ada baiknya...antara cegu yg belajar 4 tahun dlm bidang pendidikan n yg ade pengalaman mengajar bertahun2...kalo diikutkan dua2 ada kelebihan

Tanpa Nama berkata...

Salam...memangla ada graduan pendidikan sendiri tgh tgu tmpt posting...tp x gak posting...mana x nya...kmnterian hntar pg posting kt sbh n swk tp x nak...memilih sgt...nak sgt dalamkwsn bndar..nah..pdn muka menganggur!

Tanpa Nama berkata...

memang bumi ni tempat share rezeki, tetapi kalau gstt diserap dan menutup rezeki orang yang sepatut nya mendapat tempat tu mcm mana plk? tak berdosa ke? isu taknak pergi sabah sarawak xjadi hal. sebab itu isu PENOLAKAN. bukan tak dapat posting. yang menjadi isu ialah, apabila gstt diserap, ramai graduan ijazah pendidikan yang tak dapat posting. jangan bagi alasan, gstt tu lebih berpengalaman. sebab adat lah first timer. gstt dulu mula2 berpengalaman ke? xda yang baru, tak da lah yang lama :) alasan budak2. lagipun dah terang2 cakap kontrak boleh diberhentikan. tolong hormati hak graduan2 ijazah pendidikan yang 4 TAHUN BUAT IJAZAH PENDIDIKAN. beri keutamaan kepada mereka yang berhak. menutup rezeki org lain kan berdosa. MATLAMAT TAK MENGHALAL KAN CARA wahai cikgu2 gstt yang xberpuas hati :) renung2kan lah ye..dah lame kan jadi cikgu? :)

Tanpa Nama berkata...

ye btl2...ble krjaan soh amek kursus kpli or dpli diorg xnk kononnye penuh sgt pglmn didada...pglmn spe2 pon leh dptla klu da 1-2 duk dlm skolh even xde knowledge dlm pndidikn...ske2 ati je nk serap2 tnpa mengharungi ape2 cbrn..rasional la sket...ade ke bdg Dr or peguam men serap2 je...da la nk ttp peluang kami secara mudah...klu xlulus amek dpli or kpli amekla lagi bersedia lbh sket brla org xpertikaikan kredibiliti korg...

Tanpa Nama berkata...

bg pendapat saya...lau btl pun gstt akan diserap..saya rase lgsg tdk mengganggu posting graduan pendidikan yg lain means yg blum posting tu...mesti hal ni dibuat secara adil...yelah spt yg kite tau...seblm ni pun mmg ramai graduan pendidikan yg "tanam anggur" sementara tgu posting...nape nk disalahkan gstt utk diserap tetap?

Tanpa Nama berkata...

apsal lak korg kt xmengganggu..korg fhm x korg guru KONTRAK sebelum kedtgn ktorg...so means korng akn penuhkan tempat ktorg sblm ktorg tmt bljr..so ble ktorg da hbs bljr..korg xnk BLAH...xggu ke tempat kosong yg korg gntikan dlu sblm ktorg kuar???hish..apsal xfhm2 sgt...pttla smpai wat tuntutan tah ape2 isu simple ni pon xfhm2 lg...eiii berapi betulla...hah pastu nk kate ktorg tnm anggur sbb xlulus tmduga..klu korg nk th ktorg yg menunggu ni da berbulan lulus tmdga mlh ade yg bertahun lulus tp adenye insan yg xsdr dri cm korgla menyukarkan kami utk ditmptkan even kami da memenuhi segala syarat kelayakan sbgai seorg guru...so SEDAR2LA DIRI YE...

Tanpa Nama berkata...

maaf, xsangka ya GURU-GURU TETAP yg baru posting seperti di atas BANYAK YG XDE INSURANCE MULUT... beginikah etika seorang guru.....? GSTT belajar dalam bidag lain yg tiada dalam Pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah...tidak seperti guru-guru yg mmg Ambil pendidikan...mereka tidak tahu hal-hal lain....TAK SALAH SEBENARNYA MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN...sbg guru yg mmg guru, rasanya anda belajar bagaimana menjaga etika untuk menjadi contoh kepada masyarakat..jadi, pndg2 lah kelangit memotivasikan diri...

Tanpa Nama berkata...

haha jangan pertikai kan kenapa kata2 begitu dikeluar kan, how u feel when ur right being denied?? hey yang tak dapat posting tu, TESL, graduate with 1st class honour. kanapa tak dapat? yang GSTT tu, kata dah berpengalaman, mana kredibiliti anda bila kontrak tamat? sukar nak terima kenyataan ke?? what is wrong with our nation hah? aku yang muda pun tau berfikir takkan lah guru2 gstt yg konon nye lebih berpengalaman ni tak tau berfikir kot. shame on u

Tanpa Nama berkata...

adakah tindakan guru gstt tu menghormati hak graduan2 pendidikan yang lain? :) ukur baju di badan sendiri

Tanpa Nama berkata...

xperlu lah takot pd benda yg belum tentu..xada sape pn sebut kalo gstt diserap,student2 edu terus xdpt posting..kita nh da ada klayakan ikhtisas, tggu sajala..sy pn x-tesl dlu..lmbt jgak posting tp dijamin akan di posting punyer..tgk pd course la,subjek kritikal maybe cepat..kalo stakat yg biasa tggula sape2 pencen dlu..kbykn gstt ngajor subjek kritikal,sbb 2 skmo ada kkosongn..nk amk cdgu posting pn tp xleh ngajor nk watpe..deme nh br nk apply la kawan2..kalo ada kosong,adala tpt tuk deme bganding bahu sm2 ngn kita..malu eh cegu prangai gini

Tanpa Nama berkata...

mksd anda apakah sbjk kritikal tu????kami sains stream subjek lom dpt ape2 lg..pdhl spt sedia maklum tu kan killer subjek n xramai ckgu so cmne lak tu??awk da dpt posting sngla b'kata2..

Tanpa Nama berkata...

:p yg kritikal skang ialah subjek bahasa melayu n bahasa inggris incik...harap maklum

Tanpa Nama berkata...

apakah tesl tu bukan bahasa inggeris yang menurut anda subject critical sekarang?

Tanpa Nama berkata...

cmne leh kt bhsa mlyu kurg guru??sthu sy rmi gle2 yg amek BM kat UPSI??xthla kt U lain...tp klu ditanya subjek fizik dlm 1 skolah de sorg je..pgg smpi 2kelas tingktn 4 n 2 kelas tgkatan 5..cmne nk lahirkan golongan cerdik sains klu cikgu seorg perlu handle sunjek ni skaligus pdhl ni killer subjek kne perhatian lebih..skdr pndgn

cikguwani berkata...

pokoknyer kena sabar....sy dulu pun smpai setahun lebih br dpt posting...dlm masa yg sama sy apply kt ppd tuk jd cegu ganti n sempatla jadi gstt jugak...yg penting kita sabar...kt skolah sy skang ade sorg br posting dpli tp xbuleh ngajor sains...sorg adik gstt nh da kena berenti tp kabarnya dpggil balik sbb skolah amat perlukan perkhidmatan beliau...

Tanpa Nama berkata...

