Sabtu, 1 Oktober 2011

3,000 murid tidak mampu belajar

MOHD. FAZLI (tengah) merupakan antara murid sekolah rendah di Baling yang dihalang daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.

Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.

Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi Kosmo! semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan.

"Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR.

"Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya.

Kosmo Online: 1 Oktober 2011

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan KPPK ini sayang sokong 100%. Ini menunjukkan org yg mengeluarkan kenyataan ini memang mengalami dan melalui sendiri pengalaman mengajar.

TETAPI, bagi pegawai di PPD, JPN , KPM...mereka tak setuju. Ayat mereka" Setiap murid yang normal mesti boleh.........." kecuali mereka disahkan oleh doktor.

SEBENARNYA, apa yg berlaku di Sarawak dan Kedah berpunca drp tekanan drp PPD & Jabatan.

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Statistik di UPSR cecah 3,000 murid tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.

Tuan Puan di NUTP bagaimana dgn ;
a). statistik diPMR?
b). statistik di SPM?
c). statistik di STPM?

KPLI 2005 berkata...

Mmm..PPD dan Jabatan 'pantang' dengar ade murid yang x tahu baca. Ini menyebabkan guru terpaksa pejam sebelah mata bile isi data. Kalau buat data yang betul, PASTI akan dibambu di PPD sebambu-bambunya.

Kajian yg telus&jujur perlu dilakukan segera. Biasanya murid pemulihan di sekolah rendah @ kelas hujung akan selama-lamanya berada di situ dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Saya ade bertanyakan kpd ust jqaf yang mengajar Iqra'..Ada murid tahun 5 yang dah baca Iqra' 2 tapi bukak sekolah masuk tahun 6, x boleh baca lagi..dan terpaksa ulang Iqra'1 balik. Ustaz tu siap buat kelas pemulihan khas free utk 4-5 orang murid ni setiap minggu. Tapi x jalan jugak.Didapati murid2 ni bukan Iqra' je yang lemah.tapi semua subjek lain macam tu..

Tanpa Nama berkata...

Tuhan dah jadikan semuanya berpasangan....

kaya-miskin, tinggi-rendah, buta-celik, pandai- bodoh.

Tak peliklah isu ni.....semua kita kena terima dgn syarat murid tersebut telah diajar terlebih dulu.

Kalau dah tak pandai juga, memang itulah shj tahap kemampuan dia. tak payah nak salahkan sesiapa....

Tanpa Nama berkata...

Bila umum keputusan UPSR, PMR, SPM atau STPM pun, KPM hanya laungkan peratus lulus & jumlah pelajar yang dapat straight As dan 1B. KPM pun tak hairan apa nak jadi dengan statistik murid tidak mampu mendalami pelajaran. Janji, ada yang sangat cemerlang, yang boleh 'harumkan' nama negara ke luar negara. Itu je.
Kalau hanya menunggu orang buat kesilapan kerana nak menuding jari dan cari salah sesiapa, tak prihatin namanya tu.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataannya, ramai guru tergolong dlm kumpulan makhluk hipokrit. Manis, alim dan jujur diluar .. tetapi seorang munafik (tidak amanah (menipu) , berjanji .. dusta, pembohong).


Semuga Allah swt akan terus merahmati guru-guru yang ikhlas, jujur, amanah, bercakap benar dan menunaikan janji.

kamarul berkata...

Patutnya mohon Allah SWT merahmati semua golongan umatnya. Yang kita hukum orang lain makhluk hipokrit, manis, alim dan jujur diluar tetapi seorang munafik tu, mungkin di sisi Allah dia lebih baik dari kita. Kita ni siapa nak label orang lain. Boleh ke label diri sendiri tak hipokrit, manis, alim dan jujur diluar dan dalam, tidak munafik?

mpsmmuar berkata...

kamarul berkata...

Patutnya mohon Allah SWT merahmati semua golongan umatnya. Yang kita hukum orang lain makhluk hipokrit, manis, alim dan jujur diluar tetapi seorang munafik tu, mungkin di sisi Allah dia lebih baik dari kita. Kita ni siapa nak label orang lain. Boleh ke label diri sendiri tak hipokrit

YA KAMARUL...kita perlu selangkah sederap, tak kira kita guru, ibu bapa, masyarakat, mahupun pemimpin politik. Nasib masa depan negara ditentukan dari usaha kita bersama dari sekarang. Bukan ada untungnya menunding jari pada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

ishkk ..ishkkk .. guru pendidik?? Guru Pencacai?????
silap profesyen !