Selasa, 25 Oktober 2011

Guru Matematik di Perak terima Anugerah Perdana Menteri

Oleh Nor Fariza Ramlan
norfariza@bharian.com.my
2011/10/25

KUALA LUMPUR: Pendekatan kreatif dan interaktif untuk mengajar Matematik yang dikongsi dalam laman blog peribadi membawa tuah kepada Muhammad Hafiz Ismail, 25 apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri (Terbaik Di Kalangan Terbaik) pada majlis penyampaian `MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards’ di sini, sebentar tadi.

Guru dari Perak itu yang berjaya menewaskan kira-kira 250 pencalonan lain, memaparkan kisah hidup hariannya mengajar Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (U) di mana rata-rata pelajar adalah Orang Asli suku kaum Temiar, menerusi laman blognya `Life through My Eyes’ (www.apistakkesah.blogspot.com.
“Saya tidak menyangka hasil luahan perasaan dan pendekatan saya mengajar murid dengan menggunakan kaedah interaktif mendapat perhatian masyarakat di luar sana. Malah, ia turut menarik minat pembaca blog saya dari Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jerman.
“Pelbagai kaedah menarik diguna bagi memastikan murid memahami mata pelajaran yang diajar dan saya kongsikannya dalam laman blog yang dikemas kini setiap minggu,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali.

Muhammad Hafiz berkata, kini semua kaedah pengajaran yang dikongsikannya dalam blog peribadi itu diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk `Life Through My Eyes: A Teachers’s Little Steps Towards Perfection’, untuk dimanfaatkan orang ramai.

Berita Harian Online: 25 Oktober 2011

5 ulasan:

Cikgu Musi berkata...

betul ke laman blog dia tu...kenapa macam tak betul jer

Cikgu Musi berkata...

bukan apistakkesah....tapi apistakkisah...

guru lama berkata...

Tahniah orang Perak, tahniah juga SK Buyan sekolah pinggir bandaraya Kota Kinabalu yang terpinggir.

Jutawan-jutawan Malaysia, daripada buang duit ke Somalia, afrika, asia tengah lebih baik sumbangkan wang kamu ke kawasan luar bandar yang masih papa kedana

Tanpa Nama berkata...

guru tu orang kedah, ngajar di perak.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah hafiz!