Kita sama jek dalam dunia nih...Mati pun pakai kain putih ..x tahu lah yang ada pakai kain itam kan..so rezeki tu tuhan yang bagi..tak yah timbul pasal GSTT nih..Buat apa di Adakan GSTT kalau guru dalam maktab semua dah cukup..itu belum kira lagi yang nak terberanak..3 bulan gaji penuh..Sape yang bayar?kerajaan kan..so kalau GSTT masuk pun kerajaan yang bayar..Adakah gaji anda semua kurang kalau GSTT diserap?KPM dah rangka mekanisma sendiri untuk GSTT yang telah lama berkhidmat..kawan aku dulu dari guru kontrak ke GSTT dah 8 tahun.tiap tahun mintak..dah x ada rezeki so nak buat macam mana...semua nak mudah kalau boleh dari masuk u sampai dapat degree ,dah dapat posting pun nak mudah jugak x nak dok jauh jauh dari mak bapak,bagi surat sokongan yang itu yang ini..itu belum kira lagi Kabel besar lengan..sedarlah sikit semua tu ketentuan tuhan bersyukurlah..tak payah nak jaki dengan GSTT..Dia orang pun kalau x minat x mintak nak jadi cikgu...tiap tahun isi KPLI dengan DPLI dan harap harap kalau dapat.Zaman sekarang nih mengajar bukan lagi macam dulu..budak budak makin cerdik pandai,itu belum lagi dikira dengan kenakalan dia orang..belum turun gelanggang jangan cakap sebarangan..takut nanti x leh nak tepis..masa tu panggil mak bapak datang..so tingkatkan ilmu di dada bersiap sedia ke medan perjuangan!

Tanpa Nama berkata...

salam...kepada sume bkal guru TETAP tu jgnlah bersikap spt org tak berilmu...sepatutnye tak boleh la jaki or jeles dgn GSTT...lau btl GSTT diserap tetap...ALHAMDULILAH :) maybe rezeki kitorang golongan GSTT...bwk la bersabar...jgn main sedap je mengutarakan mcm2 perkataan yg xsepatutnye dtg dr bakal guru TETAP....lau mcmni la carenye...camane nk jd pendidik means GURU TETAP...bersabar la ye....think positive :)

Tanpa Nama berkata...

Salam saya ingin menambah bahawa terdapat kekurangan guru juga bagi matapelajaran seperti agama islam,sains,dan matematik..jadi saya ingin menolak kenyataan yang dibuat salah seorg pengomen yang mengatakan hanya BI dan BM sahaja merupakan subjek kekurangan guru..saya juga bersetuju dengan pandangan pengomen yang mengatakan bilangan guru fizik adalah kecil kerana saya juga menghadapi situasi tersebut semasa saya menjalani latihan mengajar awal tahun ini..ini merupakan kenyataan yang dekeluarkan oleh tan sri Alimudin berkenaan keperluan guru bg bidang kritikal
Penempatan semula guru yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran bermula awal bulan ini merupakan satu proses biasa bagi mewujudkan pendidikan berkualiti, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Katanya penempatan semula yang dilakukan adalah untuk memastikan semua sekolah di negara ini mempunyai guru yang mencukupi dan yang lebih penting mempunyai cukup guru dari segi opsyen.

"Beliau berkata walaupun bilangan guru mencukupi namun terdapat kekurangan guru mengikut opsyen terutama bagi mata pelajaran kritikal seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Agama Islam"- sumber BERNAMA 20 Januari, 2010

jadi tidak ada sebab mengapa graduan pendidikan Sains perlu diewatkan

TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

saya setuju. kenapa perlu lewat kan posting graduan pendidikan sains, esp, fizik,kimia,biology kalau kekurangan guru2? we r here. still kenapa memerlukan khidmat tenaga luar (gstt@contrct@dll)? we have the qualification. mungkin kurang dr segi pengalaman memandangkan kami fresh graduate, tp adat lah..sape dlm dunia ni tibe2 trus well experinced kan?

Tanpa Nama berkata...

salam 1 Malaysia...

satu topik yang hangat diperkatakan dalam blog ini...

jadi, saya ingin bertanya kepada pihak KPM or owner of this blog..

bila kami, graduan pendidikan keluaran ipta yang sudah lulus INSAK & temuduga ditempatkan di sekolah2?

harap pihak KPM update sentiasa kerana kami telah lama menunggu dan kami juga ade memohon utk jadi guru ganti bagi menimba lebih pengalaman tp kebanyakannya tidak dapat kerana jawapan yg diberikan tiada peruntukan sekarang...

dan kepada GSTT..memang kite saling memerlukan tp perlu hormat juga kami graduan pendidikan kerana telah dinyatakan dalam kontrak sbg GSTT bahawa kontrak boleh ditamatkan bila-bila masa sekiranya terdapat penempatan untuk graduan pendidikan...

FIKIR-FIKIRKAN..DAN SELAMAT BERAMAL..:)

Tanpa Nama berkata...

salam...

sila ambil perhatian dgn petikan ini..

Seharusnya, seseorang yang diterima bekerja sebagai GSTT perlu sedar dan faham, mereka hanya dibayar elaun dan bukan gaji. Elaunnya berdasarkan jumlah hari bekerja dan tempoh tertentu. Jika tempoh yang dilaluinya itu adalah pendek, iaitu memenuhi kekosongan sementara di sesebuah sekolah kerana pelbagai faktor, secara jelasnya perkhidmatan itu hanya untuk menampung keperluan semasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberikan jaminan bahawa setelah tamat tempoh bertugas sebagai GSTT, akan terus diterima untuk menjalani latihan perguruan sebelum layak ditawarkan sebagai seorang guru terlatih.

Seseorang yang berhasrat menjadi guru perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dan syarat tersebut tidak termasuk pernah bertugas sebagai GSTT. Antara syarat wajib ialah melepasi tahap kelulusan minimum untuk memohon kemasukan ke program Diploma Perguruan ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

KPM membuat ketetapan sedemikian kerana kerjaya perguruan BUKANLAH satu bentuk kerjaya yang boleh DIANGGAP MEMADAI dan SENANG. Seseorang guru mestilah mempunyai nilai sahsiah yang baik kerana tanggungjawabnya adalah mendidik para pelajar. Harus disedari bahawa pendidikan secara holistik bukan hanya sekadar menyampaikan pengetahuan berdasarkan kurikulum, tetapi turut melibatkan aspek tingkahlaku, kemahiran bersosial dan keadaban. Tugas guru ialah membina modal insan untuk memenuhi keperluan negara dan bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan.

Memangnya KPM memerlukan khidmat GSTT, kerana itu adalah penyelesaian JANGKA PENDEK apabila menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Apabila guru terlatih dilantik, ia dengan sendirinya menunjukkan tidak ada kekosongan berlaku, maka KPM BERHAK untuk MENAMATKANNYA. KPM tidak pernah menafi atau meminggirkan khidmat bakti GSTT dan kerana itulah dibayar elaun selayaknya sepanjang perkhidmatannya.

utk petikan panjang, sila layari blog rasmi KPM

http://buletinkpm.blogspot.com/2010/06/terpinggirkah-gstt.html#more

Tanpa Nama berkata...

ni semua masalah graduan ipta yg x dpt posting sini..mengamuk plak..

kalau kursus korang OPEN MARKEt..sabar je la..tunggu...

korang membebel sini pun x gune der..xde orang nak dgr..baik simpan tenaga jari korang tu..

duk maki sana sini, dosa dpt adala..

Tanpa Nama berkata...

tahniah kepada guru gstt yang akan diserap.Semoga anda lebih bersemangat untuk menjadi warga pendidik yang cemerlang.jangan sombong-sombong, jangan malas-malas, jangan berpuak-puak,jangan melawan cakap bos,jangan jatuhkan maruah guru gstt. Bersyukurlah kepada Ilahi, marilah melaksanakan tugas guru dengan cemerlang, sentiasa maniskan muka ketika bersua dengan guru-guru lain, hormatilah guru-guru senior biarpun mereka memandang sinis kepada anda,tunjukkan sikap yang terbaik yang boleh menjadi ikutan guru-guru dan murid-murid, cepat-cepatlah menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan sentiasalah mengatasi prestasi guru keluaran ipta supaya asal usul anda tidak dipertikaikan.
Pesanan dari bekas guru gstt (6 tahun berkhidmat)

Tanpa Nama berkata...

