Isnin, 13 Julai 2009

SK Sultan Sulaiman 1 ditutup



PENGAWAL keselamatan SK Sultan Sulaiman 1 menutup pintu pagar selepas beberapa orang pelajar sekolah itu dijangkiti virus H1N1.

KUALA TERENGGANU: Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 yang terletak di Jalan Sultan Omar, di sini, ditutup mulai semalam hingga Rabu ini selepas dua pelajar sekolah berkenaan yang sebelum ini disyaki dijangkiti wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) disahkan positif menghidap wabak itu.

Kedua-dua pelajar terbabit masing-masing belajar dalam Tahun Tiga dan Tahun Enam disyaki mula menunjukkan tanda jangkitan wabak berkenaan selepas pulang daripada bercuti dari luar negara baru-baru ini dan keadaan mereka dikesan ketika saringan yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, ketika dihubungi mengesahkan penutupan sementara sekolah berkenaan.

Berita Harian Online: 13 Julai 2009

Tiada ulasan: