Sabtu, 8 Oktober 2011

1.2j penjawat awam naik gaji (time-bases guru 8 tahun)

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.

Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

"Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru," ujar Perdana Menteri.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.

"SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi," ujarnya.

Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.

Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.

"Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja," katanya lagi.

Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.

"Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710," ujarnya.

Ujar Najib elemen terakhir di dalam SBPA ialah wujudnya dasar pemisah atau 'exit policy' bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan bagi mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Utusan Malaysia Online: 8 Oktober 2011

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DETAILnya belum dikeluarkan . Sekali baca, nampaknya guru senior akan terus ketinggalan.

Harap kerajaan dpt mengatasi kemarahan guru2 29/41 akibat kenAIKAN GAJI 2007. jgn ulangi kesilapan yg sama.

Untungnya guru junior. 8 thn naik boleh naik pangkat. kalau skrg, guru Ex PPPLD perlu tunggu 7 thn.... skrg dah jadi 8 thn.

Harap guru Ex PPPLD dikurangkan lagi menjadi 5 thn shj.

Tanpa Nama berkata...

setuju 200% jgn pisang berbuah 2x. wait & c.

Tanpa Nama berkata...

Guru-guru senior memang ketinggalan. Legoh lebih lagi mereka yang telah berada di maksimum tangga gaji untuk beberapa tahun. Adakah mereka akan dapat double atau triple kenaikan?

guru siswazah lama berkata...

beriakn keistimewaan kepada kumpulan profesional kerana dalam semkaan gaji pada 01.07.2007 kumpulan ini hanya diberikan 15% berbanding kumpulan sokongan 25%

AKIBATNYA TANGGAGAJI DILANGKAU..
TIDAK ADIL....

KALI INI ADILLAH...HEHEHEHEHEEH

Tanpa Nama berkata...

daripada gayanye guru pkpg akan teraniaya lagi..sekarang pun jauh ketinggalan gaji..jgn kerana anggap kami minoriti..kene pun takpe..
Harap kerajaan dpt mengatasi kemarahan guru2 29/41 akibat kenAIKAN GAJI 2007. jgn ulangi kesilapan yg sama.

guru siswazah lama berkata...

Masalah kumpulan DG29/DG41/DG44 tidak akan diperdulikan kerana hampir semua anggota tertinggi NUTP, CUEPACS adalah kalangan mereka yang hanya kakitangan dari kumpulan sokongan. Jadi, kepentingan mereka kena didahulukan berbanding kumpulan siswazah.Cuba analisis semakan gaji 01.07.2007. Ini adalah cadangan CUEPACS demi kepentingan kumpulan sokongan. Kalau boleh mereka mahu gaji sama sahaja dengan kumpulan profesional. Itulah sebab berlakunya LANGKAUAN tanggagaji.

Tanpa Nama berkata...

Dalam blog ni ada cerita tentang gaji DG34 dan DG 48 dalam SBPA..
http://amanarab.blogspot.com/2011/10/gaji-sistem-saraan-baru-perkhidmatan.html

Tanpa Nama berkata...

dalam bajet 2012 Pm mengumumkan kemudahan bagi guru yang sambung belajar.

Anjakan gaji 2007 menyebabkan guru yang sambung belajar (29/41) menerima gaji yang lebih rendah berbanding guru yang duduk goyang kaki kak sekolah. Di mana kelebihan sambung belajar? Gaji dg32 dan dg34 lebih tinngi daripada dg41.

harap-harap kali ini..perkara yang sama tidak berulang lagi

Tanpa Nama berkata...

tolong perhatikan masalah kami guru lepasan maktab DG29 yang kini DG44,kami tak diberi peluang naik pangkat gara-gara kami tak sempat DG 32,adilkah ini,kami dah ngajar lebih 20tahun sedangkan mereka yang mengajar tak lebih 10 tahun tak ada ijazahpun boleh naik pangkat sebagai PK sekolah rendah,kini mereka memerintah kami yang lebih berpengalaman daripada mereka ,bukan sahaja lebih pengalaman tapi lebih gred daripada mereka,tolong selesaikan masalah kami

Tanpa Nama berkata...

kelebihan belajar terletak pada huruf "TA"nya, kalau huruf "TA" ditukar dengan huruF "BA" maka "TA..ALIF..HA..WAU" jadi tahu maka kalau tukar "BA..ALIF..HA..WAU" jadi bahu.Itu laha kelebihan ilimu menjadi tahu bukan bahu...bukan juga pada gajinya...apapun kasihan dan teruskan tuntutan anda..