GEORGETOWN: Pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Seri Mutiara, Jalan Datuk Keramat di sini, yang sedang asyik mengikuti pelajaran di kelas masing-masing gempar apabila dikejutkan dengan panggilan bom, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata kejadian berlaku jam 11 pagi apabila seorang kakitangan sekolah menerima panggilan telefon kononnya ada sebutir bom di bilik pengetua akan meletup.
Beliau berkata, sepasukan polis dan Unit Permusnah Bom bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat untuk melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti dakwaan itu serta mengarahkan semua pelajar dan guru berkumpul di padang sekolah.
Bagaimanapun, selepas sejam pemeriksaan di seluruh kawasan sekolah dan bilik yang didakwa, pihak polis tidak menemui apa-apa bom dan mengesahkan dakwaan itu palsu semata-mata.
“Pihak polis memandang serius kejadian yang berlaku dan memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk orang awam agar tidak membuat panggilan palsu dan bakal berdepan dengan tindakan tegas jika disabitkan kesalahan.
“Siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti panggilan telefon dan identiti pemanggil mengikut Seksyen 233 (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi,” katanya.
Katanya, seseorang yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Hilir Sungai Pinang, Jelutong di sini, bangkai seekor kucing parsi yang dibungkus dengan kain ditemui ditanam menyebabkan penduduk setempat mendakwa kononnya ia mengandungi mayat seorang bayi yang mati ditanam.
myMetro: 22 Julai 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan