KUANTAN: Proses pembelajaran dan pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini yang terbabit dalam kejadian histeria, berjalan lancar tanpa sebarang kejadian buruk dan tidak ada perancangan untuk ditutup
Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata semua kegiatan serta aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab dan badan beruniform berjalan seperti biasa, sekali gus menafikan dakwaan situasi di situ bertambah buruk.
Sehubungan itu, beliau menganggap dakwaan pihak yang menyatakan sekolah itu perlu ditutup tidak wajar sama sekali kerana masih ada 796 pelajar yang sedang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.
“Sehingga kini, kami tidak mempunyai sebarang niat atau cadangan untuk menutup sekolah berkenaan kerana hanya 35 pelajar saja yang terbabit dalam kejadian histeria yang masih berlanjutan sejak kejadian awal Mei lalu.
"Kejadian histeria itu tidak berlaku serentak, sebaliknya berulang-ulang kepada tiga hingga lima pelajar sama dari kumpulan terbabit saja,” katanya.
Berita Harian Online:31 Ogos 2008
1 ulasan:
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
Catat Ulasan