Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my
SEPANG: Penekanan perlu diberikan kepada usaha melahirkan guru berkualiti dan mencukupi bagi menampung permintaaan terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dasar itu penambahbaikan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
“Selain guru, kualiti pemimpin sekolah juga perlu dimantapkan. Sudah tiba masanya pemilihan pemimpin sekolah dilakukan bukan saja berdasarkan kekananan, tetapi juga melalui proses yang lebih telus dan memilih yang terbaik, berbakat dan mempunyai kualiti kepemimpinan dinamik,” katanya merasmikan Persidangan Kajian Semula PIPP di sini, semalam.
Seramai 140 pegawai kanan Kementerian Pelajaran menghadiri bengkel yang antara lain menumpukan kepada cadangan strategi pelaksanaan, pelan tindakan dan program Bidang Keberhasilan Utama Negara (N-KRA), KPI Menteri Pelajaran, kementerian dan Ketua Setiausaha kementerian serta perubahan dasar pendidikan negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha juga perlu ditingkatkan bagi melahirkan semua pelajar yang holistik serta mempunyai profisiensi yang tinggi dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.
myMetro: 21 Julai 2009
Selasa, 21 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan