Sabtu, 15 Oktober 2011

Kenaikan gaji guru setimpal beban tugas: NUTP

2011/10/15

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga pendidik kini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang.
“Memang pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan, namun, bagi saya ia bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab guru kini.
“Jika kita lihat negara maju, Jepun, Sweden dan Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pengumuman bajet itu menyaksikan golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Sementara itu, Hashim turut menggesa pihak pentadbiran sekolah agar tidak menyekat warga pendidik berusia 47 tahun ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
Kementerian Pelajaran katanya, sudah mengeluarkan pekeliling September lalu dengan membuka peluang kepada warga pendidik lepas diploma untuk menyambung pengajian.

Berita Harian Online: 16 Oktober 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan guru-guru DG48 yang telah gaji maksimum sejak 3 atau 4 tahun dulu. Adakah kami akan dapat double atau triple increment?

Tanpa Nama berkata...

Adakah guru DG44 yang sudah 8 tahun berkhidmat di bawah SSM pada 1.1.2012 akan mendapat DG48 pada 1.1.2012 dibawah SBPA ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah setimpal, ok ler. Harap jangan diabaikan tugas P&P kpd pelajar.
Smuga semua guru akan terus tersenyum dan dgn senyuman tuan/puan semua pelajar akan terasa tenteram, selamat dan mudah dlm pembelajaran.
Elok ler NUTP warwarkan slogan : Mesra pelajar .. guru senyum pelajar bahagia.

Tanpa Nama berkata...

alhmdllh.. tp jk bdasarkn prestasi adakah brbaloi jk ada guru yg benar2 ikhlas bkerja, krja tiptop, result pperiksaan awam naik tp mrkah lebih rendah drp yg slalu mc, x masuk kelas, aktivti skola x datang, byk brniaga, prestasi plajar kurang memuaskn dek krana bijak 'belai' bos mrkah prestasi lebih tinggi? ini adalah kes yg byk brlaku d skola.. traniaya guru2yg benar2 layak tp diketepikn haknya... sy bimbang akn wujud klompok2 guru yg kurng sihat d skola.. lg bimbang guru 'peninjau tak btauliah' akn mjejaskan persepsi bos thadap kredibiliti sbenar guru..

Tanpa Nama berkata...

bgaimana nasib dgn guru2 lama? slama ni x menikmati ganjaran mewah sprti hari ini yg dnikmati guru2 muda? prestasi psti brkurangn dbandingkn dg guru2 muda dtambah dg masalah ksihatan.. sedngkn semasa muda mreka telah mcurahkan prestasi krja yg baik? itupn harus dipertimbngkan.. mgkin lbih rasional knaikan bdsrkn pgalaman krja diambilkira. bgaimana pula dg nasib rakan2 guru yg melanjutkn plajaran d pringkat sarjana & phd? masih d pinggiran? sy jg mcadangkan mrkh prestasi krja bkn shj dinilai oleh pgetua & gpk1 malah guru2 kanan,kaunslor & ketua bidang krana bos kurng arif dg krja guru2nya.. ini AMAT penting utk elak guru yg 'tuang' krja lbih tinggi prestasi gara2 baik dg bos.. senario d skola arini tak mcerminkan prestasi sbenar guru yg adakala dianiaya dgn beban krja berat sbelah brbanding tukang ampu..