Tunang aku graduan ISMP dari USM..nangis bagai nak rak sebab tak dapat posting and kne tggu setahun lagi setelah die gagal ujian insak mase temuduga untuk penempatan..

aku pulak alhamdulillah dapat serap walaupun aku sebelum ni hanyalah seorang gstt..

Kepada lulusan ISMP usahlah kamu bersenang2 dan bermegah dengan degree kamu tu..orang lain pon belajar susah gak pastu abes kena cari keje sendiri lagi..mesti ade sebab korang lambat dapat posting..

aku dulu sokong kerajaan tetapkan hanya graduan ISMP yang dpt cgpa 2.75 ke atas je yang dpt posting..baru la adil mcm graduan lain..supaya diorang tak main2 mase belajar..

Tanpa Nama berkata...

bagi saya tidak adil jika guru gstt diserap dgn begitu mudah, walhal mereka tidak belajar mengenai pendidikan. lg pula siswazah pendidikan berhempas pulas selama 4 tahun untuk dapatkan degree pendidikan dengan berhutang dengan PTPTN tanpa mudah mendapatkan biasiswa KPM.. patut kah? jika guru masih kurang, spatutnya pengambilan pelajar kr ipta n maktab perlu ditambah untuk menampung kekurangan tersebut pada masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...walaupun thn ini kontrak kami tidak disambung, sekurang2nya segala sumbangan dan pengorbanan kami dihargai...
kami berpuas hati dengan pencapaian anak murid, berjaya dlm PMR...
untuk pengetahuan kpd pihak2 tertentu, kami GSTT tidak menutup periuk nasi sesiapa.. rezeki dan nikmat diberi dari Allah..dengan izin-Nya.. InsyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

"Memangnya KPM memerlukan khidmat GSTT, kerana itu adalah penyelesaian JANGKA PENDEK apabila menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Apabila guru terlatih dilantik, ia dengan sendirinya menunjukkan tidak ada kekosongan berlaku, maka KPM BERHAK untuk MENAMATKANNYA. KPM tidak pernah menafi atau meminggirkan khidmat bakti GSTT dan kerana itulah dibayar elaun selayaknya sepanjang perkhidmatannya."

kalu inilah kenyataannya mungkin jasa, pengorbanan, masa dan tenaga kami selama bertahun2 setia mengajar dan menunggu disia-sia begitu saja. Kami hanya inginkan keperluan dan hak yang lebih baik untuk meneruskan kehidupan masa hadapan. Bukan hanya meratapi kesedihan setiap thn merayu disambungkan kontrak.
CUma ingin mengingatkan Zaman kini dah berubah.

Tanpa Nama berkata...

YANG MENIMBA ILMU SELAMA 4 TAHUN NK JADI CIKGU NI MCMMANA
??????????kat UPSI ni ramai bakal guru...xkan nk dipinggir pulak....fikirla sikit.....kami bsusah payah 4 tahun nk daptkn ijazah dan kerja sbgai guru,sedap2 diorg je mmperjuangkn hak kami yg dikatakn hak mereka.

Tanpa Nama berkata...

tak yah la korang nak runsing. korang memang AKAN di postingkan masalahnya sekarang kenapa nak hentam GSTT habis habisan nampak sangat ilmu mendidik kamu yang belajar kononnya 4 TAHUN tu hanya tau mengutuk dari pandai berkata2 bak seorang guru yang prihatin tapi dah jelas BAKAL GURU ini langsung tidak ada nilai2 murni bagaimana mahu mendidik hari esok?. Walaupun KAMI ni dihentam dan dikutuk ada cara yang boleh dibawa berbincang malahan kerajan sendiri bersetuju untuk menyerap atas nilai2 yang dirasakan patut bukan seperti sesetengah orang hanya tahu mengutuk tanpa menilai. Semoga Allah memberi keampunan kepada kamu. Kami bukan ingin mengambil hak sesiapa dan bukan untuk mendominasi tetapi kami juga ingin satu kelebihan untuk di serap ke KDC atau KPLI/DPLI berbanding pesaing2 yang rata2nya tiada pengalaman dlm bidang perguruan yg diterima masuk ke KPLI/DPLI itu sahaja bukan meminta hak kamu pelajar pendidikan.

