Rabu, 5 Oktober 2011

Mohon bayaran Elaun Tanggungjawab diselesaikan segera

2011/10/05

MOHON penjelasan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran berkenaan kedudukan bayaran Elaun Tanggungjawab (ETJ) bagi semua GPK Tkn 6 dan Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang sekolah gred B) yang hingga kini belum menerima bayaran berkenaan sedangkan bagi jawatan Guru Penolong Kanan lain (PK 1, PK HEM, PK Koku dan PK Petang serta GKMP sekolah gred A sudah lama menikmati bayaran itu).

Jawatan disandang berkait rapat dengan memikul tanggungjawab dan seharusnya mereka yang menyandang jawatan berkenaan diberikan bayaran sama seperti rakan lain yang memegang jawatan sebagai penolong kanan atau ketua bidang tanpa sebarang pengecualian. Dicadangkan kepada pihak berkenaan agar segera menyelesaikan perkara ini bagi memuaskan hati semua pihak.

PK PRIHATIN, Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 5 Oktober 2011

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf kalau komen saya tidak dipersetujui. ETJ utk PK Tkt 6 terutama sekolah yg hanya ada aliran Sastera, rasanya amatlah tidak perlu kerana murid terlalu sedikit. PK ini hanya bertanggungjawab terhadap 8-10 guru sahaja. Lebih wajar seorang PK T6 yang bertanggungjawab untuk 3 buah sekolah supaya guru2 di bawah kawalannya sekurang-kurangnya 40 orang, jadi wajarlah mendapat ETJ.

Tanpa Nama berkata...

24Walaupun PK Tingkatan 6 cuma mengawal 8 -10 guru tetapi beliau bertanggugjawab terhadap pentadbiran, hal ehwal pelajar, kurikulum dan kokurikulum pengurusan ting 6

Tanpa Nama berkata...

Walaupun PK Tingkatan 6 cuma mengawal 8 -10 guru tetapi beliau bertanggugjawab terhadap pentadbiran, hal ehwal pelajar, kurikulum dan kokurikulum pengurusan ting 6

Tanpa Nama berkata...

ETJ PKT6 perlu diberikan memandangkan tanggung jawab besarnya dalam hal pentadbiran, HEM, akademik, kokurikulum dan penyelidikan.