Selasa, 26 Oktober 2010

Sistem pendidikan kita ketinggalan

Oleh Ruhaiza Rusmin

SOKONGAN...jangan ada pandangan skeptikal atau diskriminasi kepada pelajar, bagi yang lemah, masih ada cara untuk membantu asalkan tahu kaedahnya.
SOKONGAN...jangan ada pandangan skeptikal atau diskriminasi kepada pelajar, bagi yang lemah, masih ada cara untuk membantu asalkan tahu kaedahnya.
TUNJUK KEBOLEHAN...setiap pelajar ada keupayaan tersendiri, justeru kelas mengikut aliran boleh diwujudkan.
TUNJUK KEBOLEHAN...setiap pelajar ada keupayaan tersendiri, justeru kelas mengikut aliran boleh diwujudkan.

AKHIRNYA persoalan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016.

Ia melegakan masyarakat yang mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan.


Bagaimanapun, ada yang tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan.


Kini, wujud perbahasan, sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Saedah Siraj, berkata sudah tiba masanya negara melangkah ke era pendidikan baru lebih fleksibel.


Beliau berkata cita rasa dunia kini berubah dan memerlukan suntikan baru dalam proses penyampaian, penerimaan serta pemahaman maklumat supaya masyarakat lebih bersedia berdepan arus permodenan.

"Meskipun pendidikan ditakrif sebagai elemen sejagat, perubahan perlu ada sebagai mengimbangi kehendak global yang pantas berubah dan semakin berteraskan kemajuan serta kepelbagaian.


"Pemansuhan itu mencerminkan keberanian dan anjakan paradigma baru dalam sistem pendidikan negara, jangan jadikannya kontroversi atau disalah anggap kerana ia memang diperlukan, " katanya.


Menurutnya, meskipun negara memiliki sistem pendidikan antara terbaik di dunia, ia dianggap ketinggalan kerana menggunakan kaedah peperiksaan sebagai penilaian tahap kecemerlangan pelajar.


"Semua tahu tahap pencapaian setiap pelajar berbeza, tidak boleh dinilai melalui satu sistem semata-mata, malangnya itulah yang diguna pakai sejak sekian lama.


"Ini menyebabkan pelajar bosan dan tertekan, sekali gus mencetuskan insiden tidak dijangka, misalnya bunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan. "Sekolah patut jadi tempat menyeronokkan bukan membosankan.


"Justeru apabila kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan, ia wajar mendapat sokongan kerana membantu meringankan 'penderitaan' pelajar," katanya.


Meskipun format baru masih belum diputuskan, ia bagai menamatkan dilema pelajar, institusi sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang mahukan kongkongan peperiksaan ditamatkan.


Cadangan format boleh disarankan ialah menyediakan aliran pengajian bersesuaian di tingkatan satu mengikut kehendak dan kapasiti pencapaian pelajar.


Aliran itu, katanya, boleh dijadikan asas menilai dan mencorakkan pencapaian pelajar dalam tempoh lima tahun hingga tamat pengajian tingkatan lima.


"Pelajar boleh memilih aliran diingini berdasarkan minat, kehendak, cita-cita dan diberi kelonggaran tidak terikat dengan kehendak pencapaian akademik semata-mata.


"Ia umpama saringan penilaian sebelum memasuki pengajian tinggi. Kaedah ini boleh mengelak tekanan belajar, sekali gus memudahkan proses penyampaian ilmu," katanya.


Beliau menegaskan konsep pendidikan bukan hanya terhad kepada akademik dan peperiksaan semata-mata, malah boleh menggunakan pendekatan deria seperti mendengar, melihat dan merasa.


"Ramai beranggapan hanya akademik dan peperiksaan penting menentukan kecemerlangan pelajar manakala proses pembelajaran berlangsung di bilik darjah.


"Anggapan itu perlu diperbetulkan kerana ilmu boleh diperoleh menerusi pelbagai cara, bergantung bagaimana guru mengaplikasi kaedah itu supaya boleh diterima dan difahami pelajar.


"Realitinya kebanyakan pelajar negara ini bersifat pasif dan enggan bertanya, dengan pemansuhan, skop pembelajaran lebih luas, sekali gus menggalakkan pengembangan budaya ilmu dengan kaedah bersesuaian," katanya.


Dr Saedah turut mencadangkan pelajar kurang cemerlang dimasukkan ke kelas pemulihan agar dapat memperbaiki kelemahan.


"Dalam sistem pendidikan, pelajar lemah kurang mampu menguasai 3M (membaca, mengira, menulis). Kelemahan ini boleh diatasi dengan kelas pemulihan.


"Sistem sedia ada kurang mempraktikkan S<>


Sebagai sokongan dan persiapan negara menuju perubahan global, beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan Pusat Pengembangan Pendidikan Masa Depan yang dapat menyediakan pelbagai hasil kajian.


"Di negara maju, peranan pusat ini diiktiraf membantu pelbagai sektor merangka persediaan masa depan," katanya.

INFO: > UPSR diperkenalkan pada 1988 sebagai ganti kepada peperiksaan Penilaian Darjah Lima yang diperkenalkan sejak 1967 manakala PMR pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP) yang digunakan sejak 1960.

myMetro: 26 Oktober 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sistem pendidikan malaysia telah dipolitikkan. Tak habis-habis diubah. Naik menteri baru, ada saja benda baru. Dah jadi lumrah. Mangsa utama ialah murid, penjaga dan cikgu. Masalah disiplin dan gejala sosial tak kurang pun.

Tanpa Nama berkata...

suara-suara sumbang yg suruh ubah tu apa pasal? Bila tak diubah, sibuk pulak kata tak berubah la, ketinggalan la.. Bila KPM dah ubah, sibuk pulak kata dah dipolitikkan... saya nak tekankan disini.. ada baiknya KPM ambik jer insam yg banyak buat cadangan nak ubah itu ini. Ambik jer mereka kerja, bagi jer elaun melambung banyak. .... nampaknya dah memang makanan aku...

Tanpa Nama berkata...

Penyelidikan yang dibuat oleh Universiti terhadap sistem pendidikan di Malaysia tidak boleh ditelan bulat-bulat kerana ada antara mereka membuat penyelidikan kerana hendakkan jawatan prof.madya atau profesor banyak pun yang tidak betul. Sebagai contoh pengajaran di sekolah pada tahun 70an ialah KLSR.Ada suara sumbang dari para pensyarah universiti bahawa sistem itu tidak releven. tetapi mereka yang bergelar doktor,profesor dan para pegawai sekarang ini lahir dari sistem ini. Lalu, lahirlah KBSR dimana tiada lagi peperiksaan awam Tahun VI semua pelajar terus naik tingkatan dan SRP diganti dengan PMR iaitu tiada lagi istilah mengulang jika gagal PMR semua pelajar bepeluang naik ke tingkatan 4 walau pun tidak pandai membaca. Dahulu siapa gagal Peperiksaan Tahun VI dan SRP kena mengulang sehingga mereka lulus. Pada masa ini semua pelajar yang naik ke Tingkatan 1 dan naik ke Tingkatan 4 adalah mereka yang benar-benar pandai atau telah menguasai 3M ditambah lagi dengan rata-rata pelajar yang naik tingkatan tersebut ada kemahuan untuk belajar serta bersaing dengan pelajar yang lain. Ada juga masalah sosial tetapi kurang..

Nah .. bila KBSR diperkenalkan hingga sekarang maka timbullah macam-macam masalah sosial.Ini tidak termasuk murid yang naik ke Tingkatan 4 yang tidak pandai membaca..atau lebih tepat lagi pemalas dan bodoh..

Inilah akibatnya terlalu banyak sangat perubahan dibuat.Benda yang sudah betul diubah yang akhirnya merugikan negara.

Kenapa sistem dikatakan ketinggalan zaman.Sebenarnya apa yang kita mahu, sistem itukah atau hasil dari sistem itu. Kalau sistem itu mampu melahirkan cerdik pandai apakah ianya dikatakan ketinggalan zaman. Sepatutnya kita tak perlulah mengikut arus pendidikan negara lain. Setiap negara mempunyai tahap pendidikan dan kemampuan rakyat yang berbeza. Jadi, sepatutnya kita buat perubahan berdasarkan keperluan pelajar kita masa kini.

Kalau kita nak buat perubahan sistem pendidikan tetapi rakyat tak terkejar akhirnya sistem yang kita perkenalkan gagal.Sebagai contoh PPSMI. PPSMI gagal kerana kita kurang kemampuan dari segi tenaga dan keupayaan sumber manusia.PPSMI itu siapa yang mencadangkan ..para cerdik pandai kononnya mahu tiru negara lain...supaya sistem pendidikan negara lebih mantap...tie tasulah..

Tanpa Nama berkata...

UPSR sebenarnya tak salah. Yang salahnya pegawai di JPN dan PPD yang tak faham konsep sebenar UPSR. Mereka inilah yang menyebabkan konsep UPSR telah jauh menyeleweng.