di sini boleh dikatakan kamu berkata2 mengikut emosi yang tak waras kerana takut tergugat.

moralnya...kalu tak tahu konsep jangan bercakap tanpa usul periksa.
wassalam

Tanpa Nama berkata...

Pelik????? Ramai hentam GSTT ! Bila diwujudkan program 'Siswazah Pendidikan' 4 tahun yang lepas (batch pertama baru konvo pada 2011), kenapa perancang Kementerian Pendidikan tidak tutup kursus KPLI/DPLI ??? Kursus selama 1 tahun dengan bayaran elaun RM1,xxx sebulan sebenarnya membazir !!! Kenapa tidak nilaikan sahaja guru GSTT melalui prestasi ( bukan guna saluran tertentu ) dan hantar KDC ? Jadi tiada lambakan akan berlaku bila Siswazah Pendidikan tamat pengajian. GSTT sering jadi mangsa buli. Kena jadi guru tingkatan, guru persatuan, guru sukan dan lain entah apa-apa ( TERMASUK GURU GANTI BILA GURU TETAP BUAT HAL ) mengalahkan guru tetap. Jadi salah ke GSTT diserap ????? - Mohd Fairuz Zainal Abidin, Muar, Johor

Unknown berkata...

Saya tak setuju yang kata GSTT bukan minat jd cikgu.Actually ada GSTT tu yg mmg cita2 nak jd cikgu.Cumanya semasa permohonan UPU,mereka tdk diberi tempat utk menjalani kursus pendidikan.Oleh sbb itu,GSTT yg ada terpaksa ambik kursus lain walaupun mereka kurang minat.Setelah tamat pengajian,mereka memohon GSTT melalui PPD di daerah masing2 dgn harapan dapat memenuhi cita2 utk menjadi guru.Hal ini kerana mereka merasakan tempoh yg lama utk menunggu masa utk pengambilan KPLI atau DPLI.Setidaknya mereka merasa utk dpt mengajar.Manakala GSTT ni ikut bdg kursus yg teknikal dan yg mmg kurang guru.Klu graduan pendidikan yg masih dpt posting,knp x cuba mohon gstt??seandainya x dipanggil temuduga,mungkin disebabkan bdg kursus yg telah mencukupi gurunya.Misalnya graduan pendidikan bhs melayu.Mungkin guru bhs melayu dh cukup utk sesebuah sekolah tu,maka xdela peluang utk dpt kerja/posting.Kebanyakan yg pendidikan bila posting akan dpt jauh2.

Tak sokong mane2 berkata...

Cikgu2...tak tau la bakal cikgu ke ape...bercakap mcm org takder agama....duk kata gstt sekat rezeki situ..sekat rezeki sini...rezeki tu Tuhan yg bagi kan..betul tu..jaga kualiti periuk nasi sendiri udah...ape la..patotla budak2 sekang ni dah mcm2 ngan cikgu.....kurang ajar ngan cikgu...cikgu sendiri pon mentaliti low class...ape daa...ati tu mau kasik cucui sikit biar kasik bersih la wei....hehehhe

Tak sokong mane2 berkata...

Bagi sy sumer sama jer...tak kisah la cikgu cikgi tetap ke..ape ker...propesional sgt ker????Hahahah...untuk maner2 yg baru nak posting tu..lebih baik jaga pointer anda jerla...kalo pointer dah cukup tinggi...senjata dah cukup tajam...ape nak takot...duk melalak2 sana sini pon tak guner..jaga diri sendiri sudah.....biasa la idup...ada persaingan...kata cikgu kan...takkan la menda tu nak diajar..tp biasala sesetengah cikgu...sbb dah setkan diri sentiasa mengajar...jrg2 dpt diajar...sbb tu la jadik kurang ajar...pike la sikit...bukak buku rekod luas2...jgn bukak sajer...sila baca peraturan dan etika guru kat depan tu....sekian.....

Tanpa Nama berkata...

semua orang bole jadi guru.cuma membezakan kita ialah keikhlasan dalam mendidik.gstt pun baik, kplspm pun baik.kpli pun baik, dpli pun baik.kalau kita berhasil mendapat ijazah pendidikan pun belum bermakna kita guru yang baik hinggalah kita mengadap realiti di sekolah.

Tanpa Nama berkata...

waduh!apa dah jadi dengan ko orang semua ni.. mcm xda pelajaran plak.. apasal berbalah-balahan sesama pendidik. ko orang semua ni sedarkah?..qada' dan qadar itu adalah ketentuan dari Allah..kita hanya merancang Dia juga yang menentukan. Semua yang terbabit mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menjadi warga pendidik yang sah atau guru tetap.Ingatlah tidak semestinya apa yang kita inginkan itu dimakbulkan oleh Allah walaupun kita beria-ia hendak merealisasikannya. Jika kita diberikan rezeki maka syukurilah,jika sebaliknya maka bersabarlah. Tak perlulah kita bercakap pasal hak.. Allah yang berhak yang sebenar-benarnya. Sebagai contohlah ya kawan-kawanku samada yang bakal jadi guru ataupun mereka yang masih bergelar GSTT,seorang wanita menjadi idaman beberapa orang jejaka manakala jejaka-jejaka berkenaan ada yang sudah dikenali,ada juga yang tidak dikenali malah mungkin ada yang sudah dicintai ataupun yang dibenci. Sebahagian mengatakan gadis itu adalah haknya atas beberapa sebab,mungkinkah juga kerana wasiat keluarga atau mungkinkah juga kerana kekasih. Manakala jejeka-jejaka yang lain pula berpendapat selagi si gadis belum melangkau ke alam perkahwinan maka gadis itu milik bersama. Soalnya siapakah sebenarnya yang akan ditakdirkan oleh Allah untuk memiliki gadis berkenaan..? semua orang tak tahu,angkat tangan.. akur pula tu.. bukankah jodoh,nasib,rezeki dan hak itu Allah yang menentukan.Semua orang diatas jelasnya,berhak untuk memiliki di sisi Allah,kerana sama-sama hambaNYa selagi si gadis berkenaan belum berpunya atau bernikah. Terpulanglah kepada usaha masing-masing. Justeru itu, x usahlah terlalu ghairah atau gaharu.. Barisan pemimpin kita kan ada,mereka juga adalah golongan profesional yang mempunyai daya pemikiran sejagat, jadi berikanlah kepercayaan kepada mereka. Tentunya mereka telah atau sedang atau akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk ko orang semua.. wassalam..

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

sebagai pelajar saya bersuara

http://cikwanielovela.blogspot.com/2011/07/guru-gstt-perlu-di-hargai-by-pelajar.html

Tanpa Nama berkata...

erm...sy jugak pnh mnjd sorang gstt..slps ditmtkan kontrak Allah telah memberi rezeki utk sy bertugas sbgai seorang system engineer di sbuah mnc company di utara tnh air...Alhamdulillah, nasib sy agk baik kerana mmperolehi pndptn yg stimpal dgn degree sy.wpun pengalaman pnh mnjd gstt sering mmbayangi sy..i mean, i'm very interested if i can be a real teacher which is permanent teacher...One day, who knows suddenly i got an offer to be agstt(contract 4 service)..i perform solat istikharah n i decided 2 take the opportunity even 2 be back just as contract teacher.. yerp..sy resign from my current job... not only me, a few of my frens also do the same when they got the same offer.. some of them are guru permata negara, etc..so, it doesn't mean all the gstt are jobless, some of them are qualified tp rezeki jer Allah belum bg... dan terimalah wahai graduan education yg Allah sedang membuka rezeki utk para Gstt...insyaAllah... Jika ada rezeki utk anda posting, mesti ada, yg penting mase ade peluang utk belajar,belajar betul2. if u r pointer is very good, u have ur credibility to be a teacher, y u'r worry? I'm sure u'll be selected if u're qualified. u can't deny utk jd cikgu is actually much easier compared to any other job?... there are so many teachers are needed around this country... But, in real kalau awk amik engineering,even awk mech,electric,civil ke,result awk 3++ pun bukan senang nk dpt keje.that's y ramai yg menganggur wpun engineering bukan calang2 org boleh ambik. kene ade kelebihan tmbahan,communication skill,soft skill,good in english,berani,tabah,bla2. etc.. jd slame ni graduan lain semua terpakse bersusah pyh, tp graduan pendidikan xde usaha nk tingkatkan kelebihan diri psl tunggu keje dtg bergolek.so maybe with this situation graduan edu boley update diri mane yg patut... jgn jd graduan yg tau senang je nk posting,but u have to prepared urself very well so that u can compete to the others n u'll be very good teacher sumday....inshaAllah..:)

Tanpa Nama berkata...

Jangan cerita pasal pointer lah dekat sini...pointer tinggi tapi posting bapok lambat.2 tahun br posting....padan muka aku belajo mcm nak mampos posting lambat...kalau tak, tahun depan dapat dah 44...aku sign sbpa...kepada bakal guru gaji pokok menjadi rm1925...kerja rajin2....KERANA ALLAH yer

Tanpa Nama berkata...

ijazah pendidikan x leh mohon kerja kt swasta sebab term penddiikan.swasta tahu mereka ni akan cabut lari jika dapat posting...peluang lain xda.mcm gstt ada peluang lain...lagipun taklimat br2 ni pegawai jpn telah maklumkan kpd gstt masih kontrak .sepatutnya dalam tempoh tersebut leh lah cari peluang kerja lain...

Tanpa Nama berkata...

SOALAN 1

KENAPA GSST INI TIDAK MAHU AMBIL DEGREE PENDIDIKAN SEMASA DI UNIVERSITI DULU?
A. DEGREE YANG KURANG 'GLAMOUR'
B. BUAT APE JADIK CIKGU, DARI TADIKA SAMPAI PENCEN DUK KAT SEKOLAH
C. MINTAK TAPI TAK DAPAT
D. ENTAH

SOALAN 2
KENAPA GSTT INI NAK JADIK CIKGU PULAK?
A. MALAS NAK CARI KERJA LAIN DAH
B. GAJI CIKGU DAH MAHAL SKANG NI..LAGI LAH MALAS NAK CARI KERJA LAIN
C. KITORANG DAH ADE PERSATUAN UNTUK PERJUANGKAN KITORANG
D. ENTAH

Tanpa Nama berkata...

secara jujurnya pilih lah jawapan anda..fikir-fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

GSTT sekarang dah ada Kesatuan sendiri...Badan Bertindak Guru Sandaran Tak Teralatih....presiden je dpat guru tetap...Siswazah bila lg ada kesatuan sendiri?bersatulah dibwah satu kesatuan....jgn ikut universiti la..mcm mane menteri nak dengor....

Tanpa Nama berkata...

SALAM.. GSTT perlu diberi ruang dan peluang. Hal ini kerana ada di antara GSTT yang pernah memohon untuk ijazah pendidikan tetapi gagal,maka GSTT ibarat peluang untuk meneruskan cita-cita yang sudah lama dipendam. Bukan dek kerana tidak ada kerja untuk GSTT di luar sana yang acapkali dilontarkan buat mereka, namun keinginan yang kuat untuk menjadi seorang pendidik itu kuat membara. Hanya menunggu peluang dan ruang.